Khamis, 4 April 2013

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Masyarakat matang dalam demokrasi

Posted: 04 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

negara tidak pernah gagal dalam menjalankan proses demokrasi melalui pilihan raya umum. - Gambar hiasan

PILIHAN Raya Umum (PRU) yang bakal berlangsung tidak lama lagi ini merupakan kali ke-13 rakyat Malaysia melaksanakan tugas mereka dan mengundi untuk menentukan pihak mana yang bakal menjadi pemerintah dan menentukan hala tuju negara berdaulat ini.

Selepas negara mencapai kemerdekaannya pada tarikh 31 Ogos 1957, negara tidak pernah gagal dalam menjalankan proses demokrasi bagi meneruskan kesinambungan perjalanan menyaksikan pelbagai perkara terjadi sebelum, semasa dan juga selepas tempoh pengundian selesai.

Tidak kira bagaimana keadaan ekonomi negara pada tempoh tersebut, proses demokrasi tetap didukung oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan perbezaan umur mereka.

Jelas, ini menunjukkan negara yang dihuni kira-kira 28 juta penduduk ini sudah sebati dengan amalan demokrasi berperlembagaan. Pastinya, ini merupakan satu perkara positif yang seharusnya dikekalkan untuk generasi mendatang.

Perjalanan proses pengundian pada setiap kali PRU yang lalu sebenarnya mempunyai makna yang tersirat. Ini adalah suatu perkara yang seharusnya dibanggakan oleh setiap warganegara Malaysia yang mendukung proses demokrasi.

Kejayaan negara ini dalam melaksanakan proses tersebut dilihat merupakan satu nilai positif yang membuktikan bahawa demokrasi dan kebebasan memilih kerajaan adalah perkara yang diterima secara umum seluruh masyarakat tanpa mengira perbezaan mereka.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Jayum Jawan menjelaskan bahawa perkara tersebut terjadi kerana masyarakat Malaysia umumnya telah mencapai tahap kematangan dalam demokrasi.

Menurutnya, terdapat dua faktor yang dapat menentukan proses demokrasi berlangsung secara aman dalam sesebuah negara dan faktor tersebut adalah kestabilan politik dan juga penerimaan umum terhadap proses terbabit.

"Sungguhpun terdapat pelbagai parti politik yang mempunyai perbezaan asas dalam perjuangan mereka, masyarakat umum dapat menerima proses pengundian yang dijalankan melalui PRU setiap kira-kira empat atau lima tahun.

"Ini menunjukkan rata-rata rakyat Malaysia mempunyai tahap kematangan yang tinggi dan rasa kebertanggungjawaban berhubung proses demokrasi khususnya dalam melaksanakan tugas sebagai rakyat sewaktu mengundi untuk memilih kerajaan mereka," katanya yang juga seorang pensyarah di Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Cetus huru-hara

Pandangan sama terhadap kematangan masyarakat negara ini berhubung proses pilihan raya yang merupakan intipati utama sistem demokrasi turut disuarakan oleh seorang lagi penganalisis politik tanah air iaitu Prof. Datuk Dr. Zainal Kling.

Menurutnya, memang benar rakyat Malaysia sudah mencapai tahap kematangan yang boleh dibanggakan berhubung perlaksanaan PRU sepanjang tempoh ini tetapi itu bukan bermakna kita boleh memandang remeh pada perjalanan proses tersebut.

"Umumnya rakyat negara ini sudah mencapai tahap kematangan dalam melaksanakan proses pengundian setiap kali menjelang pilihan raya tetapi kita masih perlu berwaspada.

"Ini kerana dalam situasi politik semasa, kita dapat melihat terdapat pihak yang gemar melakukan kekecohan serta menimbulkan situasi huru-hara dalam suasana masyarakat majmuk yang harmoni kini," jelasnya.

Katanya lagi, pihak terbabit bertindak sedemikian kerana mereka tahu keupayaan sedia ada mereka waktu ini tidak akan berjaya memikat hati rakyat sekaligus membolehkan mereka menubuhkan sebuah kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tindakan merancang huru-hara apatah lagi apabila menjelang saat-saat akhir sebelum PRU ke-13 memang merupakan strategi mereka dalam usaha menumbangkan kerajaan sedia ada.

"Jika mereka berjaya menubuhkan kerajaan melalui cara terbabit, pastinya mereka sendiri akan muncul sebagai satu kerajaan yang melaksanakan amalan bersifat 'kuku besi' dalam pemerintahan mereka kelak," katanya yang mahu rakyat menilai dengan berhati-hati pihak manakan yang layak meneraju negara ini.

Zainal turut menyeru rakyat negara Malaysia untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab mereka terhadap negara dan keluar untuk membuang undi apabila tiba masanya.

Dukung: Bayi lebih tenang

Posted: 04 Apr 2013 02:00 AM PDT

Lina Teoh (dua dari kanan) berkongsi pengalaman menarik mendukung bayinya pada majlis pelancaran alat menggendong bayi jenama Bloom & Grow, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MENDUKUNG atau menggendong bayi mempunyai sejarah yang panjang. Berabad lamanya ibu-ibu daripada pelbagai budaya di seluruh dunia bergantung kepada kaedah mendukung bayi untuk mengasuh anak-anak sambil menjalankan rutin harian.

Mendukung bayi juga memberi peluang kepada bapa untuk membina ikatan emosi yang sama seperti yang dirasai oleh ibu.

Ini merupakan suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat dirasai berbanding jika mereka menolak bayi di dalam kereta sorong (stroller).

Suhu badan, bau yang dikenali dan corak pernafasan ibu bapa mampu mewujudkan rasa selamat tenang dan bahagia pada bayi.

Biarpun buat seketika amalan menggendong bayi dianggap ketinggalan zaman dan hanya dilakukan oleh ibu-ibu di kampung, kini amalan itu kembali menjadi ikutan dalam dunia pengasuhan moden dengan lebih ramai ibu bapa mula melihat manfaat mendukung bayi sebagai alat ikatan hubungan dan membantu perkembangan sihat bayi.

Seiring dengan kemajuan teknologi juga, kaedah atau alat mendukung bayi turut mengalami perubahan.

Kalau dahulu sesetengah ibu bapa hanya menggunakan kain sarung untuk mengendong bayi, kini terdapat pelbagai bentuk dan rekaan alat kendong yang menawarkan pelbagai kelebihan.

Pakar kiropraktik terkenal, Dr. Moira Robertson berkata, sokongan yang sihat diperlukan pada sesuatu alat kendong sama ada yang berbentuk kendong (carrier) atau selempang ( sling ) kerana perkembangan tulang belakang yang seiring dengan pembesaran bayi.

Ibu bapa harus mengelak daripada membeli kendong kelangkang yang menyebabkan kaki dan pinggul anak-anak mereka terjuntai ke bawah atau lurus kerana ia menghalang pinggul berada dalam soketnya.

Kendong yang baik harus mempunyai tapak yang luas agar bayi selesa dan pinggulnya dalam keadaan yang betul.

Melalui kendong juga, tulang belakang ibu bapa dapat disokong dengan mengagihkan berat daripada pinggul dan bahu seiring dengan pembesaran bayi mereka," katanya yang berasal dari Afrika Selatan tetapi sudah lebih 10 tahun menetap di Malaysia.

Sementara itu Pengurus Negara (Malaysia), B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn. Bhd., Jonathan Horsley berkata, jika bayi didukung, mereka akan berasa bahawa mereka disayangi, selamat dan dijaga.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, mendukung bayi membuktikan mereka kurang menangis dan berasa tenang.

Jika didukung, bayi-bayi ini akan rasa seolah-olah mereka turut mengikut kemana ibu bapa mereka pergi, manakala ibu bapa bebas untuk melakukan aktiviti harian mereka.

Dengan penggunaan alat kendong, bayi juga akan berada dengan ibu bapa dan senang untuk dipantau kerana mereka dekat dengannya.

Ibu bapa perlulah memandang berat tentang penggunaan kendong demi menjamin kesihatan dan keselesaan bersama keluarga," katanya.

Beliau ditemui ketika pelancaran tiga alat kendong terbaru jenama Bloom & Grow iaitu the BabaSling, ERGObaby dan Hippychick yang diedarkan oleh B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir memeriahkan majlis tersebut bekas Miss Universe Malaysia dan penyampai televisyen, Lina Teoh bersama bayi lelakinya, Dylan, serta pelawak terkenal, Harith Iskander bersama isteri, Dr. Jezamine Lim dan anak lelaki mereka Zander Xayne Iskander, bagi berkongsi pengalaman masing-masing mendukung bayi.

Kesemua alat kendong mampu memberi keselesaan kepada kedua ibu bapa dan bayi serta mengeratkan lagi hubungan antara mereka.

Alay itu juga direka dengan spesifik untuk menangani punca sakit belakang di kalangan dewasa, pada masa sama memberi kedudukan yang selesa kepada bayi.

Sebagai contoh, Hippychick, yang merupakan tali pinggang sokongan belakang dan dibangunkan untuk membolehkan golongan ibu atau bapa membawa anak mereka secara selesa semula jadi tanpa rasa sakit belakang.

TheBabaSling pula merupakan revolusi dalam rekaan rajut buai (hammock) dengan bentuk sempurna bagi menyokong pembentukan tulang belakang bayi. Dengan tidak kurang lima posisi dan tali yang mudah dilaras, alat ini mudah digunakan dan selamat.

Sementara itu ERGObaby pula merupakan alat pembawa bayi yang menyokong perkembangan tulang belakang bayi, pada masa sama mengagihkan berat bayi ke pinggul dan bahu ibu bapa mereka.

TheBabaSling

boleh didapati

dengan harga RM274 hingga RM299, ERGObaby RM464 hingga RM815 dan Hippychick RM189 . - NOR AKMA ABDUL RASHID

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved