Isnin, 26 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Penganut Kristian rai bersama keluarga, rakan

Posted:

Penganut Kristian rai bersama keluarga, rakan

Penganut Kristian rai bersama keluarga, rakan

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Walaupun perayaan Krismas di Malaysia disambut tanpa kehadiran salji, namun penganut agama Kristian warga negara ini dan warganegara lain tetap menyambut perayaan itu dengan meriah.

Sambutan itu diraikan dengan mengunjungi gereja untuk upacara keagamaan dan tradisi saling memberi hadiah serta majlis makan istimewa dengan anggota keluarga dan rakan taulan.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum turut memberikan ucapan 'Selamat Menyambut Krismas' kepada rakan mereka yang beragama Kristian menerusi Facebook dan Twitter selain panggilan telefon.

Kebanyakan gereja di ibu negara ini menjadi tumpuan penganut agama itu termasuk warga asing untuk mengikuti upacara keagamaan Hari Krismas.

Keadaan di ibu negara agak lengang tanpa kesesakan trafik berikutan kebanyakan warga kota pulang ke kampung untuk menyambut Krismas dan juga sempena cuti umum esok.

Rumah terbuka Krismas peringkat kebangsaan dijadual diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang di Jalan Semenyih, Kajang, Selangor, esok.

Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meluangkan masa mengunjungi rumah terbuka Krismas anjuran masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis di Ujong Pasir.

Ketibaan beliau pada 12 tengah hari disambut ketua perkampungan itu, Peter Thomas Gomes yang mengetuai masyarakat di situ mengadakan sambutan Krismas secara sederhana tetapi meriah sejak malam tadi, yang turut menarik perhatian pelancong.

Perkampungan seluas 11.2 hektar dengan 118 buah rumah itu dihuni kira-kira 1,200 orang keturunan Portugis yang mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan bagi mengeratkan hubungan sempena perayaan itu.

Di SARAWAK, Hari Krismas turut disambut secara sederhana namun meriah oleh penganut Kristian dengan tradisi mengadakan rumah terbuka untuk sama-sama diraikan oleh masyarakat agama lain.

Menteri Pembangunan Sosial negeri, Tan Sri William Mawan Ikom yang mengadakan majlis rumah terbuka di Kuching, berkata hubungan baik sesama rakyat berbilang agama dan bangsa di Sarawak digambarkan pada setiap sambutan sesuatu perayaan.

"Di Sarawak, tahap toleransi rakyat berbilang kaum dan agama begitu tinggi sekali. Kita tidak ada masalah untuk bersama rakan-rakan lain bagi memeriahkan sambutan perayaan seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baru Cina dan perayaan lain," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, rakyat Sarawak pastinya amat beruntung kerana masalah perkauman tidak berbangkit di negeri itu.

Perpaduan yang kukuh membolehkan kerajaan Sarawak memberi lebih banyak tumpuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di setiap pelosok negeri tanpa mengira agama dan bangsa, katanya.

Di PERLIS, sambutan Krismas berlangsung dalam cuaca cerah tanpa sebarang majlis rumah terbuka kerana tidak ramai penganut Kristian di negeri ini.

Orang ramai dilihat membanjiri Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat sempena cuti Krismas bagi menyaksikan Karnival Kucing Comel 2011 yang berlangsung di situ.

Karnival dua hari bermula semalam itu dipenuhi pelbagai acara termasuk pertandingan kucing comel, pakaian beragam kucing, karaoke serta pertunjukan menjinakkan ular berbisa. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

30 chalet diancam hakisan

Posted:

30 chalet diancam hakisan

30 chalet diancam hakisan


BANGUNAN Chalet Tanjung Chat Beach Resort menunggu masa untuk roboh selepas diancam hakisan kesan ombak besar di pesisiran pantai Bachok, semalam. Gambar kecil, Normah Mohd. Nor.


BACHOK 25 Dis. - Lebih 30 calet dan pusat peranginan yang diusahakan oleh penduduk tempatan di pesisir Pantai Irama hingga ke Pantai Kandis, dekat sini diancam hakisan berikutan angin kencang dan ombak besar sejak tiga hari lalu.

Keadaan itu membimbangkan pemilik dan pengusaha pelancongan yang berhadapan dengan kerugian jika keadaan air pasang besar yang berlaku pada setiap malam itu menghakis dan meroboh sebahagian daripada calet terbabit.

Penyelia Tanjung Chat Beach Resort, Normah Mohd. Nor, 49, berkata, sebanyak lima calet yang dibina sejak 2006 menunggu masa untuk roboh jika ombak besar berlaku secara berterusan kerana sebahagian daripada tebing pantai tersebut sudah terhakis.

Menurutnya, dalam kejadian terbaru malam tadi air laut melimpah ke daratan sejauh 60 meter menyebabkan pihak pengurusan resort terpaksa mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk menyelamat dan memindahkan barang dalam calet terbabit.

"Kita juga terpaksa memanggil Tenaga Nasional (TNB) untuk memotong segera bekalan elektrik bagi mengelak sebarang kemungkinan.

"Lebih 20 penduduk berdekatan membantu mengangkat tilam, katil dan almari malam tadi dalam keadaan kawasan resort yang digenangi air dan dihempas ombak," katanya ketika ditemui di Tanjung Chat Beach Resort, di sini, hari ini.

Normah berkata, ombak besar mula berlaku pada pukul 8.15 malam tadi di mana pada peringkat awal ia memusnahkan keseluruhan pagar, pendawaian elektrik dan lampu hiasan yang berhadapan dengan laut hanya dalam tempoh 45 minit sahaja.

"Calet ini akan runtuh pada bila-bila masa jika ombak besar terus melanda sebagaimana yang berlaku pada malam tadi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Belia disaran manfaat peruntukan kerajaan

Posted:

Belia disaran manfaat peruntukan kerajaan

Belia disaran manfaat peruntukan kerajaan

IPOH 25 Dis - Para belia disaran supaya memanfaatkan dana berjumlah RM400 juta yang diperuntukkan di bawah Belanjawan 2012 untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, separuh daripada peruntukan itu adalah bagi meningkatkan kemahiran mereka sementara separuh lagi disalurkan kepada syarikat modal teroka milik kerajaan MyCreative Venture Capital.

"Melalui MyCreative Venture Capital, golongan belia yang ingin menceburi bidang inovasi dan kreatif boleh mendapatkan dana bagi memulakan perniagaan," katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, selain peruntukan tersebut, golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawan boleh mendapat dana permulaan perniagaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyediakan peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

Beliau seterusnya memberitahu, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) turut menyediakan dana sebanyak RM300 juta kepada golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menambah, selaras dengan sasaran kerajaan menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan jati diri golongan belia mesti diberi keutamaan. - Bernama

Jelasnya, belia perlu dipersiapkan sepenuhnya bagi menggalas cabaran membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain peruntukan tersebut, tambahnya, golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawan boleh mendapat dana permulaan perniagaan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM2.1 bilion.

Ahmad Husni juga berkata, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) turut menyediakan dana sebanyak RM300 juta kepada golongan belia yang ingin menceburi bidang keusahawanan. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved