Khamis, 2 Jun 2011

Utusan Online - Agrobiz


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


dr. Cafe Coffee jadi pemangkin usahawan bumiputera

Posted:

dr. Cafe Coffee jadi pemangkin usahawan bumiputera

dr. Cafe Coffee jadi pemangkin usahawan bumiputera


Idris Jusoh sambil ditemani Harmidi Ismail (kiri sekali) mencuba mesin kopi pada majlis perasmian kiosk dr.Cafe Coffee di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jun - Pembukaan kios kedua dr. Cafe Coffee di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini diharap menjadi pemangkin kepada semangat keusahawanan di kalangan golongan muda bumiputera.

Produk berkenaan dijangka menjadi pesaing kepada jenama kopi terkenal yang lain dan mampu melonjakkan ekonomi bumiputera yang menyertai rangkaian kios berkenaan.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, usahawan bumiputera harus membuka minda dan sentiasa berdaya saing dengan menghasilkan produk yang mengikut kehendak pasaran.

"Pembukaan kios ini merupakan salah satu Pelan Transformasi Mara dalam membuka minda usahawan bumiputera supaya lebih kreatif dalam menjana perniagaan hingga ke peringkat global.

"Dahulu Mara sering membantu golongan usahawan dari segi kewangan dan kemahiran, kini kami mahu mendekati mereka dengan kaedah keusahawanan bagi menjana hasil yang lebih lumayan," katanya selepas merasmikan kios berkenaan hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Youth Al-Rajhi Retail Sdn. Bhd., Harmidi Ismail iaitu pemilik dr. Cafe Coffee yang mula beroperasi di Mont Kiara dua tahun lalu.

Menurut Idris, usahawan bumiputera tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memohon membuka francais kafe berkenaan.

"Kita berusaha menggunakan kaedah yang produktif supaya usahawan bumiputera lebih berminat menceburi bidang keusahawanan," katanya.

dr. Cafe Coffee turut menawarkan beberapa menu lain seperti pastri, kek dan kopi buatan tempatan bersesuaian dengan cita rasa masyarakat negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nangka madu pula masuki China

Posted:

Nangka madu pula masuki China

Nangka madu pula masuki China

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 31 Mei – Selepas berjaya menembusi pasaran China untuk mengeksport buah durian, Malaysia akan terus menerokai pasaran negara itu dengan memperkenalkan buah nangka madu pula.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, buat permulaan Malaysia akan menyertai dua pameran yang akan diadakan di Naning dan Beijing.

Katanya, melalui kedua-dua pameran itu Malaysia akan diberi peluang untuk mempromosikan buah- buahan tropika tempatan.

"Baru-baru ini ketika pegawai dari Beijing datang, mereka dibawa melawat ke ladang nangka di Gemas dan mereka sangat tertarik dengan kemanisan buah tersebut.

"Lalu mereka mengajak kita untuk buat pameran di sana iaitu di Naning pada November ini manakala di Beijing pula dijangka pada tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar Dipacu Pasaran Dalam Sektor Agro Makanan di sini hari ini.

Turut hadir menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu, Mohd. Hashim berkata, kerajaan juga akan memasuki pasaran di Timur Tengah bagi memasarkan buah-buahan tempatan.

"Di sana permintaan untuk buah- buahan seperti nangka, nenas dan tebu sangat tinggi kerana mereka sukakan buah yang segar," katanya.

Sementara itu, Noh berkata, bagi memastikan produk pertanian tempatan terus mendapat permintaan yang tinggi di pasaran, kerajaan akan menggalakkan petani menanam produk pertanian mengikut kehendak pasaran.

Katanya, kerajaan bersedia membantu syarikat-syarikat swasta yang terlibat dari segi teknikal, pembiayaan dan nasihat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved