Utusan Online - Keluarga |
Posted: 06 Apr 2013 02:00 AM PDT Sebahagian ahli-ahli kelab Kereta Satria Malaysia (MYSAT) berkumpul di Dataran Masjid Putrajaya, baru-baru ini. MODIFIKASI kereta sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan remaja terutama bagi mereka yang suka melihat kereta yang digunakan seharian tampak cantik, selesa dan sporty. Modifikasi kereta boleh dikatakan perkara yang wajib dilakukan apabila mereka mempunyai kereta tidak kira perubahan kecil mahupun yang ekstrem. Jika dahulu ia sering dikaitkan dengan remaja lelaki tetapi, kini golongan wanita juga sudah mula mengorak langkah terlibat dalam hobi modifikasi kenderaan. Jangan terkejut jika ada di antara kenderaan milik perempuan boleh memenangi pertandingan autoshow mengalahkan ramai peserta lelaki dalam sesuatu kategori. Proses melakukan modifikasi ini bukan sahaja mencecah puluhan ribu ringgit bahkan, melebihi nilai asal kenderaan berkenaan. Semuanya untuk kepuasan diri sendiri dan minat. Bagi yang menginginkan kelajuan mereka akan memilih modifikasi bahagian enjin manakala mereka yang ingin kereta kelihatan cantik akan memilih untuk modifikasi luaran dan dalaman. Ruangan Fokus kali ini menampilkan peminat kenderaan yang telah berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata untuk hobi mereka ini. Namun perlu diingatkan, setiap modifikasi perlu melalui proses penilaian pihak berkuasa agar modifikasi itu selamat untuk pengguna di jalan raya. Mari kita tinjau gelagat remaja yang gemar modifikasi kenderaan dengan lebih dekat lagi. - AMIRUL/MOHD NAJIB MOHD NOR/ABDUL NAZIR MOHAMED |
Rakyat Malaysia malas membaca? Posted: 06 Apr 2013 02:00 AM PDT Budaya membaca boleh disemarakkan menerusi penganjuran pesta buku berskala besar. - GAMBAR HIASAN TERDAPAT pelbagai stigma di dalam pemikiran masyarakat kita hari ini yang hanya dikeruhkan dengan anggapan simplistik berdasarkan kajian-kajian yang tidak menyeluruh pada masa lalu seperti masyarakat Malaysia kurang membaca. Statistik Perpustakaan Negara yang membuat kesimpulan bahawa budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia berada pada tahap membimbangkan sebenarnya tidak memberikan gambaran yang tepat tentang tabiat membaca di negara ini. Kajian berkenaan dibuat secara umum termasuk membabitkan orang kurang upaya (OKU), bayi dan Orang Asli. Penulis yakin bahawa satu lagi kajian yang menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca dua buku setahun tidak benar memandangkan industri penerbitan buku terus mencatatkan keuntungan dan situasi itu membuktikan bahawa masyarakat negara ini banyak membaca. Penulis merupakan pengunjung setia pesta jualan buku Big Bad Wolf sejak tahun 2010. Kunjungan terakhir penulis adalah di Pulau Pinang apabila pesta jualan buku itu diadakan di Penang Times Square pada 22 hingga 31 Mac yang lalu. Mengamati kesan fenomena jualan buku terbesar di Malaysia ini, sebenarnya memberikan impak yang amat positif terhadap minat dan bahan bacaan masyarakat kita. Penulis mengakui bahawa pernah mempercayai stigma masyarakat kita yang dikatakan kurang dan malas membaca tetapi sangkaan itu meleset sama sekali apabila melihat ribuan pengunjung memberikan respons positif terhadap mana-mana pesta buku Big Bad Wolf. Penulis mencadangkan supaya pesta buku yang sebegini diperbanyakkan lagi melalui usaha penganjur-penganjur yang berlainan dan juga galakan menyeluruh daripada pihak kerajaan. Cadangan penulis adalah supaya kerajaan atau badan-badan berkuasa yang terbabit mengenal pasti pesta buku yang berlainan dijalankan untuk sasaran golongan pembaca yang berlainan. Ini kerana pembaca yang meminati novel-novel Melayu atau kesusasteraan tidak banyak atau hampir tiada pilihan untuk membeli buku-buku yang murah di pesta buku tersebut. Apa yang ingin penulis sampaikan adalah budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia sebenarnya boleh disemarakkan lagi menerusi pesta buku berskala besar. Pesta itu pula mestilah diadakan secara kerap termasuk melibatkan lebih ramai penganjur. Di Malaysia, kita belum melihat budaya membaca di tempat-tempat awam. Mungkin disebabkan sifat ketimuran yang pemalu, tidak bongkak dan tidak menunjuk-nunjuk kepandaian masih menebal dalam kalangan masyarakat kita. Namun, penulis yakin dan percaya, semangat membaca dan cintakan ilmu itu sebenarnya menebal dalam kalangan kita semua. NIK MOHAMED HUSSEIN NIK ALI Shah Alam, Selangor |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan