Utusan Online - Selatan |
- BN Melaka sedia hadapi PRU13
- UiTM Bandaraya Melaka rai pelajar cemerlang
- USIM sediakan zon belajar dengan WiFi untuk mahasiswa
Posted: BN Melaka sedia hadapi PRU13Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID MOHD. Ali Rustam bersalaman dengan sebahagian ahli-ahli Barisan Nasional (BN) pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Parlimen Jasin di Merlimau, Melaka, semalam. MELAKA 27 Dis. – Barisan Nasional (BN) negeri telah bersedia untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU13) pada bila-bila masa. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jentera BN di semua bahagian kini hanya menunggu masa untuk digerakkan. "Bila saya tanya jentera parti di semua peringkat semua kata sudah bersedia untuk pilihan raya umum dan banyak bahagian telah lancarkan jentera mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Jasin di sini hari ini. Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dan pemimpin - pemimpin parti komponen BN. Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata, keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca utama sokongan kepada BN hari ini semakin bertambah, bukan sahaja dalam parti, bahkan di kalangan penyokong-penyokong parti pembangkang. "Penyokong-penyokong parti pembangkang kini mula berubah pendirian memihak kepada BN sehingga ada juga cawangan-cawangan mereka yang telah dibubarkan dan ini merupakan petanda baik kepada BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang. "Sekarang ini apa yang kita perlu fokus ialah usaha memperkukuhkan parti dari segi imej dan boleh diterima oleh rakyat," katanya. Mengulas mengenai calon pula, Mohd. Ali berkata, senarai nama calon belum ditentukan lagi dan hanya akan berbuat demikian apabila diminta oleh Najib. "Senarai nama calon belum lagi, kita akan hantar nama bila Perdana Menteri dan kalau beliau minta itu bermakna pilihan raya umum sudah cukup dekat. Individu yang cuba melobi pun tiada, tetapi kalau satu dua orang yang menunjukkan minat itu adalah," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
UiTM Bandaraya Melaka rai pelajar cemerlang Posted: UiTM Bandaraya Melaka rai pelajar cemerlangMELAKA 27 Dis. - Seramai 800 pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Bandaraya Melaka diraikan pada Majlis Pra Graduan Sesi September 2011-Januari 2012 di Hotel Renaissance di sini baru-baru ini. Rektor UiTM Melaka, Datuk Prof. Madya Dr. Mizan Hitam yang merasmikan majlis itu menasihatkan graduan universiti itu supaya memanfaatkan segala ilmu, pengalaman dan juga pencapaian mereka selepas meninggalkan kampus ke alam pekerjaan. Menurut beliau, apa yang membezakan dari kalangan mereka yang berilmu dengan yang lain adalah melalui gaya kepimpinan dan pemikiran mereka. "Mahasiswa yang cemerlang perlu seimbang dari segi ilmu, kepimpinan, akhlak dan perlakuan. Ramai yang berjaya dari segi akademik ketika hadir temu duga, namun yang hendak dipilih ialah dari kalangan yang memiliki pakej pembangunan modal insan yang mantap dan berdaya saing," katanya. Beliau turut mengingatkan para graduan supaya menyediakan butiran diri yang mampu memberikan keyakinan terhadap para majikan dan panel ketika menghadiri sesi temuduga. Pada majlis yang sama, Mizan turut menyampaikan Anugerah Khas kepada Sufian As Sauri Samsudin yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran(Kepujian) Perniagaan Antarabangsa. Tokoh Sukan Siswa dimenangi oleh Mohd. Hafizuddin Alauddin dan Siswi pula dimenangi oleh Aimi Rasyidah Rafiee. Manakala bagi Tokoh Pengerak Kampus Bandaraya disandang oleh Rosal Aizuddin Ahmad dan Tokoh Kepimpinan disandang oleh Mohd. Haidi Mohd Shaharudin. |
USIM sediakan zon belajar dengan WiFi untuk mahasiswa Posted: USIM sediakan zon belajar dengan WiFi untuk mahasiswaSEREMBAN 27 Dis. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif untuk menambah kemudahan bagi penuntutnya dengan mewujudkan Zon Belajar 24 Jam yang dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di kampusnya di Nilai baru-baru ini. Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda berkata, zon terletak di Pusat Komersial USIM itu diwujudkan bagi memudahkan penuntut mengulang kaji pelajaran dengan kemudahan Internet berkelajuan tinggi. "Ruang khas atau Zon Belajar 24 Jam ini merupakan cadangan sekumpulan penuntut yang mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) USIM. "Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penuntut yang memberi cadangan bernas seperti ini dan kami amat mengalu-alukan sebarang idea baik yang mampu dimanfaatkan seluruh mahasiswa khususnya ke arah meningkatkan kecemerlangan akademik," katanya pada majlis pelancaran zon tersebut baru-baru ini. Jelasnya, zon berkenaan yang mampu memuatkan 60 penuntut pada satu masa mula beroperasi pada 4 November lalu. "Sambutan mahasiswa amat menggalakkan dan kami juga telah meningkatkan kelajuan WiFi di zon ini dari 48 megabait sesaat (Mbps) kepada 100 Mpbs. "Pada masa akan datang menerusi peruntukan yang ada, pihak universiti akan menambah bilangan kerusi dan meja serta mewujudkan kios makanan dan minuman ringan bagi memudahkan mahasiswa mengulangkaji pelajaran mereka di sini," ujarnya. Inisiatif tersebut berjaya dilaksanakan setelah beberapa siri perbincangan dijalankan melibatkan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pengajian Pra-Siswazah (BPPS) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan