Utusan Online - Johor |
Posted: Bersiap awal hadapi banjirOleh MOHAMED SA'ARI ANTARA premis perniagaan yang meletakkan guni pasir sebagai penebat arus ketika banjir di Jalan Genuang, Segamat, Johor, semalam. - UTUSAN/MOHAMED SA'ARI SEGAMAT 26 Dis. - Kebanyakan premis perniagaan di Jalan Genuang, di sini terutama syarikat kewangan membuat persiapan awal menghadapi banjir dengan meletakkan guni berisi pasir di dinding luar bangunan masing-masing. Guni pasir itu disusun bertingkat bagi menahan arus deras dan rempuhan objek yang dibawa arus seandainya bencana banjir melanda kawasan berkenaan. Perkembangan itu bukan sahaja situasi 'baru' bagi penduduk setempat, tetapi turut menjadi rezeki 'tambahan' beberapa pihak terutamanya pembekal barang binaan yang menjual guni berisi pasir dengan harga RM4 setiap satu. Ketika banjir melanda daerah ini pada 2006 dan awal tahun lalu, ramai peniaga mengalami kerugian kerana cermin bangunan mereka pecah akibat rempuhan objek yang dibawa arus deras banjir. Seorang kontraktor, Mohamad Alwi, 58, berkata, kaedah susunan guni pasir itu telah lama digunakan di beberapa negara Eropah seperti Belanda, Itali dan Sepanyol ketika menghadapi banjir tetapi di negara ini agak baru diperkenalkan. "Sebenarnya guni pasir tersebut bukan bertujuan untuk menahan air masuk ke dalam bangunan seperti sangkaan orang ramai, sebaliknya berfungsi sebagai penebat kepada arus dan tekanan air terhadap dinding terutama bahagian yang diperbuat daripada bahan mudah pecah seperti kaca," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia, di sini hari ini. Justeru, dia juga bercadang menggunakan kaedah sama untuk melindungi kediaman keluarganya sekiranya banjir melanda pada masa akan datang. Mohamad tidak bercadang berbuat demikian pada masa ini kerana menjangkakan keadaan banjir yang berlaku sekarang tidak sebesar 2006 dan awal tahun ini. Seorang pemilik kedai buku, Hisyam Kunchimin, 40, turut tidak bercadang meletakkan guni pasir di kedainya kerana berpendapat banjir yang berlaku kini tidak besar dan menjejaskan premis perniagaannya. "Saya terpaksa tidur dalam kedai yang tiada bekalan elektrik ketika banjir awal tahun lalu bagi mengelakkan kecurian akibat cermin yang pecah dilanda arus deras," katanya yang telah menjalankan perniagaan sejak enam tahun lalu. Bagi Mohd. Zin Ali, 66, tindakan sebahagian peniaga yang meletakkan guni pasir di premis masing-masing menimbulkan persepsi akan berlaku banjir besar di kawasan tersebut. "Tidak kurang juga ada yang berasa hairan dengan keadaan sekarang kerana ia sesuatu yang baru dilihat oleh mereka. Biasalah benda baru sememangnya akan menarik perhatian orang ramai," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Pindah lokasi kenduri tahlil akibat banjir Posted: Pindah lokasi kenduri tahlil akibat banjirBATU PAHAT 26 Dis. - Akibat banjir, seorang warga emas terpaksa memindahkan lokasi kenduri tahlil sempena 40 hari kematian isterinya yang sepatutnya diadakan di rumah mereka ke kediaman jiran yang lebih tinggi. Menurut Mohd. Sarman Ahmad, 60, rumahnya dimasuki air sejak pagi semalam menyebabkan keluarganya sepakat menerima tawaran jiran untuk memindahkan lokasi kenduri itu. "Arwah isteri, Mariamah Abu, 58, meninggalkan saya dan anak-anak akibat menderita sakit buah pinggang. "Saya reda dengan ujian ini dan berterima kasih kepada jiran-jiran yang memahami dan sanggup membantu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Panchor, di sini hari ini. Mohd. Sarman berkata, dia telah tinggal di kampung itu sejak 30 tahun lalu dan banyak kali menempuh bencana banjir. "Kampung ini dekat dengan sungai dan apabila air pasang bertembung pula dengan hujan menyebabkan banjir. "Biasanya banjir lambat surut atau apa yang dipanggil orang di sini sebagai banjir termenung," katanya. Warga emas yang tabah itu yakin setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan tidak kesal dengan kejadian itu. Katanya, peristiwa yang berlaku malam tadi merapatkan lagi hubungan antara saudara mara dan jiran-jiran selain meningkatkan semangat tolong-menolong. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan