Ahad, 4 Ogos 2013

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Hab halal diperkembangkan

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com.my

Rossilah Lal Muhammad (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Mohd. Adnan Hashim sambil disaksikan oleh Abu Bakar Mohamad Diah (tengah) dan Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Hasan Abdul Rahman (kanan) selepas majlis menandatangani MoU di Halal Hub Industri Serkam, Jasin, Melaka, semalam. - Utusan/azli ahad

JASIN 3 Ogos - Melaka Halal Hub Sdn. Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka bagi membangunkan lagi keusahawanan dan industri halal di negeri ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, kerjasama tiga tahun itu membolehkan para usahawan di Melaka Halal Hub dan graduan UiTM Melaka bekerjasama menghasilkan sesuatu yang baharu.

"Kerjasama dalam bidang keusahawanan ini adalah antara pengusaha di Melaka Halal Hub dengan pelajar jurusan perniagaan di UiTM Melaka.

"Banyak input yang Melaka Halal Hub perlukan daripada para pelajar ini dan dalam masa yang sama, pelajar juga dapat mengetahui apa sebenarnya yang dilakukan oleh para usahawan di Melaka Halal Hub ini.

"Memandangkan UiTM cawangan Jasin akan beroperasi tidak lama lagi maka kerjasama ini dilihat sebagai satu usaha yang amat baik dan pelajar serta pensyarah sudah tentu dapat menggunakan kemudahan yang ada di sini bagi tujuan pelajaran dan latihan praktikal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan MoU antara Melaka Halal Hub yang diwakili pengurusnya, Rossilah Lal Muhammad dan UiTM Melaka yang diwakili Rektornya, Prof. Madya Dr. Mohd. Adnan Hashim.

Abu Bakar turut merasmikan program Imarah Ramadan bagi meraikan anak yatim, warga tua, orang miskin dan ibu tunggal di Melaka Halal Hub, Serkam, Jasin di sini semalam.

Antara intipati kerjasama dua pihak ialah perancangan berkala terhadap pendedahan produk halal dan misi perdagangan yang dijangka dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan di Melaka Halal Hub.

Anak yatim Darul Aminan dapat, sumbangan termasuk duit raya

Posted: 03 Aug 2013 10:22 AM PDT

Mohd. Kamarudin Md. Din (dua dari kiri) dan Johariah Urib Ariffin menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan di Ampangan, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 3 Ogos - Usaha menyemarakkan semangat Ramadan yang menghampiri penghujungnya mendorong para pegawai, anggota dan kakitangan awam Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menghulurkan sumbangan.

Sumbangan diberikan kepada 38 anak yatim daripada Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) dekat Ampangan di sini.

Ketua bahagian tersebut, Asisten Komisioner Mohd. Kamarudin Md. Din bersama 22 pegawai dan anggotanya menghulurkan sumbangan berkenaan pada satu majlis di rumah PAYDA hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas dan Pengerusi PAYDA, Kamalul Arifin Abu Kasim dan isteri Mohd. Kamarudin, Johariah Urib Ariffin.

Anak yatim berkenaan menerima cenderamata dan duit raya manakala rumah yatim tersebut menerima barangan makanan.

Turut menyumbang ialah surau An-Nur Sunway Kayangan, Shah Alam.

Mohd. Kamarudin berkata, sumbangan berkenaan ialah sebahagian daripada usaha bahagian siasatan itu mendekatkan diri dengan masyarakat.

"Para pegawai, anggota dan kakitangan bahagian ini sentiasa mengambil peluang untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat melalui penyertaan dalam program seperti ini.

"Pada masa yang sama, kami juga memberi motivasi kepada anak-anak yatim ini yang mungkin berminat mengenai kerjaya sebagai anggota polis" katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved