Ahad, 27 April 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Amalan kitar semula perlu diteruskan

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

MELAKA 26 April - Usaha bagi mengubah minda masyarakat untuk menjadikan amalan kitar semula sebagai tanggungjawab yang harus dipikul bersama perlu dilakukan secara berterusan dan dibudayakan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, masyarakat yang berilmu dan sedar tentang kepentingan kitar semula adalah yang telah memecahkan tembok diri untuk melangkah keluar dari kebiasaan.

"Kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi Jepun, Japan International Corporation Agency (JICA) menganggarkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk di negara ini menjelang tahun 2020 adalah 30,000 tan sehari.

"Bagaimanapun anggaran itu telah mencapai antara 30,000 hingga 33,000 tan sehari pada tahun 2012 iaitu lebih awal daripada jangkaan dan ini sudah tentu membimbangkan kita semua," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Kelab Kitar Semula Sekolah-Sekolah negeri dan Kempen Anti Litter peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Ab. Rahim Md. Noor.

Menurut Idris, Kelab Kitar Semula yang turut dipromosikan dengan pertandingan kitar semula antara sekolah mampu memperkasakan serta menggalakkan lagi aktiviti kitar semula dalam kalangan generasi muda terutamanya pelajar sekolah.

Katanya, Kelab Kitar Semula yang dianjurkan oleh PPSPPA dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri itu merupakan kaedah terbaik dalam mentransformasikan minda golongan pelajar.

Idris berkata, sehingga kini, 18 tadika, 18 sekolah rendah, lapan sekolah menengah dan tiga jabatan kerajaan menyertai program itu.

Katanya, jumlah tersebut akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni itu.

Bomoh penipu dicekup

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

TELOK KEMANG 26 April - Kegiatan seorang bomoh penipu yang kononnya mampu menambah kekayaan serta mengubah nasib seseorang, terbongkar apabila dia ditahan di rumahnya di Kampung Kuala Lukut, Port Dickson, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Wahab Harun (gambar) berkata, suspek berusia 39 tahun itu pukul 12.50 tengah malam selepas seorang mangsanya, membuat laporan polis.

"Wanita berkenaan menyedari ditipu apabila rawatan yang dijanjikan bomoh berkenaan tidak berhasil walaupun telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM25,000 secara berperingkat kepada suspek.

"Mangsa merupakan seorang peniaga dan telah mengenali suspek sejak awal Januari lalu, bagi mengubah nasib dan menambah pendapatan," katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, suspek menjalankan upacaranya di sebuah kuil di Bandar Sunggala, Port Dickson, dan setiap kali itu, dia perlu membayar sejumlah wang pengeras dan barangan berharga lain.

"Pihak kami percaya ada mangsa lain turut menerima nasib sama namun tidak tampil membuat laporan polis.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved