Utusan Online - Feminin |
Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT Gabungan songket dan fabrik moden. SONGKET merupakan fabrik tradisional yang sering dikaitkan dengan golongan pembesar dan bangsawan sejak sekian lama. Namun menjelang hari raya Aidilfitri , songket turut mendapat perhatian orang ramai untuk tampil bergaya dengan samping baru atau dijadikan kebaya dan kurung yang anggun. Lebih menarik, jika pereka menggabungkan songket dengan fabrik moden dan menghasilkan rekaan terbaharu. Menurut Kashfi Mohd. Zulkifli, sebagai pereka baharu, dia gemar menghasilkan rekaan kontemporari dengan menggabungkan yang lama dan moden. Untuk tahun ini saya menghasilkan koleksi yang diberi nama, Seanggun Songket. Koleksi ini adalah hasil gabungan antara tenunan asli songket dan fabrik sifon. Kedua-dua fabrik ini disatukan untuk memperlihatkan keanggunan mereka yang memakainya," ujarnya. Bercerita lanjut tentang koleksi Aidilfitri ini, Kashfi yakin tenunan dan sulaman benang emas songket memperlihatkan kemewahan fabrik tersebut yang boleh mengubah persepsi masyarakat bahawa songket pada masa kini sesuai dijadikan salah satu koleksi Aidilfitri serta mampu dimiliki semua golongan. |
Posted: 28 Jul 2013 06:13 AM PDT Untuk maklumat tentang Vene, hubungi 017-6064078 atau layari www.vene.my atau ww.facebook.com/veneofficial MUSLIMAH ini tampil dengan wajah penuh tarikan. Lirikan mata yang cantik ditambah dengan solekan yang sederhana sesuai dengan penampilan Muslimah di Aidilfitri. Hera Helmi, 28, personaliti minggu ini berkongsi petua penjagaan tubuh badan pada bulan Ramadan. Sebagai model, Hera mengakui dia turut mengalami masalah turun naik berat badan yang tidak menentu. Bagi mengatasi masalah itu, Hera melakukan tarian belly sebagai rutin senaman harian. Tarian belly ini memerlukan kita bergelek. Secara tidak langsung, aktiviti ini membantu kita mendapatkan pinggang yang ramping. Sepanjang Ramadan ini, saya mengurangkan aktiviti ini kepada dua kali seminggu. Jadi, apa yang saya lakukan ialah memilih Vene Losen Transformasi untuk membuang lemak degil di bahagian pinggang dan paha. Saya paling suka bau dan tekstur losen yang tidak melekit, tidak terlalu panas dan yang paling penting losen pelangsing ini memberi kesan segera kepada pengguna," ujarnya yang merupakan testimoni Vene. Vene yang berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia berfungsi untuk menegang, menganjal dan melembutkan kulit pada bahagian yang telah mengalami susutan. Bercerita tentang kerjayanya sebagai model, Hera mengakui keyakinan paling penting untuk menjadi model yang berjaya. Sebagai model yang tidak tidak tinggi, Hera secara perlahan membina keyakinan diri melalui penampilan dan gaya berjalan. Lama-kelamaan saya tidak kekok dengan keadaan ini. Malah, saya menjadi seorang yang optimis. Saya juga akan tampil dengan koleksi busana sendiri iaitu Nitty by Hera Helmi," ujarnya yang menjadi model sejak berusia 18 tahun. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan