Sabtu, 6 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Ramai pengusaha bas sekolah mohon lesen selepas pengenalan skim insurans

Posted: 06 Apr 2013 02:33 AM PDT

THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 6 April - Pengenalan Skim Perlindungan Insurans Murid-murid Sekolah yang diumumkan dalam Bajet 2013 berjaya menarik ramai pengusaha bas sekolah memohon lesen yang sah daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 17,000 bas sekolah berlesen di seluruh negara tetapi jumlah tersebut tidak termasuk bas sekolah yang beroperasi secara tanpa lesen serta tidak layak menikmati faedah insurans tersebut.

Beliau berkata, pengusaha bas sekolah digalak memohon lesen dengan SPAD kerana ia merupakan proses yang mudah di mana mereka hanya perlu membayar RM10 sebagai yuran pendaftaran.

"Dianggarkan jumlah bas sekolah tanpa lesen ini adalah agak besar dan mereka beroperasi secara senyap-senyap.

"Kami berharap penawaran skim insurans ini bukan sahaja dapat memberi perlindungan kepada murid tetapi juga akan menggalakkan pengusaha bas sekolah berdaftar dengan SPAD," katanya kepada pemberita selepas melancarkan skim insurans tersebut di sini hari ini.

Walaupun hanya dilancarkan hari ini, dua murid yang cedera dalam kemalangan di Bukit Beruntung, Selangor pada Januari lalu, telah pun menerima manfaat daripada skim itu yang dilaksanakan kerajaan mulai tahun ini.

Perlindungan yang ditawarkan di bawah skim tersebut termasuk kematian akibat kemalangan, hilang keupayaan kekal, bayaran perubatan, manfaat hospital dan khairat kematian.

Syed Hamid berkata, setiap murid yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berlesen akan mendapat perlindungan tersebut secara automatik tanpa perlu melakukan pendaftaran.

"Jika berlaku kemalangan, ibu bapa hanya perlu serah laporan perubatan dan pengesahan murid daripada sekolah kepada SPAD atau Takaful Malaysia untuk proses tuntutan," katanya. - UTUSAN

KPDNKK rangka program transformasi gerai makan

Posted: 06 Apr 2013 02:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 April - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang merangka program transformasi gerai makan yang memberi fokus kepada pendekatan lebih mesra alam.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program transformasi itu bertujuan memberi persekitaran perniagaan yang lebih bersih dan selamat kepada pengguna.

Menerusi program transformasi itu, Ismail berkata, KPDNKK akan menyeragamkan kesemua gerai makan supaya para peniaga dapat menggunakan kemudahan lebih moden dan teratur.

"Misalnya gerai makan di pasar malam, mungkin dengan pendekatan ini penggunaan generator dan pemasangan wayar-wayar sama ada untuk pemasangan lampu atau sebagainya dapat dikurangkan, maksudnya kita lebih go green," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Bank Rakyat 2013, di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Rohani Abdul Karim dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

Ismail berkata, satu perjumpaan bersama para peniaga gerai makan diadakan sebelum ini bagi mendapatkan beberapa cadangan dan maklum balas.

Katanya, rancangan mentransformasi gerai makan itu dibuat selepas melihat kejayaan Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang mampu menjana keuntungan peniaga sehingga 50 peratus.

Terdahulu, Ismail menyerahkan sumbangan berbentuk bantuan barangan makanan dan keperluan harian kepada petugas serta penduduk yang dipindahkan di Lahad Datu, Sabah.

Sejumlah RM176,853 disumbangkan melalui program itu yang merupakan kerjasama antara kementerian dan industri pengusaha hypermarket, superstore, departmental store tempatan dan asing.

"Semua bantuan akan dibawa ke Lahad Datu dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, dan bantuan untuk penduduk yang dipindahkan pula akan diagihkan oleh Jabatan Pertahanan Awam," katanya. - BERNAMA

Lahad Datu: Pembinaan rumah penduduk disegerakan

Posted: 06 Apr 2013 01:27 AM PDT

LAHAD DATU 6 April - Pembinaan semula 20 rumah penduduk kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang musnah akibat pencerobohan kumpulan pengganas Kiram dari selatan Filipina, akan dilakukan segera, kata Pegawai Daerah Lahad Datu Zulkifli Nasir.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan kontraktor secepat mungkin untuk melaksanakan pembinaan rumah yang dalam kategori musnah teruk.

"Ini bagi membolehkan penduduk kampung terjejas tinggal semula di rumah mereka dan menjalani kehidupan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menyertai lawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek di dua kampung itu hari ini.

Beliau berkata, pembinaan semula 20 rumah itu adalah untuk rumah yang mempunyai geran dan milik warganegara Malaysia.

Ini adalah tindakan jangka pendek yang diambil untuk mengatasi masalah penduduk di Zon Tanjung Labian yang hilang tempat tinggal dan rumah mengalami kerosakan, katanya.

Beliau berkata, bagi jangka panjang, sebuah penempatan semula akan diwujudkan di Kampung Tanjung Labian.

Tapak tanah seluas 600 hektar untuk penempatan semula itu sudah dikenal pasti dan diwarta, katanya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved