Utusan Online - Luar Negara |
Sweden benar masjid laung azan solat Jumaat Posted: 11 Apr 2013 11:42 AM PDT STOCKHOLM 12 April - Sebuah masjid di sini dibenarkan untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian. Ketua Persatuan Islam di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut. Ismail berkata, pihaknya telah meminta kebenaran untuk melaungkan azan solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja. Masjid tersebut dibenarkan melaungkan azan dalam tempoh tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1 petang pada setiap hari Jumaat. - AFP |
Bekas perunding nuklear Iran rebut jawatan Presiden Posted: 11 Apr 2013 10:41 AM PDT TEHERAN 12 April - Bekas perunding nuklear Iran, Hassan Rouhani bakal bertanding dalam pilihan raya Presiden pada 14 Jun ini. Hassan yang pernah memegang jawatan sebagai pengarah Majlis Keselamatan Iran dari 2003 hingga 2005, meraih populariti apabila mendedahkan isu program nuklear Iran dan berjanji untuk memulihkan ekonomi negara ini. Hassan turut mengkritik cara Presiden Mahmoud Ahmadinejad menangani isu program nuklear negara ini yang menyebabkan Teheran dikenakan beberapa sekatan antarabangsa. - dpa |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan