Sabtu, 31 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Zambry bangga pencapaian Siew Keong

Posted: 31 May 2014 08:52 AM PDT

TELUK INTAN 31 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan strategi serta taktikal jentera yang digunakan Barisan Nasional (BN) sebagai faktor utama mendorong kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kali ini.

Beliau berkata, pendekatan yang direncanakan supaya calon BN, Datuk Mah Siew Keong bersikap rendah diri dan tidak bertindak membidas lawan seperti diamalkan pihak pembangkang membuahkan hasil.

Katanya, pergerakan jentera yang seiring dan mengelakkan perselisihan juga berjaya membantu memantapkan strategi parti.

"Saya kata pada Siew Keong supaya tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang selalu menghentam lawan di pentas ceramah, sebaliknya amalkan sikap rendah diri. Itu sebenarnya yang rakyat tengok.

"Ini merupakan pendekatan berbeza yang kami amalkan. Akhirnya membuahkan kejayaan kepada parti, ini kemenangan yang cukup bermakna," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry memberitahu kekalahan DAP pada PRK kali ini merupakan tamparan serta pengajaran kepada parti itu supaya tidak bersikap angkuh.

Katanya, DAP terlalu angkuh sehingga yakin memenanginya tanpa menghiraukan calon BN.

"Sejak awal lagi mereka telah mempertontonkan kehebatan dengan membawa penceramah yang hebat-hebat, seolah-olah kami tidak boleh buat apa-apa. Bala tentera mereka hebat menghentam calon kami.

"Walau bagaimanapun hasilnya berbeza apabila pendekatan dan strategi yang kami amalkan lebih memberi kesan. Meskipun majoriti hanya 238 undi sahaja tetapi mengambil kira kekalahan 7,600 undi pada pilihan raya umum lalu, ini pencapaian yang menakjubkan," jelas beliau. - UTUSAN ONLINE

Perdana Menteri bersyukur BN menang PRK Teluk Intan

Posted: 31 May 2014 07:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan malam ini. - UTUSAN ONLINE

BN menang PRK Teluk Intan

Posted: 31 May 2014 06:42 AM PDT

TELUK INTAN 31 Mei - Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.

Calon BN, Datuk Mah Siew Keong meraih 20,157 undi manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud meraih 19,919 undi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved