Ahad, 11 Ogos 2013

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Keunikan Cooper S Coupé

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

Oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my

KENDERAAN ini menampilkan imej seperti sebuah kereta lumba.

MINI Cooper S Coupé merupakan antara model kereta yang pasti mencuri tumpuan apabila menyusuri jalan raya disebabkan reka bentuknya yang unik dan berbeza dengan ahli keluarga MINI yang lain.

Model ini tampil dengan imej kereta sport mini dengan bentuk lebih aerodinamik, bumbung lebih randah dan yang paling utama hanya dilengkapi dua tempat duduk dan pintu bingkai (frameless).

Dua jalur pelekat merentasi dari hujung hud hingga ke bampar belakang telah menampilkan imej seperti kereta lumba sekali gus menjadikan MINI Cooper S Coupé cukup istimewa kepada pemiliknya.

Lampu hadapan dan belakang masih mengekalkan imej MINI dengan kemasan bingkai perak berkilat selain terdapat saluran udara brek lebih besar dengan sentuhan eksklusif John Cooper Works di bahagian hud.

Apabila pintu dibuka, mata penulis terus tertumpu kepada meter kelajuan gergasi dengan nombor dan jarum penunjuk klasik di bahagian tengah papan pemuka yang menjadi identiti kepada model-model MINI sebelum ini, sangat unik dan menarik.

Hampir semua komponen dalam kereta ini berkonsepkan bulat termasuk butang kawalan, pembuka pintu, corong pendingin hawa, pembesar suara, meter dan kerusi separa 'bucket.'

MINI sangat dalam rekaan kerana setiap jalur dan bentuk kemasan kabin dengan semuanya tersusun kemas dan selari dengan konsep. Tidak terlalu moden dengan aksesori tetapi tetap memuaskan hati.

Sterengnya dilengkapi dengan kawalan audio, telefon, pedal shifter dan kawalan kelajuan, tetapi bagi penulis jika stereng ini kecil sedikit akan kelihatan lebih menarik.

Kerusi hanya dilaras secara manual dan agak rendah serta menepati cita rasa penulis tetapi ketinggian tali pinggang keledar tidak boleh dilaras ketinggiannya.

Sistem pencahayaan ruang kabin pada waktu malam sangat menarik dengan warna jingga pada meter kelajuan dan butang audio, manakala lampu biru pada pemegang pintu dan kotak simpanan barang di bahagian belakang gear.

Pemandu boleh akses ke ruang penyimpan barang di bonet melalui ruang boleh dibuka di bahagian tengah belakang tempat duduk.

Semudah menekan satu butang untuk menghidupkan enjinnya, penulis terus menguji jentera ini menyusuri lebuh raya dan jalan luar bandar untuk mengujinya.

Sistem penyerap hentak agak keras kerana dilaras untuk kereta sport bagi menawarkan lebih kestabilan apabila mengambil selekoh dan badan kereta tidak condong ketika melalui selekoh tajam.

Bagaimanapun, sterengnya sangat sensitif dan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikannya dan ia juga bergegar pada kelajuan melepasi 160 kilometer sejam (km/j).

Walaupun kereta ini kompak, tetapi untuk membuat pusingan U, tidak semudah kereta Myvi kerana jejari pusingannya (turning radius) agak panjang.

MINI Cooper S Coupé menawarkan kuasa pecutan yang cukup baik dan cukup stabil di jalan raya, manakala mod sport menambah keseronokan memandunya.

Pedal shifter agak unik kerana boleh dikawal dengan sebelah tangan untuk naik dan turun gear berbanding kedua-dua belah di kebanyakan kereta di pasaran.

Perodua terima tempahan 27,600 unit

Posted: 11 Aug 2013 11:26 AM PDT

Aminar Rashid

SHAH ALAM 11 Ogos - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menerima tempahan 27,600 unit model keluarannya sepanjang Julai, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua juga mencatatkan jualan 19,200 unit dalam tempoh yang sama, katanya di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, daripada 27,600 unit yang ditempah, 50 peratus daripadanya membabitkan bagi model Myvi, 30 peratus Viva dan selebihnya model Alza.

Peningkatan tempahan dan jualan itu disebabkan sikap tunggu dan lihat pengguna mengenai penurunan harga kereta yang semakin berkurangan, selain permintaan menjelang Hari Raya.

Selain itu, siri S yang dilancarkan Mac lepas masih mendapat permintaan yang tinggi, katanya.

Menurutnya pasaran automotif dijangka menghadapi tempoh akhir tahun yang mencabar berikutan kemudahan pinjaman dijangka diketatkan lagi selain persaingan model-model baharu oleh pengeluar lain.

Namun beliau yakin Perodua dapat mengekalkan sasaran jualan tahun ini sebanyak 194,000 unit.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved