Utusan Online - Pemotoran |
Generasi ketiga Lexus IS kian mantap Posted: 04 Aug 2013 11:32 AM PDT Oleh JOHARDY IBRAHIM Paparan pemuka yang canggih serta menepati ciri-ciri mewah. LEXUS pertama kali muncul di peringkat global pada 1989 dengan hasrat untuk memberikan kereta paling pintar, maju dan seronok di dunia bersama dengan pengalaman pemilikan tiada bandingan. Sejak pelancarannya, Lexus menzahirkan dirinya sebagai bentuk kemewahan baharu yang merubah pemikiran konvensional dalam kedua-dua aspek kemewahan dan prestasi. Di Lexus, usaha mencapai kesempurnaan telah meningkatkan kepakaran ketukangan ke tahap tiada tandingan dalam kejuruteraan. Setiap kereta diperiksa oleh pasukan elit pakar ketukangan yang meneliti setiap aspek pemasangan kenderaan di kilang. Perhatian terhadap butir-butir ini terpancar pada tahap kemewahan yang kini menjadi lambang Lexus. Ditubuhkan pada awal 1980an, Lexus melancarkan model perdananya, LS 400 pada 1989. Sejak itu, Lexus telah menjadi sinonim dengan kualiti, kemewahan dan kepuasan tinggi pelanggan. Paling terkini, Lexus mengotakan janji jenama untuk mencapai kecemerlangan dengan Lexus IS baharu. Mengandungi tidak kurang daripada 12 ciri baharu dan inovasi teknikal, IS baharu juga mempamerkan ruang dalaman serba baharu yang menggabungkan kekemasan, keselesaan dan kualiti yang diharapkan. Model IS baharu tentunya sebuah kereta yang menawan dari luar dan dalam, reka bentuk berani dan rupa gagah dibentuk daripada falsafah rekaan L-finesse, yang juga memberi inspirasi kepada setiap model baharu Lexus hari ini. Model baharu IS menampilkan ciri-ciri tanda dagang Lexus yang sofistikated iaitu jeriji gelendong depan, menganugerahkan sedan kompak ini dengan kombinasi keanggunan yang agresif, keberadaan atas jalan raya yang lebih berkuasa dan identiti jenama yang lebih kuat. Penampilan unik dan tangkas badan kereta tersebut adalah hasil garisan perwatakan yang kental yang jelas menentukan badan daripada kabin, menekankan keluasan gerbang roda dan meningkatkan pandangan pada tayar. Model IS baharu ini bukan sahaja sebuah kereta yang kelihatan sangat bagus dengan reka bentuk, keselesaan dan kemewahan yang menerajui kelasnya, tetapi juga sebuah kereta yang mampu memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dengan pengendalian hebat, tahap keselamatan tinggi dan penjimatan bahan api yang bagus." Dibawah hudnya, Lexus IS 250 berpacuan roda belakang diperkasa oleh enjin 2.6 liter V6 yang menghamburkan kuasa maksimum 205hp@6,400rpm dan kuasa kilas 252Nm @ 4,800rpm. Enjin ini dilengkapi dengan Transmisi Dikawal Secara Elektronik (ECT) enam kelajuan yang memiliki ciri-ciri mode turutan tukaran-manual dengan rev disamakan dengan gear menurun dalam mod SPORT. Lexus IS 300h adalah hibrid penuh menggunakan sistem pemanduan roda belakang yang menggabungkan motor elektrik berkuasa dengan enjin baharu dibangunkan, 2.5 liter, enjin petrol kitaran empat silinder Atkinson memaparkan sistem suntikan bahan api D-4S yang baharu, Dual VVT-i dan sistem Ekzos Edaran Semula Gas (EGR) berkecekapan tinggi. Sistem ini menyasarkan pengeluaran CO2 dibawah 100 g/km, dan purata penggunaan bahan api 20.4km/liter yang merupakan peneraju kelasnya. Lexus Malaysia menawarkan empat varian IS baharu iaitu IS 250, IS 250 Luxury, IS 300h dan IS 250 F-SPORT berprestasi tinggi. Lexus IS adalah berharga dari RM269,900 sehingga RM333,000 bagi IS250 termasuk F-SPORT, RM383,000 bagi IS 300h. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan