Utusan Online - Pahang |
Posted: Abai keselamatan penumpangRUDDY SALAS
Saudara Pengarang, Walaupun keadaan cuaca panas terik, pelancong Barat dan domestik menaiki bot penambang untuk menuju destinasi masing-masing ke Taman Negara itu. Yang pastinya, pengangkutan bot penambang begitu sibuk membawa pelawat ke setiap tempat rekreasi di pusat pelancongan bertaraf antarabangsa itu sehingga kadang-kadang terleka daripada aspek keselamatan. Inilah yang menarik perhatian saya apabila terlalu ghairah berlaku kecuaian sehingga ada di kalangan pelawat terlupa memakai jaket keselamatan termasuk kanak-kanak. Malah, saya melihat pemandu bot penambang juga mengejar 'trip' memunggah penumpang dan barang, seolah-olah terlupa mengingatkan penumpang supaya memakai jaket keselamatan! Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana Taman Negara Kuala Tahan merupakan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang saya fikir pihak terbabit telah dilatih mengutamakan semua aspek keselamatan. Kenapakah ini berlaku? Jawapannya, sudah tentu wujud kecuaian sehingga aspek keselamatan pandang ringan. Kebiasaannya, pengguna jalan raya di negara ini kerap ditegur mahupun disaman berasaskan undang-undang oleh pihak berkuasa, tetapi jarang sekali terhadap mereka yang menggunakan pengangkutan bot di kawasan perairan sungai yang tidak berbuat demikian. Apa yang jelas, iaitu kecuaian pemakaian jaket keselamatan ketika menaiki bot selain mengambil penumpang melebihi kapasiti yang dibenarkan. Menerusi Rakan Pahang ini saya mengingatkan semua pihak supaya aspek keselamatan perlu diberi keutamaan. Jangan sampai disebabkan kecuaian mengundang padah sehingga meragut nyawa dan boleh menjejaskan industri pelancongan di Taman Negara, Jerantut. | ||
Posted: Terima kasih polis BentongAHMAD YUSOF ISMAIL Saudara Pengarang, Tugas mereka dalam menangani musuh negara harus diberi penghargaan walaupun ada segelintir kelompok yang memperkecilkan dan mempertikaikan tugas anggota keselamatan itu. Ia terbukti apabila baru-baru ini rumah saya telah dipecah masuk dalam kejadian melibatkan rompakan bersenjata di Bentong dan penjenayah tersebut telah melarikan kereta milik saya yang diletakkan di pekarangan rumah. Pada kejadian itu, apa yang terlintas hanyalah untuk memastikan keluarga saya selamat namun, dengan kecekapan beberapa anggota polis, kereta saya berjaya ditemui semula. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada ketua balai dan anggota yang bertugas di Balai Polis Lurah Bilut. Tidak lupa juga penghargaan kepada pegawai serta anggota di Ibu Pejabat Polis (IPD) Bentong atas usaha dan kesungguhan dalam membantu saya dan keluarga. Saya berharap usaha pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah dapat diteruskan dan dipertingkatkan kawalan keselamatan demi keamanan masyarakat dan negara. Saya juga mencadangkan masyarakat dan anggota polis sentiasa bekerjasama menerusi program pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat berkaitan di kawasan masing-masing. Saya yakin apabila semua yang terlibat turun padang, jenayah dapat dikurangkan selain dapat memperbetulkan persepsi segelintir golongan masyarakat yang mempertikaikan keupayaan pihak polis dalam menjalankan tugas mereka. | ||
Alih tiang elektrik di tengah jalan Posted: Alih tiang elektrik di tengah jalanDATUK ISMAIL MOHAMED SAID
Saudara Pengarang, Tidak sepatutnya tiang itu berada di situ kerana membahayakan penduduk terutama pada waktu malam. Penduduk di sini sudah tahu adanya tiang tersebut di sini tetapi bagaimana pula saudara-mara mereka yang datang dari jauh pasti tidak tahu adanya tiang itu di tengah jalan. Sebelum ini dipercayai terdapat beberapa kemalangan berlaku di situ hingga menyebabkan tiang berkenaan sedikit condong. Kedudukan tiang itu sangat bahaya hingga menyukarkan kereta penduduk untuk melaluinya. Saya juga difahamkan bahawa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah membuat laporan kepada pihak terlibat supaya mengalihkan tiang tersebut. Saya berharap supaya TNB mengambil langkah segera mengalihkan tiang itu demi keselamatan penduduk di sini selain berlakunya kemalangan yang lebih serius. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan