Selasa, 30 Julai 2013

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jangan terpengaruh fahaman Syiah

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam terutamanya di Pahang agar tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah ketika bertitah selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Kampung Kuala Tembeling, Jerantut, baru-baru ini. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

JERANTUT 30 Julai - Umat Islam di negeri ini dinasihat tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah kerana ajaran itu banyak mencetuskan perpecahan serta ketidakstabilan politik yang melanda Asia Barat.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, fenomena yang wujud di negara terbabit telah mengakibatkan pertumpahan darah serta menjejaskan kesejahteraan penduduk di sana.

Baginda bertitah, ajaran Islam yang dibawa oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini tidak wajar dicampur dengan pegangan lain kerana boleh mengancam perpaduan serta melemahkan kekuatan penduduk dan keamanan negara.

"Ajaran itu perlu kita tolak sekiranya wujud di negeri ini kerana boleh mengganggu kestabilan politik, perpaduan dan masyarakat Islam di sini.

"Umat Islam yang kukuh dengan ikatan persaudaraan selama ini diminta mengelakkan diri daripada terjebak dengan ajaran tersebut yang akan memberi impak perpecahan sekali gus merosakkan akidah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan penduduk tempatan serta berkenan menyampaikan sumbangan kepada 150 orang golongan asnaf di Kuala Tembeling, di sini kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak dan Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Syed Ab. Mutalib Syed Hassan.

Tengku Abdullah bertitah, umat Islam di negeri ini perlu menguatkan keimanan diri, keluarga dan masyarakat di samping memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadan selari dengan ajaran Islam.

"Ambillah kesempatan dalam bulan Ramadan ini untuk bermuhasabah diri dengan berlandaskan kekuatan iman dan takwa khususnya beribadat pada 10 malam terakhir.

"Kewajipan itu perlu dipergiatkan menerusi program mengimarahkan masjid dan surau yang perlu membabitkan lebih ramai remaja, belia dan semua lapisan usia dalam kalangan umat Islam," katanya.

Wartakan segera pengharaman Syiah - Perkasa

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUANTAN 30 Julai - Fatwa mengharamkan fahaman Syiah di negeri ini perlu diwartakan segera bagi memastikan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam itu tidak menular secara berleluasa.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap berkata, pihaknya menjunjung kasih kenyataan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa negeri ini akan mewartakan pengharaman ajaran Syiah bagi membendung penularannya.

"Biarpun fahaman ini telah lama disedari, pewartaan itu baharu sahaja diperkenankan dan ini merupakan satu titik tolak terbaik bagi menyekat fahaman tersebut daripada menular di negeri ini.

"Pewartaan itu perlu bagi mengelak umat Islam terjerumus dalam pertelingkahan akidah akibat terpengaruh dengan fahaman ini. Kita tidak mahu perkara ini berlaku di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Tengku Abdullah bertitah, Pahang akan mewartakan pengharaman ajaran syiah bagi membendung penularannya yang boleh membawa kesan negatif kepada akidah umat Islam di negeri ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah, pengharaman ajaran itu sudah lama dilaksanakan, cuma belum diwartakan lagi.

Abd. Wahid berkata, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau bukan sahaja universiti malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan agama dan penceramah bebas bagi mengelakkan fahaman Syiah yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam menular secara berleluasa.

Beliau berkata, biarpun mereka yang berfahaman Syiah tidak begitu ramai, kerajaan perlu melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan penularan fahaman itu di negara ini dapat dibendung.

"Sekarang pun kita sudah dapat lihat di negara ini bagaimana orang Islam sendiri mengkafirkan sesama Islam, menghina nabi dan ini adalah titik permulaan fahaman Syiah mula menular.

"Antara langkah terbaik ialah mewartakan segera fatwa menyekat penyebaran Syiah, jika perkara ini tidak diambil serius fahaman ini pasti akan menular dengan berleluasa," katanya.

MPK buat perubahan laluan

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUANTAN 30 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melakukan beberapa perubahan baharu melibatkan beberapa jalan utama di bandar ini selepas pemerhatian dan aduan diterima berhubung perubahan aliran trafik sejak seminggu langkah itu dilaksanakan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, setelah mengambil kira beberapa faktor serta mengatasi kesesakan di jalan utama, MPK melakukan perubahan lalu lintas secara berperingkat membabitkan Jalan Teluk Sisek dan Jalan Gambut.

Dalam tempoh tujuh hari percubaan ini, MPK melalui pusat panggilan telah menerima sebanyak 80 aduan dan cadangan daripada orang ramai bagi menambah baik sistem lalu lintas di bandar ini.

Menerusi perubahan baharu itu, Jalan Teluk Sisek kembali dibuka menjadi dua hala berbanding sehala dalam tempoh percubaan sebelum ini," katanya di sini.

Menurut Haslinda, pihaknya juga meminta orang ramai agar membuat perancangan terlebih dahulu sebelum ke destinasi yang hendak dituju dengan melalui jalan alternatif lain bagi mengelak berlaku kesesakan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved