Isnin, 8 April 2013

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Wujudkan lebih banyak pasar tani bantu peniaga kecil

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

LEDANG 7 April - Lebih banyak pasar tani kekal perlu diwujudkan di negeri ini dalam usaha membantu peniaga kecil meningkatkan pendapatan dan mengurangkan masalah pemasaran hasil pertanian mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan berkata, mereka perlu ditempatkan di bawah satu bumbung dengan konsep pasar tani runcit setiap minggu bagi memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti.

Beliau berkata, setakat ini, pasar tani sedemikian dengan bangunan kekal hanya terdapat di Bandar Bukit Gambir dekat sini, yang beroperasi setiap hari untuk keperluan penduduk setempat dan pengunjung luar.

Di pasar tani seperti ini, peniaga tidak perlu berurusan dengan pemborong. Konsep seperti ini amat menguntungkan berbanding berurusan dengan orang tengah yang biasanya mengaut keuntungan lebih.

Cara ini dapat membangunkan sistem pemasaran yang cekap dan telus," katanya selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Pasar Tani Kekal FAMA Bukit Gambir di Bangunan Pasar Tani Borong Bukit Gambir, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir berkata, kejayaan pasar tani di Bukit Gambir itu kini terserlah selepas bangunan dengan kos RM8 juta yang dibina pada 2008 kini menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu.

Tambahnya, kewujudan pasar tani harian di sebuah bangunan kekal tidak akan merugikan atau berdepan risiko pasaran kerana sayur, daging dan bahan makanan yang dijual merupakan keperluan seharian.

500 sertai pertandingan mewarna Utusan

Posted: 07 Apr 2013 11:16 AM PDT

Para pemenang utama pertandingan mewarna anjuran Utusan Malaysia bersama-sama hadiah yang diterima oleh mereka di SK Sanglang, Pontian, Johor, kelmarin.

PONTIAN 7 April - Seramai 500 pelajar menyertai pertandingan mewarna anjuran Utusan Malaysia sempena Program Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang di sini semalam.

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu prasekolah (5-6 tahun), Tahap 1 (7-9 tahun) dan Tahap 11 (10 hingga 12 tahun) dengan tema Perpaduan dan 1Malaysia Dalam Kalangan Pelajar.

Turut dianjurkan adalah Karnival Kokurikulum SK Sanglang, perasmian Dewan Baharu SK Sanglang serta Pelancaran Kelab Golf Sekolah Daerah Pontian oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Guru Besar SK Sanglang, Noraini Ismail berkata, turut diadakan bagi memeriahkan program tersebut ialah pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan serta aktiviti berkaitan kegiatan kokurikulum yang dijalankan murid-murid sekolah berkenaan.

Menurutnya, penganjuran karnival itu amat bermakna kerana mendapat sokongan pelbagai pihak serta komitmen guru dan kakitangan SK Sanglang bagi menjayakannya.

"Pertandingan mewarna bukan sahaja disertai kanak-kanak prasekolah dan murid-murid sekolah di kawasan Ayer Baloi tetapi turut melibatkan mereka yang berada di bandar Pontian, Benut, Pekan Nanas dan sekitarnya," kata beliau.

Selain Noraini, turut hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu Berhad, Shahrul Azhar Yaacob dan Eksekutif Pemasaran AEON Big Johor Bahru, Nurul Syed Abdullah.

Kategori Prasekolah dimenangi Siti Nur Farhana Yassin manakala tempat kedua dan ketiga, masing- masing diraih Zatty Aziza dan Imam Amany Abd. Samad.

Noor Aina Zawanah pula memenangi kategori Tahap I manakala tempat kedua dan ketiga dijuarai oleh Aymanda Umaira Yahya dan Iddna Balqis Yusof.

Kategori Tahap II pula dimenangi Siti Nabilah Daud dan Siti Humairah Mohd. Khaid serta Nur Raudatulsyahirah Mokhtar, masing-masing menangi tempat kedua dan ketiga.

Johan setiap kategori menerima sebuah basikal BMX yang disumbangkan oleh AEON Big Johor Bahru.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved