Sabtu, 31 Mei 2014

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Hukuman penjara dan sebatan penghantar surat dikurangkan

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

SHAH ALAM 30 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang penghantar surat dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan sekali atas kesalahan merogol seorang pelajar tingkatan empat, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian terhadap Umar Abdullah Shani, 23, semasa membenarkan rayuan pemuda tersebut untuk mengurangkan hukuman sekali gus mengetepikan hukuman asal penjara 10 tahun dan sebatan tiga kali atas kesalahan itu.

"Saya tekankan di sini keputusan ini adalah untuk memberi peluang kepada kamu berubah setelah mahkamah menerima pengakuan kamu yang insaf dan menyesal atas kesalahan yang dilakukan," kata beliau.

Hakim Abdul Halim memerintahkan perayu menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Sebelum itu mahkamah membenarkan permohonan Umar untuk menarik balik rayuan terhadap sabitan kes.

Perayu yang ketika kejadian berusia 19 tahun didakwa merogol pelajar berusia 16 tahun 11 bulan itu di sebuah rumah di Taman Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu dekat sini kira-kira pukul 11 pagi, 20 September 2011.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan tiga kali pada 8 April 2013 setelah Umar didapati bersalah atas pertuduhan itu selepas perbicaraan yang menyaksikan 12 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin memohon mahkamah mengekalkan hukuman asal demi keselamatan dan kepentingan awam terutama bagi golongan wanita bawah umur.

"Mangsa hilang maruah diri malah hukuman terhadap tertuduh tidak boleh menggantikan maruah itu," katanya.

Walau bagaimanapun peguam, Muhammad Hidhir Mustapa yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya telah menyesal malah dia mahu bertanggungjawab terhadap mangsa.

Katanya, persiapan perkahwinan antara anak guamnya dan mangsa telah dibuat malah tarikh perkahwinan telah ditetapkan oleh keluarganya namun dibatalkan di saat-saat akhir dengan alasan yang tidak mahu didedahkan oleh anak guamnya kerana bimbang mengaibkan keluarga mangsa.

Remaja tak mengaku rogol kenalan

Posted: 30 May 2014 12:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Mei - Seorang remaja berusia 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol kenalannya yang baru berusia 13 tahun, minggu lalu.

Muhammad Syafiee Rosli, 19, didakwa merogol pelajar tingkatan satu itu di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, kira-kira pukul 3 pagi, 19 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan sebat.

Hakim Azwarnida Affandi menetapkan 3 Julai ini untuk sebutan semula kes terhadap remaja tersebut yang tidak diwakili peguam bela dan tidak ditawarkan ikat jamin oleh pihak pendakwaan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved