Utusan Online - Jenayah |
Pelajar IPT dipaksa jadi pelacur Posted: Pelajar IPT dipaksa jadi pelacurMELAKA 28 Dis. – Hasrat seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk mencari pekerjaan bagi memenuhi cuti semester bertukar tragedi apabila dia akhirnya dipaksa menjadi pelacur selama sebulan oleh satu sindiket di negeri ini, sejak 29 November lalu. Lebih malang, gadis berusia 19 tahun itu ditipu rakannya sendiri yang merupakan anggota sindiket pelacuran yang sebelum itu menjanjikan mangsa untuk mendapat pekerjaan di sebuah restoran makanan segera. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pelajar IPT dari ibu negara itu tiba di negeri ini pada 29 November apabila rakannya itu yang berusia 22 tahun menjanjikannya pekerjaan. "Namun, belum pun sempat mangsa mendapat pekerjaan, rakannya itu telah memperkenalkannya dengan beberapa lagi rakannya sehingga akhirnya mangsa dipaksa menjadi pelacur. "Anggota sindiket ini juga telah merakam gambar bogel mangsa dengan mengugut akan mengedarkannya di Internet sekiranya mangsa enggan melayan senarai pelanggan yang telah ditetapkan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Tambahnya selain dipaksa melacur di hotel, mangsa yang berasal dari Perak juga dipaksa melayan beberapa lelaki di sebuah rumah selama hampir sebulan. Menurut Raja Shahrom, bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri menyerbu hotel tersebut pada Ahad lalu. |
50 anggota kastam kena tindakan Posted: 50 anggota kastam kena tindakanTUMPAT 28 Dis. - Lebih 50 anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah dikenakan tindakan tataterib atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah sepanjang tahun ini, kata Penolong Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kastam, Datuk Zainul Abidin Taib. Menurutnya, tindakan tatatertib tersebut termasuklah buang kerja dan ia menunjukkan JKDM tidak berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar disiplin sehingga menjejaskan nama baik jabatan. Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu pihak jabatan telah mengenal pasti tiga program iaitu 'Hot Spot', 'Hot Staff' dan 'Hot Job'. "Sebagai contoh jika kawasan tersebut dikatakan 'Hot Spot' kita akan kaji dan tukarkan pegawai atau anggota tersebut dalam tempoh setahun begitu juga dengan 'Hot Staff' untuk mereka yang 'nakal', "'Hot Job' pula untuk mana-mana pegawai yang bertugas di bahagian pentaksir dan terlalu kerap menggunakan budi bicara kita akan tukarkan mereka ke bahagian lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat Kempen Mencegah Penyeludupan di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujuh, dekat sini hari ini. Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan beras kepada wakil-wakil penduduk di kawasan Tumpat untuk diagih-agihkan. Sementara itu, mengulas mengenai program tersebut, Zainul Abidin memberitahu, ia untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat supaya tampil membantu jabatan itu membanteras aktiviti penyeludupan. "Kita tahu Tumpat bersempadan dengan Thailand dan menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan sejak bertahun-tahun. Ini merupakan salah satu pendekatan yang digunakan untuk merapatkan pihak kastam dengan masyarakat. "Program ini akan diteruskan ke kawasan-kawasan lain bagi meningkatkan kesedaran kepada masyrakat supaya memberikan kerjasama dalam membanteras aktiviti penyeludupan ini," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan