Utusan Online - Agrobiz |
Posted: 11 Aug 2013 08:47 PM PDT 3. Nasi yang telah hampir masak dibiarkan seketika. Menyambung bicara, beliau berkata, nasi segera yang disertakan sambal itu nyata mengecewakan dan tidak dapat dijamah kerana tidak menyelerakan. Nasi seperti digam dan melekit, menyebabkan beliau terfikir sesuatu perlu dilakukan supaya sesiapa juga yang berada dalam situasi sepertinya mempunyai pilihan lain untuk menikmati makanan orang Melayu di mana juga mereka berada. "Saya kemudian berbincang dengan kakak saya mencari idea bagaimana sekiranya inovasi dilakukan supaya menghasilkan nasi segera yang boleh disediakan dalam tempoh yang singkat," katanya. Selepas pulang ke tanah air, beliau mula menjalankan penyelidikan. Menerusi usaha penyelidikan bertungkus lumus, selama tiga tahun Dr. Khalid, berjaya menghasilkan sebuah mesin memproses nasi yang akhirnya membuka laluan kepada penghasilan makanan nasi segera atau beliau namakan sebagai Nasgera, dipercayai produk pertama seumpamanya di negara ini. Mesin berkenaan kata beliau membantunya mengurangkan kandungan kanji dalam beras sehingga ke tahap antara 50 dan 60 peratus menggunakan proses tertentu yang beliau enggan dedahkan. Mesin tersebut, yang dinamakan converter atau 'mengubah beras' dengan mengurangkan kandungan kanji atau karbohidratnya sangat sesuai untuk semua jenis beras tempatan mempunyai kapasiti 16 kilogram (kg) Nasi segera tersebut pada mulanya dihasilkan secara kecil-kecilan dengan kapasiti (kg) tetapi beliau berbangga dengan usaha tersebut yang kini sudah membina tapak kejayaan. Tanpa menoleh ke belakang, dengan azam yang kukuh dan semangat membara apabila melihat potensi pasaran yang luas, beliau menubuhkan syarikat Masdar Safi Sdn. Bhd. pada 2009 yang menjadi penggerak kepada pengeluaran Nasgera berskala besar. Menerusi syarikat terbabit, Dr. Khalid menjalankan penyelidikan dan menggunakan kemudahan di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil. Seperti kelaziman produk makanan segera yang lain, nasi segera tersebut hanya perlu direndam di dalam air panas selama dua minit. Menurut Dr. Khalid, konsep makanan amat mudah iaitu nasi yang telah dimasak, dikeringkan dan pengguna hanya perlu mencampurkan dengan air panas. Bagi memudahkan pengguna, produk berkenaan datang dalam bentuk mangkuk yang dilengkapi sudu dan satu lagi dalam bentuk paket. Harga runcit yang disyorkan bagi nasi dalam mangkuk ialah RM3.80 manakala paket berharga RM4.80. Menggunakan konsep yang sama, syarikat terbabit juga mengeluarkan bubur nasi selepas kejayaan mengeluarkan nasi segera tersebut. Bubur nasi tersebut yang baru masuk pasaran ditampilkan dengan tiga perisa iaitu ayam, ikan bilis dan sayur-sayuran dan harganya ialah RM2.80 dan RM2.90. Dalam pada itu, menurut Dr. Khalid beliau sedang dalam perancangan nasi segera vegetarian masala dan briyani serta buttered rice chicken yang dijangka dikeluarkan tidak lama lagi. Selain produk berkenaan, Masdar Safi sebelum ini menghasilkan beras berkarbohidrat rendah dan sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Produk D-rice telah mengalami proses mengurangkan antara 30 dan 40 peratus kanji setiap 100 gram beras. Pasaran Mengulas mengenai pencapaiannya ketika ini, Dr. Khalid yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Masdar Safi berkata, sebanyak sembilan tan beras tempatan telah digunakan sejak pengeluaran produk syarikat berkenaan. Sebagai contoh bagi menghasilkan 24,000 karton bubur, sebanyak satu tan beras digunakan. Beliau Dr. Khalid memberitahu, sejak permulaan daripada peringkat penyelidikan sehingga setakat ini, beliau telah melabur kira-kira RM750,000 Kilang utama syarikat berkenaan beroperasi di Bercham Ipoh manakala kerja-kerja pembungkusan produk terletak di Balakong. Produk berkenaan kata beliau telah dijual di 500 kedai runcit seluruh Semenanjung selain pasaran besar selain agen-agen pengedar terpilih. "Saya juga mengadakan kerjasama dengan Malaysian Bussiness Outlet (BMO) untuk membawa masuk produk ke luar negara," katanya. Beliau juga telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan syarikat Khalifah Production untuk memasarkan produk Nasgera di dalam dan luar negara yang akan syarikat berkenaan akan bertindak sebagai sayap pemasaran menggunakan watak animasi Aqil sebagai maskot rasmi. "Saya menyasarkan untuk memperoleh antara 10 dan 20 peratus market share dengan pengguna sasaran di kalangan mereka yang berumur antara 18 dan 50 tahun manakala produk nasi kepada mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an," kata Dr. Khalid. Beliau juga bercadang mempromosi Nasgera di kalangan pelajar dan mahasiswa universiti selain memperkukuhkan pasaran di kalangan mereka yang gemar mengadakan aktiviti luar seperti perkhemahan, pengembaraan, dan pelancongan terutama di kawasan makanan tempatan yang halal sukar diperoleh. Selain telah memperoleh sijil halal, beliau juga bercadang mengadakan kerjasama dengan chef terkemuka untuk mencari perisa sesuai bagi menambah tiga yang sedia ada serta mencari pasaran di kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - LAUPA JUNUS |
Resipi kejayaan penternak keli Posted: 11 Aug 2013 08:47 PM PDT Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD Hasilkan pelet sendiri untuk kurangkan kos makanan PENINGKATAN harga makanan ikan mendorong Ibrahim Ahmad, 51 pengusaha ternakan ikan keli menjalankan pelbagai uji kaji bagi menghasilkan makanan terbaik untuk ikan peliharaannya. Berbekalkan sedikit pengetahuan yang diperoleh ketika menghadiri beberapa kursus anjuran Jabatan Perikanan, Ibrahim berjaya menghasilkan makanan ikan sendiri. Bermula dengan penggunaan campuran hampas kacang soya, tepung gandum, sedikit minyak masak, ikan baja, PKC (palm kernel cake) dan sedikit sayuran kini Ibrahim mampu berbangga dengan resipi ciptaannya sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri. Selain bahan-bahan tersebut, roti yang telah luput tarikh serta hampas kelapa juga turut digunakan bagi memastikan kadar protein yang tinggi diperolehi ikan yang diternak. Dalam pada itu sayuran seperti daun ubi kayu juga turut digunakan bagi meningkatkan kandungan fiber di dalam manakan yang dihasilkan. Menurut Ibrahim, makanan ikan yang diproses sendiri lebih menjimatkan kerana bahan-bahan yang digunakan ditentukan sendiri mengikut bajet dan keperluan. "Selain bahan-bahan tersebut saya juga menggunakan jagung dan juga ubi kayu bagi memudahkan pelet terbentuk (melekat). "Dua bahan tersebut mampu menjadikan pelet yang diproses tidak terlerai ketika diadun," katanya ketika ditemui di ladang projek ternakan ikan keli dan tilapia yang diusahakan di Padang Keladi, Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini. Beliau dikunjungi oleh wakil Jabatan Perikanan dan pertubuhan media yang mengikuti program Kembara Media Perikanan 2013 anjuran jabatan tersebut ke beberapa projek di sekitar Johor, Negeri Sembulan dan Melaka baru-baru ini Jelasnya, makanan ikan yang diproses sendiri mampu menjimatkan kos penyediaan makanan dari 40 hingga 60 peratus. Justeru penyediaan bahan makanan dari bahan-bahan tersebut mampu mengurangkan kos tersebut. Ladang ternakan ikan keli Ibrahim kini mengeluarkan hasil sekitar satu tan seminggu kerana permintaan yang tinggi diterima olehnya. Manakala pengeluaran bagi ikan tilapia mencecah 200 kg seminggu menjadikan kos penyediaan makanan ikan amat tinggi. Malah, bagi menampung permintaan yang tinggi, serta kerja-kerja yang ada, Ibrahim mengambil tiga orang pekerja bagi memudahkannya menyelia ladang ternakan ikan tersebut. Biarpun harga makanan ikan sentiasa meningkat, sebagai penternak, dia tidak boleh menaikkan harga ikan sesuka kerana terikat dengan perjanjian selain akan menimbul rasa kurang senang di kalangan pembeli. Apa yang boleh dilakukan olehnya adalah mencari alternatif lain bagi menampung kos harga makanan ikan yang semakin meningkat. "Kini saya hanya membeli makanan ikan untuk permulaan sahaja (starter), setelah itu ikan akan diberi makanan yang diproses sendiri," katanya. Ibrahim yang memiliki latar belakang kontraktor binaan sebelum ini kelihatan tidak kekok menguruskan ladang ternakan ikan keli berikutan minatnya yang mendalam terhadap bidang tersebut sehingga mampu bergelar pengusaha ternakan keli dikenali di sekitar Melaka. Sehingga kini, hampir 16 buah sekolah di sekitar Durian Tunggal, Melaka mengambil stok ikan keli daripadanya berikutan proses ternakan yang dilakukan olehnya lebih menyakinkan serta halal. Ujarnya, terdapat sesetengah pengusaha ternakan ikan yang menggunakan tepung yang diproses daripada darah bagi mempercepatkan tumbesaran ikan. Biarpun tepung tersebut dikatakan memiliki kadar protein yang tinggi namun status halalnya diragui kerana ada kemungkinan campuran darah khinzir juga turut digunakan," katanya. "Jabatan sentiasa melakukan pemeriksaan dengan mengambil sampel ikan untuk dianalisis sebanyak dua kali dalam setahun untuk memastikan ikan yang dihasilkan memenuhi piawaian ditetapkan. Sehingga kini, Ibrahim telah menyertai hampir 12 kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan, dan masih terus berhubung dengan pegawai yang terlibat dalam usaha menambah baik mutu ternakannya. Melihatkan perniagaan yang semakin berkembang maju, Ibrahim berhasrat untuk menambah kolam pengeluaran yang sedia ada bagi menampung permintaan orang ramai terhadap ternakannya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Agrobiz To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan