Utusan Online - Politik |
Posted: Kemelut dalaman Pas selesaiOleh AZRAN FITRI RAHIM NIK Aziz Nik Mat (empat dari kiri) bertanya sesuatu kepada tuan punya calet, Datuk Ahmed Shahabuddin Mohd. Nor (tengah) ketika melawat kawasan hakisan di Kampung Pantai Chat, Bachok, semalam. BACHOK 28 Dis. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan kemelut yang melanda parti itu membabitkan bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah selesai. Bagaimanapun, beliau menyerahkan kedudukan Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok bagi dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang kepada ahli Pas di kawasan tersebut untuk menentukannya. Beliau berkata, satu majlis diadakan di antara ketiga-tiga pemimpin terbabit dengan barisan kepemimpinan Pas Pusat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, bagi meraikan penyelesaian kemelut tersebut. "Semalam ada pertemuan majlis 'mahabbah' yang dianjur oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, saya selaku tuan rumah sahaja. "Saya hanya mengucap syukur kepada Allah kerana kecoh yang berlaku reda dan Hasan menarik balik kenyataannya yang sensitif. Ini tanda keikhlasan dan 'anak jantan' apabila sedar ini salah. "Kita tarik balik dan memohon maaf, ini ajaran agama bukan senang manusia buat salah lepas itu tarik balik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pantai di sekitar daerah ini hari ini yang rosak teruk akibat ombak besar tiga hari lalu. Beliau diminta mengulas mengenai pertemuan di antara ketiga-tiga pemimpin terbabit bersama kepemimpinan Pas Pusat semalam. Sebelum ini, Hasan dalam kenyataannya menolak dasar negara berkebajikan kerana perjuangan untuk menubuhkan negara Islam lebih besar. Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, beliau menarik balik kenyataan tersebut. Mustafa sebelum itu mendakwa Hasan dan Nasharuddin terperangkap dalam agenda politik UMNO serta mengadakan pertemuan dengan tiga individu lain di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ramadan lalu. Sementara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan negeri akan terus memantau kesan hakisan ombak besar yang melanda pantai di negeri ini. "Kita akan nilai dan langkah-langkah yang perlu diambil, kita fikir macam mana, boleh jadi sistem yang ada kita akan ubah kepada sistem lain supaya ia dapat menahan ombak besar daripada terus menghakis pantai ini. "Usaha kerajaan negeri macam biasa, semua pihak ada peranan baik negeri dan Pusat bagi memastikan alam ini terus terpelihara," katanya. Fenomena air pasang besar yang melanda pantai negeri ini menyebabkan hakisan dan kerosakan harta benda yang teruk. Full content generated by Get Full RSS. |
Kor Ming tidak muncul serahkan surat saman Posted: Kor Ming tidak muncul serahkan surat samanIPOH 28 Dis. - Penulis blog Sekupangduas, Ahmad Sofian Yahya hari ini mengotakan kata-katanya dengan hadir di pejabat DAP negeri untuk menerima sendiri surat saman daripada Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung dakwaan salah laku pemimpin itu. Bagaimanapun, hasrat Ahmad Sofian, 47, yang tiba kira-kira pukul 10 pagi untuk bersemuka dengan Kor Ming tidak kesampaian apabila Ahli Parlimen Taiping itu tidak muncul. Sebaliknya, hanya Naib Setiausaha Eksekutif DAP, Siew Lee Wah yang hadir untuk mendapatkan butiran diri Ahmad Sofian sambil memberitahu, Kor Ming tidak berada di bandar raya itu buat sementara waktu. Lee Wah bagaimanapun mengesahkan, Kor Ming mengetahui mengenai hasrat Ahmad Sofian untuk datang bersemuka dengannya hari ini selepas membaca entri terbaru penulis blog itu semalam. Ahmad Sofian yang ditemui pemberita mendakwa, tindakan Kor Ming untuk memfailkan saman hanya bertujuan menakut-nakutkannya daripada mendedahkan dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu. ''Ini hanya satu taktik untuk menakut-nakutkan saya, tapi saya akan teruskan sehingga rakyat mengetahui kebenarannya," katanya sambil menyatakan kesediaan untuk membantu pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan tersebut. Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit sut ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan. Dokumen itu mendedahkan, Ethan dan Elton, syarikat yang isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain. Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 sut rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada syarikat Goodman Tailor pada 3 April 2008, kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas 'dicadangkan' kerajaan negeri ketika itu. Pendedahan itu mencetuskan kemelut dalam kepimpinan DAP apabila Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mahu Kor Ming memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut kerana ia boleh menjejaskan imej parti. Ditanya mengenai cakap-cakap bahawa pendedahan itu melibatkan pejabat Menteri Besar Perak, Ahmad Sofian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. ''Saya sedar banyak spekulasi akan timbul apabila saya mendedahkan apa yang sepatutnya rakyat tahu, tetapi saya ingin tegaskan tiada siapa yang berada di belakang saya," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan