Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Kim Jong-un ketuai tenteraJong-Un diiringi pegawai-pegawai kanan tentera korea utara melawat Istana Peringatan Kumsusan bagi memberi penghormatan terakhir kepada mediang bapanya Kim Jong-Il, kelmarin. – AFP PYONGYANG 26 Dis. - Anak lelaki ketiga pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, Kim Jong-un dikenal pasti sebagai ketua badan utama pembuat keputusan dalam parti pemerintah, Parti Pekerja - jawatan yang memberinya kuasa berhubung politik dan ketenteraan di negara ini. Akhbar utama Korea Utara, Rodong Sinmun hari ini melaporkan, askar negara ini diarah untuk mengucapkan slogan berpegang teguh untuk melindungi Jawatankuasa Pusat yang diketuai Kim Jong-un. Seminggu selepas media rasmi melaporkan kematian Jong-il, kempen untuk melantik Jong-un sebagai penggantinya semakin mendapat pengaruh. Media rasmi, kelmarin merujuk Jong-un sebagai 'pemimpin agung' Korea Utara yang mempunyai kekuatan tentera seramai 1.2 juta orang dan ketua-ketua tentera berikrar menyokongnya. Jong-il yang dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung, mentadbir Korea Utara dan mengetuai tiga badan utama, Parti Pekerja, Tentera Rakyat Korea dan Suruhanjaya Pertahanan Nasional. Jong-un yang berumur lewat 20-an diumumkan sebagai pengganti Jong-il pada tahun lepas. Beliau dinamakan sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, Parti Pekerja dan dijangka memegang jawatan tentera dan politik baru ketika dilatih menjadi pengganti ayahnya. Rujukan jawatan baru Jong-un hari ini dalam akhbar suara Parti Pekerja itu berlaku ketika dua delegasi peribadi Korea Selatan tiba di Pyongyang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Jong-il. Slogan itu yang sebelum ini digunakan untuk mengumpul sokongan terhadap Jong-il, jelas menunjukkan anak lelakinya itu akan mengambil alih kepimpinan Parti Pekerja. – AGENSI |
Posted: Beribu-ribu peringati tsunamiPelajar perempuan sebuah sekolah asrama penuh di Acheh mendoakan kesejahteraan keluarga mereka yang terkorban dalam bencana tsunami 2004 dalam satu upacara memperingati bencana itu, semalam. - REUTERS JAKARTA 26 Dis. - Beribu-ribu orang berkumpul di satu padang golf di bandar Lhoknga, Aceh Besar bagi memperingati ulang tahun ketujuh bencana tsunami yang melanda wilayah itu dan mengorbankan beribu-beribu nyawa. Mereka yang menghadiri majlis peringatan bencana alam yang berlaku ekoran gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter pada 26 Disember 2004, berdoa untuk kesejahteraan lebih 200,000 mangsa yang terkorban dalam bencana itu. Agensi berita Antara melaporkan Lhoknga merupakan antara bandar di utara Aceh yang paling teruk dilanda tsunami dengan 80 peratus kawasannya musnah. Antara yang menghadiri majlis itu ialah Gabenor Aceh, Irwandi Yuruf, Beribu-ribu pelajar sekolah, kakitangan awam, tentera serta pelancong Jepun turut menghadiri upacara itu. Di Phuket, majlis serupa diadakan di Mai Khao bagi memperingati lebih 5,000 mangsa yang terkorban dalam bencana tsunami di negara itu. Lebih separuh daripada 5,395 mangsa yang terkorban itu dan 2,817 orang yang masih hilang di Thailand merupakan warga asing yang bercuti di resort-resort di pulau Phi Phi dan Phuket serta wilayah Phangnga. Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongn Thailand di Phuket, Bang-orurat Shinaprayon berkata, pihak berkuasa telah memasang sistem amaran di pantai-pantai yang menjadi destinasi pelancongan popular. ''Maklumat laluan kecemasan juga dipaparkan di kebanyakan hotel,'' katanya. Pulau peranginan itu dijangka menarik 5.1 juta pelancong pada tahun ini. - DPA/AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan