Utusan Online - Luar Negara |
Beberapa kedutaan AS di Timur Tengah dibuka semula Posted: 11 Aug 2013 10:17 AM PDT DUBAI 12 Ogos - Beberapa kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah yang di tutup ekoran amaran keselamatan serangan dari Al-Qaeda pada 4 Ogos lalu kini dibuka semula, semalam. Kedutaan yang dibuka semula adalah di ibu negara Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi, konsulat AS di Dubai dan Libya. Sementara itu, kedutaan di Arab Saudi iaitu di Riyadh, Jeddah dan Dhahran kekal tutup, termasuk di negara jiran Qatar. Minggu lalu, Washington mengarahkan supaya 19 kedutaannya di Timur Tengah dan Afrika ditutup ekoran faktor keselamatan. - AFP |
Kesihatan Mandela semakin stabil Posted: 11 Aug 2013 10:15 AM PDT JOHANNESBURG 12 Ogos - Tahap kesihatan Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela kini beransur pulih tetapi beliau masih diletakkan dalam keadaan kritikal, kata pihak kerajaan hari ini. Pemimpin anti-apartheid berusia 95 tahun itu sudah berada di Hospital Pretoria selama dua bulan untuk rawatan jangkitan paru-paru yang berulang. "Tahap kesihatan bekas presiden meningkat secara perlahan tetapi stabil, kata Presiden Afrika Selatan dalam satu kenyataan, sambil menambah Mandela bagaimanapun masih diletakkan di dalam keadaan kritikal. Sementara itu, anak bongsu Mandela berkata kesihatan bapanya semakin baik setiap hari dan beliau sudah boleh duduk untuk beberapa minit. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan