Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT Oleh Fadzil ZainoL Adakah Daihatsu Mira (atas) atau Ayla merupakan model terbaharu yang akan dijual paling murah oleh Perodua? KUALA LUMPUR 28 Ogos - Model baharu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), bakal diperkenalkan pada suku ketiga tahun depan, setelah kilang baharu syarikat beroperasi pada waktu tersebut. Pembinaan kilang itu yang membabitkan perbelanjaan hampir RM800 juta terutamanya bagi tujuan penerapan teknologi tinggi, membolehkan Perodua menghasilkan kereta berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kereta itu juga bakal menggunakan enjin baharu keluaran Daihatsu. "Model ini mampu menawarkan penjimatan minyak yang lebih baik berbanding model sedia ada kami," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di majlis Sambutan Aidilfitri Perodua di sini hari ini. Aminar juga menegaskan, harga model terbaharu itu juga adalah lebih rendah atau hampir menyamai dengan model termurah Perodua yang ditawarkan ketika ini. Harga terendah kereta Perodua ketika ini ialah model Viva iaitu serendah RM24,924 sebuah. Sementara itu, Aminar berkata, pihaknya masih mengkaji sama ada untuk menghentikan pengeluaran model Viva bagi digantikan dengan keluaran terbaharu itu. Aminar juga menolak anggapan bahawa Perodua bakal memperkenalkan kereta versi sedan, kerana syarikat itu lebih dikenali sebagai pengeluar kereta kompak. "Itulah (kereta kompak) merupakan kekuatan kami dengan rakan strategik (Daihatsu)," katanya lagi. |
Proton hasilkan kereta selamat dan berkualiti Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd., akan terus mengeluarkan kereta yang selamat, berkualiti tinggi dan memberi nilai dari segi wang, kata Ketua Pegawai Eksekutif-Komersialnya, Hisham Othman. Dalam satu kenyataan hari ini, Hisham berkata, Proton Suprima S amat dinanti-nantikan oleh pasaran tahun ini kerana bentuknya yang dinamik dan sporty, hiasan dalaman yang mewah serta prestasi enjin tinggi. "Kereta itu mampu dimiliki dan menonjol dari segi gaya, prestasi, keselamatan dan peralatan," kata beliau. Hisham berkata demikian selepas menyerahkan Suprima S kepada pembeli pertamanya, pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar, di sini hari ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan