Utusan Online - Politik |
Posted: 'Tiada gerakan guling saya'Oleh syukri shaari KUALA LUMPUR 26 Dis – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy menafikan dakwaan wujudnya gerakan besar-besaran untuk menggulingkan beliau dari negeri berkenaan. Katanya, dakwaan yang mengaitkan beliau seperti mana dilaporkan dalam akhbar The Star adalah tidak berasas. ''Saya tidak pernah membuat kenyataan terhadap pemimpin-pemimpin DAP," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Bagaimanapun, apabila diasak untuk mendapatkan penjelasan, beliau berkata: "Saya tidak mengeluarkan kata-kata tersebut tetapi saya tidak menuduh bahawa mereka (wartawan) telah menokok tambahnya." Jumaat lalu, The Star melaporkan Ramasamy telah membidas pengkritik-pengkritiknya, menuduh mereka merancang untuk menyingkirkan beliau setelah tidak bertindak balas terhadap rundingan berkenaan projek-projek dan bantuan-bantuan. Semalam, Ramasamy berkata, beliau hanya mengadakan "perbincangan" dengan beberapa wartawan pada Khamis lalu mengenai bagaimana Pulau Pinang boleh bergerak ke hadapan dengan perhatian khusus diberikan kepada masyarakat India. Menurut Ramasamy, beliau mahu menjelaskan perkara tersebut dan ia dilakukan atas kehendak sendiri serta tidak menyasarkan sesiapa. "Saya perlu memberikannya (penjelasan) supaya saya tidak disalah tafsir," katanya. Sementara itu, Ramasamy mengakui bahawa terdapat soal dan jawab mengenai perkara-perkara berkaitan parti semasa perbincangan tersebut tetapi tiada menyentuh apa-apa isu tentang "godfather-warlord" antara beliau dan Pengerusi DAP, Karpal Singh. "Sebahagian besar daripada soalan adalah mengenai kebimbangan masyarakat di Pulau Pinang. Bercakap perkara-perkara berkaitan dengan dalaman parti kepada akhbar merupakan perkara terakhir yang saya akan lakukan," katanya. Ramasamy berkata, beliau tidak pernah menulis kepada Karpal untuk menjelaskan perkara berkenaan tetapi membiarkan parti menguruskannya. Turut hadir, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manoharan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan: Senator S. Ramakrishnan dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, T. Kannan. Berhubung kehadiran pemimpin DAP pada sidang akhbar beliau yang akan dianggap sebagai menunjukkan sokongan, Ramasamy berkata, kehadiran pemimpin-pemimpin tersebut hanya kerana mereka mengambil berat tentang perkembangan dalam parti. "Mereka adalah rakan saya dan telah mengenali saya untuk tempoh yang lama. Sila jangan tersalah anggap mengenainya," ujar beliau. Ramasamy bagaimanapun menolak untuk memberi komen berhubung permintaan Karpal supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. Beliau juga menjelaskan, kerap berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP, termasuk Karpal, Penasihat parti, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng untuk membincangkan perkara-perkara tertentu serta mendapatkan nasihat. "Terdapat interaksi yang berterusan. Malah, Guan Eng yang kini bercuti, menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan dalam negeri dan parti," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Rayer cabar Ramasamy tunjuk bukti Posted: Rayer cabar Ramasamy tunjuk buktiPULAU PINANG 26 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer hari ini mencabar Prof. P. Ramasamy menunjukkan bukti siapa yang meminta pertolongan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu untuk mendapatkan projek. Rayer berkata, kenyataan Ramasamy berhubung perkara berkenaan jelas menjatuhkan imej parti serta memberi persepsi buruk kepada masyarakat terhadap DAP. Beliau turut mencabar Ramasamy mengemukakan nama individu dan projek yang terlibat serta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Kenyataannya yang mengatakan ada beberapa individu dalam parti (DAP) meminta projek daripada beliau adalah tidak benar. Jika benar, saya cabar beliau kemukakan bukti. "Saya berasa dukacita kerana tindakan beliau memalukan parti dengan membuat tuduhan melulu sedangkan semua orang tahu kita mengamalkan sistem tender terbuka bagi semua projek,'' katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Menurut Rayer, tindakan Ramasamy itu jelas menunjukkan sikap tidak menghormati pucuk pimpinan parti. Rayer turut ditanya ditanya mengapa beliau terpanggil untuk memberi kenyataan balas terhadap dakwaan itu sedangkan Ramasamy tidak menyebut sebarang nama. Kepada soalan itu, beliau menegaskan, walaupun Ramasamy tidak menyebut nama, namun kenyataan 'kepada yang mengkritiknya' adalah merujuk kepada dirinya, ADUN Bagan Dalam, A. Tanasekharan dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berikutan hanya mereka bertiga yang mengkritik Ramasamy selama ini. "Karpal sudah memberi kenyataan balas pada Sabtu lalu manakala Tanasekharan pula sehari sebelumnya. Saya terpanggil untuk memberi kenyataan pada hari ini berikutan merasakan Ramasamy memberi kenyataan tidak benar,'' katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan