Utusan Online - Jenayah |
Tempoh reman `Sultan Melaka' dilanjutkan tiga hari Posted: 17 Jan 2014 07:26 PM PST MELAKA 18 Jan. - Mahkamah Majistret di sini melanjutkan tempoh tahanan reman selama tiga hari ke atas seorang lelaki yang mendakwa sebagai pewaris takhta Kesultanan Melaka, dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah bagi membantu siasatan polis. Perintah tahanan itu dilanjutkan sehingga Isnin ini bagi membolehkan polis menyiasat lelaki itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Hasutan 1948. - UTUSAN ONLINE |
Pencuri profesional China kebas berlian RM5.2j Posted: 17 Jan 2014 09:59 AM PST Seorang wanita bersama kanak-kanak dipercayai warga China yang dirakam melalui kamera litar tertutup dalam kes kecurian berlian bernilai RM5.2 juta. KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kumpulan yang disyaki mencuri berlian bernilai RM5.2 juta di sebuah galeri barang kemas eksklusif di Bukit Bintang semalam dipercayai pakar dalam aktiviti jenayah berkenaan. Sumber berkata, kumpulan yang terdiri daripada seorang lelaki, tiga wanita termasuk seorang yang sedang sarat mengandung serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 12 tahun itu juga merupakan warga China. "Kumpulan ini adalah pakar dalam kerja-kerja mencuri sebegini malah berdasarkan maklumat, mereka tahu apa yang hendak dicuri dan dalam kes berlian ini, mereka sememangnya mahu mencuri berlian bernilai RM5.2 juta itu meskipun terdapat barang kemas lain. "Tindak-tanduk kumpulan ini bukan seperti orang kebanyakan dan itu dapat menutup rasa curiga pekerja premis itu tentang jenayah yang dilakukan suspek. "Kanak-kanak yang ditugaskan mencuri berlian itu pula dilihat telah dilatih dan dia tahu berlian yang mana satu mahu ambil. Berdasarkan keterangan pekerja premis serta rakaman kamera litar tertutup, kami dapati mereka ini adalah pencuri profesional," katanya di sini, hari ini. Sebuah akhbar hari ini melaporkan, sebentuk cincin 'Yellow Diamond' bernilai RM5.2 juta (AS$700,000) dicuri seorang kanak-kanak perempuan di sebuah galeri jualan barang kemas eksklusif di Bukit Bintang. Galeri yang berpangkalan di London itu baru dibuka November lalu dan berdasarkan rekod, barangan kemas yang dipamerkan di situ sememangnya bernilai tinggi serta menjadi pilihan golongan kenamaan termasuk mendiang Puteri Diana dan Kate Middleton. Difahamkan, kes seumpama itu yang melibatkan barang kemas mencecah nilaian jutaan ringgit adalah pertama kali terjadi di negara ini. Tambah sumber, polis kini sedang giat mengesan kesemua suspek berkenaan dan antara yang dilakukan adalah memeriksa kesemua hotel berdekatan premis terbabit. "Kita telah mendapat gambar suspek dan menyerahkan kepada hotel-hotel berdekatan untuk mengesan mereka. "Kita percaya mereka masih belum keluar dari negara ini dan polis juga melakukan pemantauan rapi di keseluruhan pintu masuk negara," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis telah menubuhkan pasukan khas yang diketuai beliau sendiri untuk menyiasat kes itu. "Kita kini dalam proses mengedar gambar suspek dan polis juga sedang menyiasat adakah kumpulan ini terlibat dalam kes-kes kecurian lain," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan