Utusan Online - Luar Negara |
Kejadian amuk di India, 9 maut Posted: 04 Apr 2013 09:21 AM PDT RAIPUR 5 April - Seorang lelaki India dipercayai mengalami masalah mental, membunuh empat orang wanita dan lima kanak-kanak perempuan dalam kejadian amuk di sebuah kampung di sini semalam. Ketua Polis Daerah, Govardhan Singh Darroh berkata, kejadian tersebut berlaku di kampung Behratoli di negeri Chhattisgarh apabila Pandu Nagesia, 35 membunuh kesemua mangsa menggunakan sebilah kapak. Kesemua kanak-kanak perempuan yang terbunuh berusia antara dua dan sembilan tahun manakala seorang mangsa wanita berusia 25 tahun dan tiga yang lain berusia 60 tahun ke atas. "Nagesia dipercayai mengalami masalah mental selepas isterinya meninggalkannya," katanya. Suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan parang yang digunakan dalam kejadian terbabit turut ditemukan. - AFP |
PM Gaza dilantik sebagai timbalan ketua Hamas Posted: 04 Apr 2013 09:20 AM PDT GAZA CITY 5 April - Kerajaan Hamas yang mentadbir Genting Gaza, secara rasmi melantik Perdana Menteri, Ismail Haniya, sebagai timbalan ketua pergerakan tersebut semalam. Seorang pegawai Hamas yang enggan dikenali berkata, pemilihan tersebut dibuat semasa pertemuan membabitkan pemimpin tertinggi pergerakan itu di Kaherah baru-baru ini. Katanya, Hamas turut memilih semula Khaled Meshaal sebagai ketua dan mengumumkan beberapa pelantikan biro politik lain pergerakan terbabit. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan