Khamis, 2 Jun 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Jangan korban prinsip Islam

Posted:

Jangan korban prinsip Islam

Jangan korban prinsip Islam

GOMBAK 2 Jun – Dewan Ulama Pas mengingatkan pucuk pimpinan parti itu agar jangan menghilangkan identiti serta jati diri Islam yang dijunjung sekian lama hanya kerana terlalu ingin merai kehendak pihak tertentu terutamanya rakan komponen dalam pakatan pembangkang.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, prinsip Islam yang menjadi pegangan Pas mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh pucuk pimpinan parti walaupun senario semasa politik tanah air, menuntut kepada perubahan dalam sesebuah parti.

"Tidak ada kompromi soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sah dalam al-Quran dan sunah. Hukum berubah dengan perubahan masa dan tempat tetapi sebagai sebuah gerakan Islam, assawabit (ketetapan) ini perlu dikekalkan.

"Justeru itu, Pas perlu dinamik dalam menangani perubahan tanpa perlu mengorbankan assawabit," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Ulama di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, di Taman Melewar, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob memandangkan Ketua Dewan Ulama itu uzur, namun Harun tetap hadir pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, dalam soal mempertahankan assawabit, pujian harus diberikan kepada kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah berganjak untuk mengharamkan judi walaupun keputusan tersebut mendapat kritikan daripada kawan dan lawan.

Sementara itu, menyentuh mengenai kelangsungan kepimpinan ulama Harun berkata, sudut organisasi pucuk pimpinan tertinggi Pas perlu disokong oleh para pembantu dan orang kanan yang memiliki kualiti sebagai ulama haraki.

Jelas beliau, maksud ulama haraki adalah golongan pemimpin yang memiliki ilmu agama dan melaksanakan amanah perjuangan dengan sabar serta tidak sesekali berhenti daripada melakukan jihad dari sudut Islam.

"Golongan inilah yang akan menjaga dasar-dasar Islam sepanjang parti melaksanakan amanah kepimpinan sejak sekian lama. Golongan ulama haraki inilah seharusnya dipilih selaku teraju perjuangan Pas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak Nik Aziz, Hadi menang

Posted:

Anak Nik Aziz, Hadi menang

Anak Nik Aziz, Hadi menang


NASRUDDIN Hassan mengangkat tangan Nik Abduh Nik Aziz (kanan) dan Raja Al-Hiss Raja Yaakob (kiri) setelah diumumkan menang dalam pemililihan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia di Dewan MBBSA, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 2 Jun - Anak kepada dua pemimpin kanan Pas turut mencatatkan kemenangan dalam pemilihan Dewan Pemuda Pas Pusat yang diadakan hari ini.

Kedua-dua mereka ialah Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Khalil Abdul Hadi.

Nik Abduh yang merupakan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas menewaskan tiga calon lain.

Khalil pula yang merupakan anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih antara 12 orang yang terpilih menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas.

Mengulas kemenangannya, Nik Abduh berkata, beliau insaf dengan mengakui kemenangannya itu bersandarkan populariti bapanya.

Menurut Nik Abduh, ini kerana usaha serta kerja-kerja parti yang dilakukannya selama ini adalah tidak seberapa berbanding calon-calon timbalan ketua yang lain.

"Cuma saya lebih mungkin kerana setengah perwakilan hendak tunjuk rasa cinta mereka kepada ayahanda sebagai Mursyidul Am, mungkin saya dapat undi itu.

"Kalau nak kira kerja saya dengan sahabat (calon) lain, saya fikir saya berada di belakang mereka," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan Dewan Pemuda parti itu di sini hari ini.

Nik Abduh menambah, beliau akan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya hasil kemenangan itu di samping menjadi pembantu setia kepada Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan yang mengekalkan jawatan tersebut selepas tidak ditandingi.

Sementara itu, Khalil berkata, beliau tidak nampak kemenangan tersebut disebabkan pengaruh yang dimiliki bapanya sebagai Presiden Pas.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah pilihan para perwakilan.

"Kami dididik dalam kepimpinan ini jawatan itu adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar dan ia sudah tentulah memerlukan pengorbanan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jawatan Naib Ketua Pemuda pula dimenangi Raja Al-Hiss Raja Yaakob.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved