Rabu, 28 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pelajar UiTM pamer 54 rekaan

Posted:

Pelajar UiTM pamer 54 rekaan

Pelajar UiTM pamer 54 rekaan

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my


HAMIDAH Osman (depan, dua dari kanan) melihat hasil rekaan pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka Dalaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, baru-baru ini.


SERI ISKANDAR 27 Dis. - Sebanyak 54 rekaan pelajar Diploma Seni Reka Dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar di sini, sedang dipamerkan sempena Pameran Reka Bentuk Perabot Pereka Muda (FurEX2011) yang diadakan sehingga 29 Februari depan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UiTM Perak, Dr. Salwa Ayob berkata, hasil rekaan kreatif pelajar terbabit boleh disaksikan di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur kampus berkenaan.

"Ini pertama kali kita mendedahkan hasil rekaan pelajar kita kepada umum kerana sebelum ini bimbang berlakunya peniruan idea melibatkan hak milik cipta.

"Ciri-ciri rekaan perabot yang dihasilkan haruslah bersifat pelbagai guna selain menerapkan unsur reka bentuk kontemporari," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian pameran itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman.

Pameran tersebut yang antara lain diharapkan menjadi platform penghubung kepada para ahli akademik dan industri itu turut dihadiri Rektor UiTM Perak, Prof. Ir. Dr. Zainab Mohamed.

Sementara itu, seorang pelajar tahun akhir jurusan tersebut, Azuarniza Awang berkata, dia mengaplikasikan konsep tepak sireh dalam rekaan perabotnya yang diukir dengan motif bunga.

Katanya, konsep tersebut dipilih bagi menyerlahkan simbol ketuanan dan adat Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Fungsi utamanya adalah sebagai meja kopi di ruang tamu. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan di majlis-majlis korporat yang berkonsepkan tradisional," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

UiTM, Pehrda meterai MoU

Posted:

UiTM, Pehrda meterai MoU

UiTM, Pehrda meterai MoU

SERI ISKANDAR 27 Dis. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (Mou) dengan Agensi Pembangunan Sumber Manusia dan Keusahawanan Perak (Pehrda) dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan graduannya.

Rektor UiTM Perak, Prof. Ir. Dr. Zainab Mohamed berkata, melalui MoU tersebut, para graduan yang telah tamat pengajian dalam bidang seramik akan diberikan latihan melalui sistem inkubator selain diberi elaun insurans serta bimbingan sebagai usahawan di bawah Pehrda.

"Latihan inkubator ini dijalankan secara berterusan melalui kaedah tertentu sehingga membolehkan para graduan seramik dapat membuka perniagaan sendiri pada suatu hari nanti.

"Ia melibatkan semua graduan di Jabatan Seramik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, baik di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian mahupun di peringkat diploma," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoU berkenaan yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pehrda, Abdul Azis Md Aris.

Dalam pada itu, Zainab berkata, melalui perjanjian itu juga, para pensyarah di Jabatan Seramik UiTM akan menyumbang khidmat perundingan sekiranya diperlukan dalam merangka pusat latihan inkubator serta kurikulum yang dicadangkan Pehrda.

"Dengan termeterainya MoU ini, kita turut mempelawa mana-mana agensi lain di bawah kerajaan negeri untuk menjalinkan kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Noor Ismaliza rayu bantuan

Posted:

Noor Ismaliza rayu bantuan

Noor Ismaliza rayu bantuan


M. THURAISINGAM (dua kiri) bertanyakan sesuatu kepada Noor Ismaliza Ismail sambil diperhati suaminya, Khalkumiah Tonumiah dan anak-anaknya di Kampung Syed Sheh Kilang Lama, Kulim, baru-baru ini.


KULIM 27 Dis. - Kehidupan seorang surirumah, Noor Ismaliza Ismail, 38, kini dalam keadaan amat menyedihkan setelah suaminya, Khalkumiah Tonumiah, 39, yang berasal dari Bangladesh menderita akibat menghidap sejenis ketumbuhan dalam paru-paru.

Katanya, suaminya tidak lagi berdaya melakukan sebarang kerja berat berikutan penyakit itu dan keadaannya menjadi bertambah serius sejak tiga bulan lalu.

Sebelum ini, dia bekerja di sebuah kedai menjual alat binaan rumah di Kilang Lama di sini.

"Pada mulanya, saya syak suami hanya mengidap penyakit batuk kering tetapi apabila buat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, dia dikesan menghidap ketumbuhan dalam paru-paru," katanya ketika di rumahnya di Kampung Syed Sheh Kilang Lama di sini, baru-baru ini.

Berikutan itu, dia tidak mempunyai wang secukupnya bagi merawat suami yang sakit itu.

"Dia kemudian dibawa balik ke rumah dan saya menjaganya sepenuh masa. Saya hanya bekerja kontrak sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Abdul Malik di sini dan pendapatan bulanan kira-kira RM500," jelasnya.

Katanya, wang sebanyak itu tidak mencukupi bagi menanggung persekolahan dua orang anaknya, Nurulain Jasminar, 8, Nur Ilyana Fadlisya, 7, yang belajar di SK Tunku Abdul Malik serta seorang lagi anak lelaki, Mohd. Rachel Qairol Irrfan, lima bulan.

"Wang gaji itu, saya beli pelbagai keperluan untuknya, seperti susu dan lampin pakai buang," katanya yang berkahwin dengan Khalkumiah pada 2002.

Beliau memberitahu, keluarga sendiri tidak berdaya untuk menolongnya dalam keadaan sekarang.

Bagaimanapun, masalah menimpa pasangan suami isteri itu mendapat perhatian Pengerusi Penyelaras NGO-NGO Kulim, Bandar Baharu dan Padang Serai, M. Thuraisingam dan Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Dr. Zubib Saad baru-baru ini.

Ketika ditemui, Thuraisingam berkata, beliau bersimpati dengan nasib menimpa pasangan tersebut.

"Saya mahu bawa pakar perubatan dari NGO bagi memberi rawatan percuma kepada Khalkumiah dengan segera," katanya.

Beliau menegaskan, sebagai permulaan, pihaknya ingin menubuhkan sebuah tabung khas untuk pesakit itu dan mereka yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan kepada Noor Ismaliza melalui akaun di Maybank 102036409339.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved