Isnin, 8 April 2013

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Liquid C1

Posted: 08 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar WAHIDAH ZAINAL

Dikuasakan oleh pemprosesan Intel memberi kelainan kepada Acer Liquid C1.

JIKA sebelum ini jenama Acer terkenal dengan rangkaian produk seperti komputer riba serta pembangunan produk ultrabook, kini jenama tersebut mengorak langkah dengan memperkenalkan telefon bimbit pintar yang menggunakan kuasa Intel Inside sebagai pemproses dalaman.

Diperkenalkan sebagai Acer Liquid C1, ia merupakan telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan pemproses Intel sekali gus memperlihatkan kelainan dengan mana-mana telefon yang menggunakan sistem operasi Android 4.1 Ice Cream Sandwich.

Menurut Presiden Kumpulan Bisnes Telefon Pintar Acer Inc., Liew Sze Thai, kerjasama yang terjalin bersama Intel Inside menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan pengguna masa kini mampu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Acer dalam aktiviti seharian mereka.

"Dibangunkan bersama pemproses Intel Atom 1.2 giga herz bagi kelancaran operasi, peranti tersebut membolehkan pengguna merasai ciri-ciri responsif beserta kawalan sentuhan dan pembukaan laman web yang pantas.

"Sistem operasi beserta kuasa enjin grafik sehingga 400 mHz amat sesuai bagi main semula video di samping kamera lapan mega pikselnya mampu menampung rakaman lima cetakan sesaat (fps)," katanya pada majlis pelancaran Acer Liquid C1 di ibu negara baru-baru ini.

Daya ketahanan baterinya sehingga sembilan jam memastikan kelancaran ketika penggunaannya sepanjang hari turut ditambah dengan kelajuan operasi Internet sepantas 3G yang beroperasi pada 21 Mbps.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini boleh layari laman web www.acer.com.my dan Liquid C1 kini telah berada di pasaran dengan harga pengenalan RM999.

Panasonic perkenal 21 model Smart Viera

Posted: 08 Apr 2013 02:00 AM PDT

PENERAJU rangkaian produk elektrik dan elektronik, Panasonic Malaysia Sdn.Bhd (Panasonic) baru-baru ini memperkenalkan 21 model televisyen pintar baru, Smart Viera yang merangkumi fungsi diod pemancar cahaya (LED) dan plasma.

Kesemua rangkaian baharu itu menawarkan fungsi kendalian lebih mudah, perhubungan dengan peranti pintar lain dengan kualiti paparan lebih tinggi serta ciri-ciri mesra alam.

Menurut Pengarah Urusannya, Jeff Lee, dengan pengenalan 21 model terbaharu tersebut, pihaknya turut menyasarkan jualan sebanyak 240,000 unit seluruh negara berikutan kejayaan yang pernah ditempah kebelakangan ini.

"Model televisyen LED baharu merangkumi saiz bermula 24 hingga 55 inci manakala empat siri baharu bagi plasma pula adalah VT60, ST69, S60 dan X60 yang berukuran antara 50 hingga 65 inci.

"Melalui barisan Smart Viera, kami turut mempromosikan lima tangga evolusi yang merangkumi operasi mudah, rangkaian yang menarik, kualiti gambar terjamin, eko serta reka bentuk yang menepati cita rasa pelanggan masa kini," katanya pada majlis pelancaran rangkaian Smart Viera di ibu negara baru-baru ini.

Di samping itu, rangkaian televisyen Panasonic juga merupakan yang pertama dalam industri sepertinya memperkenalkan My Home Screen yang mana aplikasi tersebut memberikan akses pantas kepada kandungan kegemaran pengguna.

Lebih menarik mengenai rangkaian televisyen pintar Panasonic adalah ia turut dibangunkan dengan teknologi interaksi suara yang membolehkan pengguna mengawal saluran menerusi percakapan selain melakukan carian semasa di internet menggunakan televisyen itu.

Selain itu mereka turut menyasarkan peningkatan penguasaan pasaran televisyen di Malaysia kepada 15 peratus menjelang akhir tahun ini, berbanding 11 peratus yang dicatatkan tahun lalu.

Kesemua model Smart Viera boleh didapati melalui pengedar sah seluruh negara bermula 18 April.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved