Isnin, 26 Mei 2014

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pemandu Toyota Altis rempuh anggota polis diburu

Posted: 25 May 2014 12:51 PM PDT

MOHD. Mokhtar Mohd. Shariff ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 25 Mei - Polis memburu seorang pemandu kereta jenis Toyota Altis berwarna hitam dipercayai merempuh seorang anggota polis yang sedang menjalankan sekatan jalan raya berhampiran Horizon Hills, Nusajaya di sini semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kejadian berlaku semasa enam anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya sedang mengadakan sekatan jalan raya di situ, pada pukul 7 pagi.

Menurutnya, dalam kejadian itu, suspek enggan memberhentikan kereta dipandu lalu merempuh sekatan tersebut sebelum melarikan diri.

Tindakannya bukan saja melanggar undang-undang, malah membahayakan nyawa penjawat awam yang sedang bertugas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Hasnan Hassan, Ketua Polis Daerah (KPD) Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, KPD Kluang, Mohd. Roze Shaari dan KPD Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad.

Beliau berkata, polis sudah menjumpai kereta Toyota Altis yang terlibat dalam kejadian itu di sebuah kawasan rumah kedai di Bukit Indah, namun pemandunya sudah tiada dan pihaknya kini sedang giat memburunya.

Mohd. Mokhtar meminta pemandu berkenaan menyerah diri kerana perbuatan itu seolah-olah mencabar kewibawaan pasukan polis.

Nasib baik anggota polis terbabit sempat mengelak, jika tidak ia boleh meragut nyawa mereka. Kita akan cari (suspek) sampai dapat. Kita bukan buat sekatan jalan raya suka-suka tapi menjalankan tugas menjaga keselamatan," katanya.

Kutipan bil IWK di Johor capai 85 peratus

Posted: 25 May 2014 12:51 PM PDT

Oleh Muhammad Zikri
utusanjohot@utusan.com.my

PONTIAN 25 Mei - Indah Water Konsortium (IWK) berjaya mencapai kutipan bayaran 85 peratus daripada kira-kira 800,000 pengguna di seluruh negeri kecuali kawasan di bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Pengurus Operasi IWK Unit Skudai, Syed Yassin Syed Mohamed berkata, pencapaian tersebut adalah hasil daripada kesedaran dalam kalangan pengguna berbanding hanya 60 peratus yang menjelaskan bil IWK lima tahun lalu.

Faktor lain yang membantu peningkatan tersebut dengan menyediakan pembayaran dalam talian bagi memudahkan orang ramai. Langkah bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat serta penghantaran bil yang memenuhi kehendak pelanggan telah memberikan kesan yang positif.

Penghantaran bil secara pos setahun sekali juga telah ditambah kepada empat kali setahun bertujuan memberikan peluang kepada pengguna menjelaskan bil mereka," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Hari Terbuka Loji Rawatan IWK Taman Megah di sini semalam.

Perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong itu turut dihadiri oleh Pengurus IWK Wilayah Selatan, Mohd. Don Dali.

Menurut Syed Yassin, Johor mempunyai 650 loji rawatan kumbahan selain 180,000 tangki septik yang perlu diselenggara dan dikosongkan bagi sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.

Terdahulu, Siew Kiong dalam ucapan perasmian menyambut baik penganjuran hari terbuka IWK itu sebagai pendekatan memberi kefahaman serta penerangan kepada orang ramai mengenai peranan dan fungsinya.

Sistem pembentungan moden dan efisien amat penting bagi memastikan kumbahan dapat dirawat sebelum disalurkan ke sungai, parit dan laut. Ini membantu memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran bersih dan selamat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved