Rabu, 28 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Muhyiddin lancar Genom Melayu

Posted:

Muhyiddin lancar Genom Melayu

Muhyiddin lancar Genom Melayu

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin mendengar penerangan daripada Prof. Dr. Mohd Zaki Salleh (dua kanan) mengenai mesin pencucukan 'DNA' 'Genome Analyzer' ketika melawat makmal Pusat Promise Fakulti Farmasi UiTM, Puncak Alam, Selangor, semalam. Turut hadir Prof. Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (tiga kanan). – BERNAMA


KUALA SELANGOR 27 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan pemetaan Genom Melayu yang berjaya dihasilkan oleh sekumpulan saintis Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali gus meletakkan negara ini setanding dengan negara-negara maju dalam bidang bioteknologi.

Penghasilan genom tersebut akan membolehkan negara ini menghasilkan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan penduduk tempatan selain Asia Tenggara dengan anggaran ia mampu membuka kepada pasaran 200 juta penduduk melibatkan Indonesia, Selatan Thailand dan Filipina.

Muhyiddin yang melahirkan rasa bangga dengan pencapaian itu berkata, kejayaan tersebut merupakan antara hasil sokongan kerajaan kepada usaha-usaha memperkuatkan sektor termaju bioinfomatik dan pembiayaan projek-projek genom seperti Projek 25 Genom Malaysia, Genom Manusia Kerdil dan Genom Kelapa Sawit.

''Program-program ini menjadi penanda aras keupayaan saintis Malaysia di persada sains dan teknologi antarabangsa dan penglibatan UiTM merupakan suatu yang harus dibanggakan.

''Malah pada hari ini jujukan dan pemetaan genom individu digelar Genom Melayu telah berjaya dilaksanakan oleh para saintis UiTM.

''Pendedahan genom tersebut selari dengan usaha negara-negara maju di Asia dan Eropah yang sedang giat menjana maklumat mengenai genom rakyat mereka sendiri agar dapat digunakan untuk membangunkan strategi kesihatan yang paling sesuai untuk penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan jaringan kerjasama rakan kongsi Bionexus (BNP) kedua dan penyempurnaan pemetaan Genom Melayu di kampus UiTM Puncak Alam di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal.

UiTM melalui Pusat Farmakogenomik (Promise) telah melakukan pemetaaan terhadap Genom Melayu dari Julai hingga Disember tahun lalu dengan kos sebanyak RM150,000.

Projek penyelidikan tersebut diketuai oleh Ketua Promise, Prof. Dr. Mohd. Zaki Salleh.

Pada majlis sama, Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan majlis pertukaran perjanjian (MOA), antara UiTM dan SNAA Medic yang bertujuan mengkomersialkan dua ujian farmogenetik yang dibangunkan oleh Promise.

Muhyiddin berkata, pencapaian sains yang canggih telah membuktikan bahawa risiko seseorang mendapat sesuatu penyakit dan kesesuaian ubat diberikan mempunyai kaitan dengan latar belakang genom seseorang.

"Pendekatan yang dikenali sebagai personalised medicine adalah antara kemajuan sains dan teknologi yang sedang dibangunkan di negara-negara maju," katanya.

Dalam hal ini beliau berharap syarikat-syarikat bioteknologi terutama syarikat kecil dan sederhana akan mengambil inisiatif bagi menggunakan sepenuhnya perkhidmatan, peralatan dan kemudahan yang terdapat di bawah BNP.

''Industri bioteknologi di Malaysia sememangnya berkembang pesat selaras dengan aliran global dan dijangka akan terus mencatatkan peningkatan dari segi jumlah syarikat bioteknologi, penjanaan hasil, pelaburan serta membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja mahir," katanya.

Katanya, melalui BiotechCorp yang ditubuhkan pada 2005 sebagai strategi kerajaan membangunkan sektor bioteknologi negara, sebanyak 207 syarikat bertaraf Bionexus telah dibangunkan dengan jumlah pelaburan yang diluluskan mencecah RM2 bilion.

''Walaupun sektor ini masih dalam fasa membangun, adalah agak memberangsangkan bahawa lebih daripada 50 peratus syarikat tersebut adalah terdiri daripada syarikat kecil sederhana yang menunjukkan kemampuan berkembang pesat dengan suasana ekonomi baru negara.

''Saya dimaklumkan tiga peratus daripada syarikat Bionexus sudah disenaraikan dalam bursa-bursa di Malaysia, Australia dan Eropah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Perkara 153 buli kaum lain tidak betul - TPM

Posted:

Perkara 153 buli kaum lain tidak betul - TPM

Perkara 153 buli kaum lain tidak betul - TPM

KUALA SELANGOR 27 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tafsiran yang menyatakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu membabitkan peruntukan mengenai hak istimewa orang Melayu boleh disamakan sebagai membuli kaum lain adalah sesuatu yang tidak betul.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri tidak fikir satu tafsiran baru perlu dicetuskan kerana kaum lain turut mempunyai hak masing-masing sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Bagi saya ia sudah termaktub dalam Perlembagaan, ada sejarahnya dan ada rasionalnya. Di samping itu juga Perlembagaan memberi perlindungan dan keistimewaan yang adil untuk semua kaum," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan penyempurnaan pemetaan Genom Melayu dan jaringan kerjasama rakan kongsi Bionexus (BNP) kedua di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini hari ini.

Minggu lalu, Pengerusi Evangelical Christian Fellowship Nasional (NECF), Reverend Dr. Eu Hong Seng ketika berucap pada majlis minum teh Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dipetik sebagai berkata, Perkara 153 adalah menyerupai membuli jika ia hanya melindungi hak satu kumpulan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang penting amalan daripada perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara menjadi dasar kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memberikan layanan yang adil dan saksama kepada semua kaum.

"Kita memberikan tumpuan kepada usaha membantu semua peringkat masyarakat dalam soal ekonomi dan sosial. Ini sudah dimeterai dalam kontrak yang kita laksanakan selama ini. Saya harap tiada ungkapan dicetuskan hanya untuk tujuan-tujuan tertentu.

"Lebih baik kita berpegang kepada apa yang sudah kita laksanakan selama 54 tahun dan rakyat Malaysia sudah tahu kedudukannya," kata beliau.

Muhyiddin mengingatkan bahawa jika debat dicetuskan mengenai Perkara 153 hanya bagi membangkitkan perasaan perkauman atau rasa tidak puas, ia tidak akan membantu negara dalam usaha menyatupadukan kaum.

"Kita tidak harus mempertikaikan Perlembagaan, ia ada sejarahnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13%

Posted:

Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13%

Caruman KWSP gaji bawah RM5,000 bahagian majikan 13%

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuat kuasa gaji Januari depan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus itu akan memberi faedah kepada 5.3 juta rakyat dengan 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif.

Menurutnya, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

"Pekerja berumur 55 tahun ke atas yang menerima gaji tidak lebih RNM5,000 juga akan menerima manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan itu semasa pembentangan Bajet 2012 sebagai langkah menangani masalah tidak cukup pendapatan semasa bersara yang dihadapi golongan pesara.

Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara dan masalah itu akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia akan datang.

Menurut Nik Affendi, KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah itu kerana tambahan satu peratus caruman beserta dividen tahunan akan meningkatkan lagi simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.kwsp.gov.my atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat selain menghubungi pusat panggilan di talian 03-89226000.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved