Utusan Online - Luar Negara |
Palestin tetap iktiraf Israel - Abbas Posted: 27 Apr 2014 11:38 AM PDT Penduduk Palestin kurang upaya turut meraikan perjanjian pembentukan kerajaan perpaduan Palestin di Gaza City pada 24 April lalu. - AFP RAMALLAH 27 April - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) membayangkan kerajaan perpaduan yang dipersetujui dengan pergerakan Hamas akan tetap mengiktiraf Israel dengan beliau kekal komited kepada perjanjian damai tajaan Amerika Syarikat (AS), yang kini berdepan masalah. Kenyataan Abbas itu dibuat bagi mengurangkan kebimbangan AS tentang tindakan pemimpin Fatah berkenaan menandatangani perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Hamas pada Rabu lalu, hingga mengakibatkan Israel menangguhkan rundingan damai dengan Abbas. "Kerajaan akan berada di bawah arahan dan polisi saya. Skop kerajaan itu pula adalah tentang apa yang berlaku di dalam negara. "Saya mengiktiraf Israel dan kerajaan juga akan mengambil tindakan serupa. Saya menolak keganasan,'' katanya kepada pemimpin-pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di ibu pejabat Presiden di bandar Tebing Barat yang diduduki Israel di sini, semalam. Hamas dan Fatah mencapai perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan dalam tempoh lima minggu akan datang dan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh kira-kira enam bulan selepas pembentukan kerajaan tersebut. Bagaimanapun, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, pergerakan itu sama sekali tidak akan mengubah pendirian mereka berhubung Israel iaitu mereka tidak akan sama sekali mengiktiraf Israel Abbas dalam pada itu berkata, beliau terbuka untuk meneruskan rundingan damai dan bersedia untuk melanjutkan perbincangan dengan Israel, walaupun melepasi tarikh tamatnya rundingan, dengan syarat Israel memenuhi syarat yang dituntut mereka sebelum ini. "Bagaimana boleh kita memulakan semula rundingan ini? Sepatutnya tiada halangan bagi kami untuk memulakan semula perbincangan itu, namun 30 tahanan Palestin perlu dibebaskan (terlebih dahulu).... dan setelah pelan kami dipersetujui, kesemua aktiviti penempatan haram Yahudi mesti dihentikan sepenuhnya,'' katanya. Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Rami Hamdallah menawarkan diri untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada penubuhan kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah. Tindakan Rami turut disambut baik Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh yang menyatakan kesediaannya meletak jawatan di Gaza, kata seorang pemimpin Hamas di Tebing Barat, Sheikh Hassan Yousef kepada Press TV. - REUTERS |
Obama beri amaran Myanmar menuju keburukan Posted: 27 Apr 2014 11:39 AM PDT KUALA LUMPUR 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran konflik etnik dan agama, terutamanya penindasan ke atas umat Islam di Myanmar boleh menyebabkan negara itu menuju ke 'arah keburukan'. Obama, bagaimanapun memuji pembaharuan politik di negara bekas pentadbiran tentera itu, tetapi penindasan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu di Myanmar, meletakkan program pembaharuan demokrasi yang cuba dicapai oleh Myanmar berada dalam bahaya. Jelasnya, jika rakyat mula melaksanakan pergerakan politik berasaskan etnik atau agama, konflik boleh tercetus, sekali gus membawa Myanmar ke arah keburukan. "Myanmar tidak akan berjaya jika penduduk Islam ditindas dan proses demokrasi juga dalam bahaya kerana terdapat pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara tersebut. "Dalam krisis di Myanmar, nasib penduduk minoriti Islam tidak dibela dan hak mereka juga tidak dilindungi," katanya ketika merujuk nasib etnik Islam Rohingya di Rakhine yang menjadi mangsa kekejaman aktivis Buddha. Myamnar dilanda konflik etnik dan agama sejak beberapa tahun lalu sehingga mengakibatkan kira-kira 250 orang terbunuh akibat persengketaan antara penduduk Islam dan Budha sejak 2012. Pada November 2012, Obama mengadakan lawatan bersejarah ke Myanmar dan menawarkan sokongan kuat kepada kerajaan di bawah pimpinan Presiden Thein Sein yang mahu melaksanakan pembaharuan politik dan melaksanakan demokrasi di negara itu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan