Isnin, 26 Disember 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


KL City Walk tarikan terbaru

Posted:

KL City Walk tarikan terbaru

KL City Walk tarikan terbaru

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Ahmad Fuad Ismail (tiga dari kiri) menunjukkan papan tanda KL City Walk selepas merasmikan destinasi beli-belah terbaharu di Kuala Lumpur. Turut kelihatan, Salleh Yusup (kiri), Pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia, Datuk Victor Wee (kanan) dan Ronnie Chong. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 26 Dis. - KL City Walk bukan sahaja menjadi tarikan terbaru di ibu negara, malah ia dijangka menambahkan lagi populariti Kuala Lumpur sebagai destinasi membeli-belah yang unggul.

Apatah lagi KL City Walk membawakan konsep yang berlainan daripada destinasi beli-belah sedia ada kerana ia menawarkan kawasan beli-belah terbuka berkonsepkan laluan pejalan kaki dan gerai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, lokasinya juga strategik kerana dikelilingi pejabat, hotel dan kediaman selain mempunyai jejantas yang menghubungkannya dengan pusat beli-belah Pavilion serta Kuala Lumpur City Centre (KLCC), antara kawasan tumpuan pelancong .

Menurutnya, kepelbagaian produk tempatan seperti makanan, cenderahati dan kraf tangan yang dijual pada harga berpatutan turut memberi kelebihan kepada KL City Walk.

"Ini merupakan projek penswastaan dengan usahasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kesediaan KL CityWalk Enterprise Sdn. Bhd. untuk bersama-sama merealisasikan hasrat pengindahan bandar seiring dengan misi menuju ke arah bandar raya bertaraf dunia amat dialu-alukan,'' katanya selepas melancarkan KL City Walk di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup, Pengarah Urusan City Walk Enterprise Sdn. Bhd., Ronnie Choong.

Ahmad Fuad memberitahu, pemasangan 95 buah kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu akan meningkatkan lagi keyakinan pengunjung terhadap keselamatan di kawasan berkenaan.

KL City Wall sepanjang setengah kilometer itu terletak berhampiran Jalan P.Ramlee bersebelahan Rohas Perkasa hingga Jalan Pinang berhadapan Wisma UOA.

Ia menempatkan kira-kira 54 gerai dan kios yang menjual pelbagai produk tempatan seperti makanan, cenderahati dan kraf tangan dalam usaha mempromosikan keunikan yang ada di Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Flat Taman Mulia ceria

Posted:

Flat Taman Mulia ceria

Flat Taman Mulia ceria


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin menandatangani plak sebagai tanda penyempurnaan kerja-kerja mengecat dan membaiki beberapa kemudahan di bawah Tabung Penyenggaraan 1Malaysia di flat Taman Mulia, Bandar Tun Razak, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Penghuni flat Taman Mulia, Bandar Tun Razak di sini gembira dan lega apabila kerja-kerja penyelenggaraan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1M) telah disempurnakan baru-baru ini.

Berikutan itu, suasana ceria dan indah kini dapat dinikmati oleh kira-kira 960 penghuni flat yang mempunyai 240 unit itu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Blok A, B dan C, Idris Dahari, 66, yang mewakili penghuni di situ turut berterima kasih kepada kerajaan kerana membawa kembali keceriaan ke kawasan itu.

Menurutnya, di samping kerja-kerja mengecat, turut dilaksanakan ialah kerja-kerja pembaikan jeriji di kaki lima dan pintu serta saluran tong sampah dan memasang palung pada bumbung.

"Keprihatinan kerajaan ini telah meniup semangat kepada penghuni di sini untuk bersama-sama menjaga kemudahan awam di sini," katanya selepas mengiringi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melawat sekitar flat itu baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) kementerian itu, Datuk Mohd. Jamal Mahussin dan Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Idris Mohd. Isa.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, kerja-kerja penyenggaraan di Flat Taman Mulia itu merupakan salah satu daripada enam projek TP-1Malaysia yang telah siap dilaksanakan.

Katanya, sehingga kini, sejumlah 51 permohonan melibatkan 34 projek perumahan kos rendah swasta dan 17 projek perumahan kos sederhana rendah swasta sudah diluluskan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kubur Datuk Keramat membanggakan

Posted:

Kubur Datuk Keramat membanggakan

Kubur Datuk Keramat membanggakan


Hamid Mat Isa (kanan) dan Yunus Mat Som sentiasa memastikan Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat berada dalam keadaan bersih dan ceria.


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Sebut sahaja mengenai tanah perkuburan, ia pasti mengundang pelbagai persepsi di kalangan masyarakat dan kebiasaannya kawasan itu digambarkan sebagai kawasan yang menakutkan.

Namun, persepsi tersebut pasti berubah sekiranya mereka mengunjungi Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini.

Walaupun hanya batu-batu nisan yang memutih memenuhi kawasan itu tetapi tanah perkuburan tersebut kelihatan cantik, kemas tersusun dan lengkap dengan kemudahan asas.

Atas daya usaha kariah kawasan itu mengindahkan tanah perkuburan tersebut, ia telah terpilih untuk memenangi Anugerah Khas Maal Hijrah 1433 bagi kategori Tanah Perkuburan Islam Terbaik baru-baru ini.

Urus Setia Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Hamid Mat Isa berkata, tanah perkuburan itu dibuka pada 1990 dan ia diuruskan oleh Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat.

Katanya, dalam memastikan tanah perkuburan itu sentiasa kelihatan sempurna, bersih dan cantik, pihaknya sentiasa mengambil berat soal penyenggaraan.

"Setiap hari saya akan memantau kawasan perkuburan ini. Setiap pusara juga dilengkapi nama dan sering dibersihkan bagi memudahkan waris menziarahinya," katanya.

Beliau berkata, anugerah yang diterima itu telah menjadikan jawatankuasa masjid dan anggota kariah di situ semakin bersemangat untuk menjaga kebersihan tanah perkuburan tersebut.

Sementara itu, Yunus Mat Som yang bertugas sebagai penjaga dan penggali kubur di situ sejak tanah perkuburan itu dibuka berkata, pelbagai pengalaman indah serta buruk pernah dihadapinya sepanjang 21 tahun menjaga kubur itu.

"Kubur ini sudah sebati dengan saya. Walaupun tiada kematian, saya akan datang ke kubur ini untuk membersihkannya supaya kelihatan cantik sepanjang masa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved