Utusan Online - Luar Negara |
PM Jepun selamat usul undi tidak percaya Posted: PM Jepun selamat usul undi tidak percaya
TOKYO 2 Jun - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan terselamat daripada disingkirkan menerusi pengundian usul tidak percaya di Parlimen, hari ini selepas beliau berjanji untuk meletakkan jawatan apabila negara ini kembali pulih daripada bencana gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear, baru-baru ini. Janji untuk menyerahkan kuasa kepada pemimpin generasi lebih muda meredakan kemarahan pemberontak dalam parti pemerintah, Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Kan. Mereka telah mengancam untuk menjatuhkan Kan, Perdana Menteri kelima Jepun dalam tempoh lima tahun, hanya beberapa hari sebelum beliau dijadual meraikan hari ulang tahun pertamanya sebagai ketua kerajaan. Usul yang dibentangkan oleh parti pembangkang utama, Parti Liberal Demokratik (LDP) dan dua parti kecil itu gagal dengan hanya 152 anggota dewan menyokongnya, manakala 293 lagi menentang, setelah kebanyakan ahli Parlimen DPJ terus berdiri di belakang Kan. Kan, 64, dalam rayuan terakhir kepada anggota DPJ yang berpecah belah menggesa ahli Parlimen parti itu supaya terus bersatu sehingga kerajaan beliau mencapai kemajuan cukup besar dalam program pemulihan Jepun berikutan krisis terburuk itu selepas Perang Dunia Kedua. "Apabila usaha saya menangani krisis selepas gempa bumi mencapai kemajuan pada tahap tertentu dan saya sudah melaksanakan peranan saya ke tahap tertentu, saya ingin melihat generasi lebih muda mengambil alih pelbagai tanggungjawab yang saya pikul," kata Perdana Menteri. Kan yang menggambarkan dirinya sebagai 'anak seorang lelaki makan gaji' atau pemimpin berjiwa rakyat tidak menyatakan tahap kemajuan yang dimaksudkan, menyebabkan tarikh pengundurannya terbuka kepada pentafsiran. Kerajaan berjanji kebanyakan 100,000 mangsa yang masih tinggal di pusat perlindungan sejak bencana 11 Mac lalu akan ditempatkan kawasan perumahan sementara menjelang pertengahan musim panas, tetapi program pembinaan semula yang lebih luas dijangka memakan masa bertahun-tahun. LDP mengemukakan usul undi tidak percaya itu lewat semalam dengan menerima sokongan daripada dua parti kecil, namun ia ia tidak mendapat sokongan cukup ramai daripada pemberontak dalam DPJ semasa pengundian. Pemimpin LDP menuduh Kan tidak cekap mengendalikan usaha pemulihan berikutan bencana yang menyebabkan 23,000 terbunuh dan mencetuskan krisis nuklear terburuk di dunia selepas tragedi Chernobyl 25 tahun lalu. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Rusia haram import sayur dari EU Posted: Rusia haram import sayur dari EUMOSCOW 2 Jun - Rusia mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mulai hari ini berikutan wabak bakteria E.coli, yang merebak di Jerman. Rusia sebelum ini telah mengharamkan import sayur-sayuran dari Jerman dan Sepanyol yang dilanda wabak tersebut yang setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan 1,500 yang lain jatuh sakit di lapan negara Eropah, lapor media Rusia memetik kenyataan pengarah agensi perlindungan pengguna Rospotrebnadzor, Gennady Onishchenko. "Pengharaman import sayur-sayuran segar dari EU bermula pagi ini," kata Onishchenko kepada agensi berita Interfax. Onishchenko berkata, beliau turut mengarahkan sayur-sayuran mentah yang import dari negara EU di kedai-kedai dihapuskan. Beliau mengingatkan rakyat Rusia supaya makan sayur-sayuran tempatan. "Situasi bertambah buruk sejak beberapa hari lepas dan kami terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengharamkan import tersebut," katanya. Agensi kawalan wabak Jerman, Institut Robert Koch (RKI) melaporkan 365 kes baru E.coli dikesan berlaku semalam, suku daripadanya melibatkan jenis E.coli yang boleh mengancam nyawa, dikenali sebagai E.coli pengeluar toksin Shiga (STEC). Pegawai EU berkata, tiga kes baru dilaporkan di Amerika Syarikat (AS), dan kebanyakan jangkitan yang dilaporkan di luar Jerman membabitkan rakyat Jerman atau mereka yang berkunjung ke negara itu, baru-baru ini. Pesuruhjaya Kesihatan EU, John Dalli, bagaimanapun berkata, jumlah kes terbaru yang dilaporkan dilihat semakin berkurangan. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan