Utusan Online - Feminin |
Posted: 27 Apr 2014 07:55 AM PDT Yellow Boot diberi sentuhan baharu. BAGI penggemar aktiviti lasak, but merupakan pilihan kerana kasut jenis itu khususnya yang diperbuat daripada kulit, tidak mudah rosak, kukuh dan dapat memberikan cengkaman maksimum. Selepas beberapa dekad, kasut but telah mengalami inovasi. Kini, but diaplikasi sebagai sebahagian daripada gaya dan fesyen. Di Jepun, contohnya, selain sebagai satu bentuk perlindungan daripada cuaca sejuk, but juga dijadikan sebagai satu gaya fesyen. Pada awal musim luruh, kaum wanita Jepun akan mengenakan but bertumit tinggi pada potongan paras lutut ke atas dan dipadankan dengan skirt pendek. Tahukah anda kasut but keluaran Timberland yang kini berusia 41 tahun, merupakan kasut kulit kalis air yang pertama? Rekaan ini menjadi ikon Timberland yang dikenali sebagai Yellow Boot dan masih mengekalkan identiti klasik sejak dulu lagi. Diperbuat daripada kulit, berwarna kuning dengan tapak getah yang tebal. Kasut but ini semakin mendapat sambutan di Hong Kong pada 1985 ketika gaya hidup hip hop urban di sana sedang popular. Kemudian, kasut ini menjadi kegilaan fesyen di Jepun. Bagi golongan muda, kasut but menjadi simbol berdikari dan kebebasan. Selari dengan peredaran fesyen semasa, Timberland turut menghasilkan kasut but untuk lelaki dan wanita dengan rekaan yang lebih bergaya. Selain kasut but, Timberland turut memperkenalkan beberapa rekaannya termasuk jaket, baju T dan seluar pada majlis khas peragaan fesyen sempena ulang tahun Yellow Boot baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan