Utusan Online - Luar Negara |
Prayuth secara rasmi disahkan tadbir Thailand Posted: 26 May 2014 11:14 AM PDT BANGKOK 27 Mei - Junta tentera baharu Thailand, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha kelmarin menyatakan bahawa beliau secara rasmi disahkan oleh raja sebagai ketua majlis tentera yang akan mentadbir negara tersebut dan memberi amaran akan menggunakan kekerasan jika bantahan politik berkembang semula. Prayuth yang mula berkuasa pada 22 Mei, berkata, tentera akan memulihkan semula keadaan selepas tujuh bulan demonstrasi jalanan yang membawa maut berleluasa berlaku di jalan utama di Thailand. Pihak tentera telah bertindak menangkap sejumlah ahli politik, aktivis dan ramai lagi untuk siasatan lanjut. "Anda mahu kembali kepada keadaan seperti sebelum ini? Jika ya, saya akan menggunakan kekerasan dan melaksanakan undang-undang yang tegas. Anda perlu memaafkan mana-mana langkah yang tegas itu kerana ia perlu mengikut keadaan," kata Prayuth dalam satu kenyataan di televisyen. - Agensi |
Kumpulan pemisah Ukraine tawan lapangan terbang Posted: 26 May 2014 11:11 AM PDT DONETSK, Ukraine 27 Mei - Lapangan terbang utama di bandar timur Ukraine, Donetsk, digegarkan dengan satu letupan dan kejadian tembak menembak selepas kumpulan pemisah Ukraine mengepung kawasan tersebut semalam, kata seorang koresponden AFP yang berada di tempat kejadian. Kepulan asap tebal dapat dilihat naik ke udara dari kawasan kompleks lapangan terbang itu dan bunyi jet pejuang melalui ruang udara kompleks tersebut didengari dari jauh. Sementara itu, kesemua penerbangan keluar dan masuk di lapangan terbang tersebut turut dibatalkan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan