Utusan Online - Jenayah |
Wanita melecur di muka disimbah asid dilapor stabil Posted: 12 Aug 2013 11:02 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Ogos - Seorang wanita yang melecur 10 peratus di mukanya akibat disimbah asid di Jalan Ampang, dekat sini Sabtu lepas dilaporkan stabil. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menemu bual mangsa di Hospital Kuala Lumpur semalam dan mendapati keadaannya stabil namun mangsa belum melakukan pembedahan mata kerana menunggu pakar mata untuk menjalani pemeriksaan. Beliau memberitahu Bernama hari ini mangsa tidak mengenal pasti suspek yang menyimbah asid itu kerana insiden berlaku di waktu malam. Dalam kejadian itu, wanita berusia 31 tahun itu melecur 10 peratus di mukanya termasuk mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki yang menunggang motosikal. - BERNAMA |
Wanita cedera ditembak di stesen minyak Posted: 12 Aug 2013 08:59 PM PDT OLeh ZAMZURINA AHMAD KUANTAN 13 Ogos - Seorang wanita cedera selepas dipercayai ditembak seorang lelaki dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Haji Ahmad di sini kira-kira pukul 3 pagi tadi. Janda beranak empat itu yang berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Alphard hanya cedera ringan akibat terkena serpihan kaca daripada cermin kenderaan tersebut. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan