Utusan Online - Luar Negara |
Calon utama pilihan raya, 3 beradik terkorban kemalangan Posted: 14 Apr 2013 10:31 AM PDT BAQUBA, Iraq 15 April - Calon utama dalam pilihan raya akan datang dan tiga adik beradiknya terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di sini, semalam. Najm Harbi yang merupakan calon di wilayah Diyala terkorban dalam kemalangan itu selepas kenderaan yang dinaikinya diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata berhampiran bandar Baquba yang terletak kira-kira 57 kilometer utara bandar Baghdad. Dua adik beradiknya yang lain turut terkorban dalam kejadian tersebut manakala seorang lagi mengalami kecederaan. - DPA |
19 terbunuh letupan bom di Somalia Posted: 14 Apr 2013 09:24 AM PDT MOGADISHU 15 April - Seramai 19 orang terbunuh di tengah bandar Somalia semalam dalam kejadian letupan bom yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda. Kejadian letupan tersebut berlaku di luar bangunan Mahkamah Tinggi selepas bangunan tersebut diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata. "Kira-kira tujuh lelaki yang berpakaian seragam tentera memasuki bangunan tersebut sebelum bom tersebut meletup. kami sangkakan mereka tentera kerajaan," kata saksi, Aden Sabdow yang bekerja di pejabat daerah. Katanya lagi, selepas kesemua lelaki memasuki bangunan itu satu letupan kuat berlaku. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan