Utusan Online - Hiburan |
Biar masa menentukan - Elly Mazlein Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT TOPIK walimatulurus paling digemari buat wanita bujang kerana rata-rata mempunyai impian tersendiri. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Elly Mazlein, 32. Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini mempunyai keinginan untuk menjadikan hari bersejarah itu sebagai saat terindah dalam hidupnya. Malah sejak bertunang dengan pengarah Azmi Hatta, 38, dua tahun lalu, Elly sudah mula merencana sesuatu yang indah untuk meraikan penyatuan dengan belahan hatinya itu. Pun begitu sebagai manusia biasa Elly pasrah apabila harapannya itu masih belum terlaksana. Lebih malang apabila hasrat tersebut kemudiannya dipertikaikan dan menjadi buah mulut orang. Semuanya bermula selepas perancangan asal untuk mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada penghujung tahun lalu tidak menjadi kenyataan. Ironinya dia dihujani spekulasi demi spekulasi. Status Elly sama ada masih tunangan Azmi kemudiannya menjadi tanda tanya. Lebih buruk apabila penafian yang dibuat daripada kedua-dua pihak itu dikaburi oleh cakap-cakap orang luar yang seolah-olah mengiyakan cerita Elly sudah putus tunang. Mengesahkan dirinya masih tunangan kepada Azmi, Elly juga menyatakan rasa kesal apabila kisah pertunangannya itu menjadi bahan perbualan ramai. "Elly tahu ada segelintir orang yang lebih arif tentang cerita peribadi Elly berbanding diri Elly sendiri. Dan Elly sedar spekulasi membabitkan cerita (pertunangan) Elly ini tidak akan berhenti melainkan Elly naik pelamin. "Terus terang Elly sendiri tak berani untuk berbicara secara terbuka tentang soal pertunangan ini. Sebab perkara ini di luar bidang kuasa Elly dan sehingga kini masih belum ada kata putus (mengenai urusan perkahwinan). "Dan Elly minta maaf sebab tak boleh cakap lebih-lebih. Perkara pertunangan ini membabitkan keluarga Elly dan juga pihak Azmi. Elly tak nak mendahului mereka. Takut juga ada perkataan yang menyebabkan mana-mana pihak terasa. "Biarlah orang nak kata Elly sengaja nak berteka-teki atau nak berdolak-dalih. Sebab Elly hanya akan mengkhabarkan perkara yang sudah ada jawapan pasti," katanya penuh makna pada pertemuan petang Selasa lalu. Bertitik tolak dari situ, Elly yang mengikat tali pertunangan dengan Azmi pada 29 Mei 2011 kemudiannya dihujani dengan spekulasi putus tunang. Apatah lagi selepas perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lalu terpaksa ditunda atas alasan tuntutan kerja. Sengaja mengusik tentang tarikh sebenar perkahwinan menyebabkan dia menarik nafas panjang. Anak kelahiran Slim River, Perak ini kemudiannya mengaku tidak punya tarikh spesifik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Azmi. Sebaliknya Elly menyerahkan urusan jodoh tersebut kepada takdir dan waktu. "Elly minta beri sedikit ruang kepada Elly untuk menyelesaikan perkara ini. Pada masa yang sama Elly tak boleh menghalang pihak media untuk tidak memaparkan cerita kurang enak tentang pertunangan Elly. "Memanglah Elly boleh cakap yang Elly kuat untuk melayan spekulasi sebegitu. Tapi lama kelamaan pasti akan bosan sebab cerita lapuk sebegini tidak ada kesudahan. "Jadi kesimpulannya tunggu saja. Nanti kalau sudah ada masa yang sesuai pasti Elly akan mengkhabarkan berita gembira," katanya yang mengaku lebih senang berkongsi berita gembira berbanding cerita negatif kepada khalayak. "Elly memilih untuk merahsiakan soal hati. Tak manis seorang wanita sewenang-wenangnya bercerita tentang kisah isi hatinya kepada khalayak. Nanti mengundang spekulasi lagi. "Jadi lebih baik kalau Elly simpan diam-diam luahan perasaan Elly itu dan hanya luahkan pada lagu saja," kata penyanyi yang semakin popular dengan lagu Sabarlah Hati.. Lagu ciptaan Manusia Putih itu dikatakan berkait rapat dengan keadaan yang sedang dialami Elly apabila menyerlahkan bait-bait yang menyusuk jiwa. Kata Elly, seperti orang lain dia juga mahu mencintai dan dicintai dan sebagai seorang artis, tiada apa lain yang tinggal selain sekelumit ruang untuk dirinya. Justeru dia tidak akan berkompromi dengan soal yang satu itu. |
Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT SELEPAS daripada kontroversi Tania Hudson yang dikatakan lari dari lokasi pengambaran sebelum ini, ada orang mengadu pada Miss J yang pelakon itu sekarang dah tak ada kawan. Dengarnya dia sentiasa menyendiri. Tak bergaul dengan orang ramai. Miss J tertanya-tanya juga tentang kebenaran cerita ini sebab takut berlaku kekeliruan yang boleh mencetuskan kontroversi lagi. Tapi teman yang mengadu pada Miss J tentang perihal Tania itu beria-ia memberitahu dia sendiri kasihan melihat pelakon itu di satu set lokasi pengambaran yang dibintanginya baru-baru ini. Makan seorang diri dan membawa diri ke sana ke mari tanpa mempedulikan orang sekeliling. Jadi teman Miss J membuat kesimpulan mungkin Tania sedang dilanda masalah. Sebab melalui raut wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir. Mukanya agak cemas dan jarang tersenyum. Entahlah... Miss J kena tanya kebenaran cerita ini kepada empunya diri dulu. Miss J tak boleh buat kesimpulan dan andaian sendiri. Tak baik menuduh lebih-lebih lagi masa bulan puasa ini! |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan