Khamis, 10 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Biar sibuk, Omar tetap utamakan keluarga

Posted:

Biar sibuk, Omar tetap utamakan keluarga

Biar sibuk, Omar tetap utamakan keluarga

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


Omar Osman membuka peti khas bagi merasmikan Perhimpunan Pelajar Perancangan di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, baru baru ini.


PULAU PINANG 9 Nov. – "Hobi saya adalah meluangkan masa bersama keluarga."

Demikian jawapan ikhlas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Omar Osman (gambar) tatkala diajukan soalan mengenai aktiviti masa lapangnya.

Menurut Omar, 53, yang dilantik sebagai Naib Canselor untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 28 September lalu hingga 27 September 2014, keluarga adalah segala-gala buatnya.

"Saya suka memancing dan kadangkala bermain golf, namun ia tidak memberi kepuasan kepada saya berbanding apabila bersama keluarga.

"Malah saya sering menantikan masa untuk berkumpul bersama 11 adik-beradik serta 86 ahli keluarga lain bagi menemani bapa, Osman Md. Isa, 90, yang tinggal sendirian selepas kematian ibu saya, Allahyarham Chick Ismail, 83, September lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Omar yang sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (TNCHEP) berkata, biarpun tugasnya kini semakin mencabar dan memikul tanggungjawab yang cukup berat, beliau tetap berusaha menggembirakan insan-insan yang ada di sekelilingnya.

Menyelusuri sejarahnya, Omar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebelum menyambung pengajian ke United Kingdom (UK) di peringkat sarjana pengurusan pembinaan dan ijazah kedoktoran pengurusan.

Beliau memegang jawatan sebagai TNCHEP sejak Mac 2007, selain pernah menjawat jawatan Pengarah Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, USM dari 2005-2007 dan Penggawa Desasiswa Cahaya, USM (1990-1996).

Selain itu, beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pengurusan projek dan pernah juga berkhidmat di Kementerian Pendidikan dari tahun 2000 hingga 2004 sebagai pegawai khas kepada Menteri Pendidikan Malaysia dalam bidang pengurusan dan perancangan fizikal pendidikan.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai lapangan termasuk menjadi Pengarah Gantian METEOR Sdn. Bhd. [Open University Malaysia] (2006-2007), Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum 2008-2009), Pengerusi ASEAN University Sports Council (2007 hingga kini), Timbalan Pengerusi Sekretariat Timbalan Naib Canselor (bermula 2010) dan Pengerusi Sekretariat IMT-GT University Carnival (2009-2011).

Beliau juga telah dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Negeri (BCN), Pulau Pinang (2009), Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ), Perlis (2010) serta Anugerah Tokoh Sukan Masum (2010).

Jelasnya, sebaik sahaja dilantik menjadi Naib Canselor penghujung September lalu, beliau sedar akan harapan yang diletakkan di bahunya bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang telah menerajui USM selama 11 tahun sejak Disember 2000.

"Sebagai sebuah universiti yang satu-satunya mendapat pengiktirafan Universiti Apex, saya perlu memikirkan bagaimana untuk terus mengimarahkan ilmu sebagai teras pembangunan institusi itu sendiri.

"Selain itu, dengan 2,000 pensyarah serta 30,000 penuntut pada satu-satu masa, budaya ilmuwan itu perlu sentiasa diterapkan di jiwa semua agar ia menjadi faktor berganda kepada ketamadunan bangsa," ujarnya yang dilahirkan pada 2 September 1958 di Kampung Sungai Setar Kechil dekat Nibong Tebal.

Agenda yang dibawanya adalah memastikan mereka yang terpinggir untuk mendapatkan akses pendidikan diberi peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Oleh sebab itu, selari dengan status Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Apex) itulah, USM membuka peluang kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak yang berminat serta berkelayakan untuk menyambung pengajian di USM.

Malah tidak dilupakan masyarakat Orang Asli yang turut dibimbing untuk kembali menyumbang kepada masyarakat mereka sendiri di kawasan-kawasan pedalaman di seluruh Semenanjung.

"Agenda kelestarian yang dijulang oleh USM sebenarnya memiliki manifestasi tersendiri bagi memberi senyuman kepada semua golongan masyarakat.

"Oleh itu sebagai institusi yang lestari untuk melahirkan golongan ilmuwan yang berbakti, USM harus membuktikan bahawa pusat penyebaran ilmu itulah yang bakal mencipta sejarah di negara ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

'Kampung Tanpa Sampah' diperluas

Posted:

'Kampung Tanpa Sampah' diperluas

'Kampung Tanpa Sampah' diperluas

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 9 Nov. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merancang memilih dua kampung tradisional Cina dan India di bandar raya ini bagi memperluaskan program 'Kampung Tanpa Sampah' yang dilancarkan kerajaan negeri baru-baru ini.

Cadangan tersebut adalah sebagai pelengkap kepada kempen berkenaan selepas Kampung Sungai Rokam di sini dipilih sebagai perintis program yang julung-julung kali diadakan itu.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim berkata, langkah berkenaan sejajar dengan komitmen MBI untuk menyuburkan gagasan 1Malaysia sekali gus menyerlahkan keunikan budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sehubungan itu katanya, MBI akan mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat untuk memilih dua kampung tersebut tidak lama lagi.

"Di bawah semangat 1Malaysia, kami berharap untuk memilih sebuah kampung Cina dan India bagi maksud itu.

"Kami memilih Kampung Sungai Rokam kerana ia adalah sebuah kampung model di sini dan letaknya strategik di dalam daerah Kinta selain teratur dan bersih," katanya pada mesyuarat penuh MBI di sini baru-baru ini.

Pada 20 Oktober lalu, kerajaan negeri melancarkan program 'Kampung Tanpa Sampah' yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh MBI dengan matlamat mengukuhkan reputasi bandar raya tersebut sebagai antara yang paling bersih di negara ini.

Pelancaran itu menjadikan Perak sebagai negeri kedua melaksanakan program bersepadu itu selepas kali pertama diperkenalkan oleh Sabah di Kampung Cenderamata II, Likas pada 2010.

Dalam perkembangan lain Roshidi berkata, MBI sedang mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu membabitkan masyarakat India di bandar raya ini termasuk masalah setinggan di Buntong dan Kampung Tai Lee.

Menurut beliau, antara langkah yang sedang diteliti MBI adalah pelaksanaan program perumahan mampu milik di kedua-dua kawasan tersebut khusus untuk membantu penduduk terbabit memiliki rumah.

"Kita juga sedang mengenal pasti beberapa bidang tanah yang boleh dibangunkan untuk membantu masyarakat India di kawasan tersebut," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

E-Idaman siap sedia hadapi banjir

Posted:

E-Idaman siap sedia hadapi banjir

E-Idaman siap sedia hadapi banjir


Ahmad Nazrin Saadon, (kiri) menujukkan kenderaan yang akan digunakan untuk rondaan semasa banjir di Jitra, Kedah, semalam.


KUBANG PASU 9 Nov. – Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman) bersiap sedia dari segi tenaga kerja dan kelengkapan logistik bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir di Kedah dan Perlis pada hujung bulan ini.

Pengurus Kanan Operasi E-Idaman Kedah dan Perlis, Ahmad Nazrin Saadon berkata, tahun ini pihaknya telah bersiap sedia dari awal kerana tidak mahu operasi memungut sampah-sarap semasa dan selepas berlaku banjir terjejas.

"Pengalaman kita pada tahun lalu membuatkan pihak kami lebih bersedia pada tahun ini jika berlaku banjir di negeri Kedah dan Perlis.

"Tahun lalu kita tidak bersedia kerana banjir berlaku secara tiba-tiba namun tahun ini pihak kami telah menyediakan kelengkapan yang secukupnya untuk mengelakkan berlakunya kekurangan tenaga kerja dan timbunan sampah sarap selepas banjir," katanya kepada pemberita di Depoh E-Idaman di sini, hari ini.

Menurutnya, ketika banjir pada tahun lalu, ramai kakitangan E-Idaman tidak dapat menjalankan tugas mengutip sampah kerana mereka juga menjadi mangsa banjir.

"Jadi pada tahun ini, pihak kami akan membawa kakitangan dari daerah-daerah lain yang tidak terlibat dengan banjir untuk menggantikan kakitangan yang tidak dapat bekerja kerana rumah mereka turut dinaiki air," ujarnya.

Ahmad Nazrin memberitahu, sebagai persediaan awal jika berlaku banjir, lima buah lori pikap E-Idaman akan ditugaskan untuk memasuki kawasan-kawasan yang telah dinaiki air bagi meninjau sama ada pihaknya dapat mengutip sampah di kawasan tersebut.

"Sebanyak 45 unit tong sampah besar juga telah disediakan untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang berlaku banjir bagi memudahkan penduduk membuang sampah sarap.

"Selain itu, 20 buah lori terbuka (dumster), lapan unit jengkaut, 28 unit lori penarik sampah juga telah siap sedia untuk mengangkut sampah sarap sisa buangan penduduk ketika banjir," ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga akan menempatkan kakitangan E-Idaman di bilik gerakan banjir untuk memantau kawasan-kawasan mana yang telah dinaiki air sebagai persediaan kepada kakitangan E-Idaman yang terlibat dalam operasi memungut sampah untuk menjalankan tugas membersihkan kawasan itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved