Utusan Online - Pahang |
- Tolak program rosakkan akidah
- Risiko tanah runtuh di belakang surau
- Selenggara Medan Selera Kompleks Alamanda
Posted: Tolak program rosakkan akidahSaudara pengarang, Walaupun program itu dibatalkan atas alasan keselamatan berikutan bantahan keras pihak awam, tetapi matlamat jijik mereka tetap mahu diteruskan di negara ini perlu pandang serius pihak berkuasa. Ini jelas penganjur yang terdiri daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan dan individu ini secara sedar cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan masyarakat yang teguh mengamalkan agama dan adat resam berbudaya tinggi. Mereka tidak belajar daripada keruntuhan moral dan institusi keluarga di Barat yang menyaksikan banyak bayi tidak sah taraf dilahirkan dan ia cuba ditonjolkan pula di Malaysia sebuah negara Islam model dunia. Warga Felda perlu berwaspada dengan perangkap kumpulan ini tanpa terikut-ikut dengan program seperti ini yang mengetengahkan nilai seks bebas yang bertentangan dengan norma masyarakat timur. GWGF mengutuk sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk meneruskan program ini pada masa akan datang kerana mereka tidak serik untuk menguji keimanan dan kesabaran orang Melayu serta penganut agama Islam. Pihak penganjur dengan sengaja menyalahtafsirkan pengertian demokrasi iaitu keadilan dan kebebasan dengan harapan program tersebut diterima dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kerajaan dan polis perlu terus menghalang sebarang aktiviti seperti itu di Malaysia kerana jika dibiarkan akan menggalakkan aktiviti songsang dalam masyarakat. Tindakan lebih tegas mesti dikenakan ke atas pihak penganjur, NGO dan individu masih berdegil meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu. Program itu jelas bertentangan dengan agama Islam dan agama lain. Orang Islam yang menyokong hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Kebebasan individu itu bukanlah bersifat mutlak tetapi berteraskan keadilan sejagat yang memberi kebaikan kepada manusia dan menolak sebarang kerosakan kepada kehidupan. ABDULLAH ABU BAKAR Timbalan Pengerusi GWGF |
Risiko tanah runtuh di belakang surau Posted: Risiko tanah runtuh di belakang surauMOHAMAD SIWI Keadaan tepi surau yang berisiko tanah runtuh terutama pada musim hujan di Kampung Tan Sri Yahya, Temerloh. Saudara pengarang, Masalah itu berlaku sejak enam bulan lalu dan telah diajukan kepada pihak terlibat termasuk pejabat Ahli Parlimen Temerloh. Apa yang membimbangkan adalah keselamatan jemaah surau kerana kejadian tanah runtuh itu berulang lagi walaupun tidak serius dan boleh membahayakan mereka. Ditambah pula dengan musim hujan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini dan kemungkinan besar tanah di lereng itu boleh runtuh pada bila-bila masa. Sebelum ini, pernah terjadi tanah runtuh di tepi surau itu hingga memasuki ruang solat. Nasib baik ketika kejadian itu tiada kemalangan jiwa berlaku memandangkan ia terjadi bukan waktu solat. Menerusi ruangan ini saya meminta pihak berkenaan supaya membina benteng supaya tanah tersebut tidak memasuki pekarangan surau dan keselamatan jemaah untuk beribadah tidak terganggu. Aduan ini diharap dapat membuka mata pihak tertentu khususnya wakil rakyat di sini supaya mengambil tindakan segera jika tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku. |
Selenggara Medan Selera Kompleks Alamanda Posted: Selenggara Medan Selera Kompleks AlamandaADNAN SIRAT KIPAS besar yang dipasang di tiang premis dipenuhi sawang menyumbang kepada pencemaran makanan di Medan Selera Kompleks Alamanda, Kuala Lipis. Saudara pengarang, Buktinya, baru-baru ini saya singgah di Medan Selera Kompleks Alamanda yang terletak di bandar Kuala Lipis untuk menjamu selera ketika berkunjung ke situ didapati aspek kebersihan dan keceriaan kurang memuaskan dan dipandang ringan. Memang sudah menjadi kelaziman sampah sarap isu utama yang membantutkan program kebersihan dan keceriaan sesebuah tempat, tetapi aspek lain juga perlu diberi perhatian iaitu kemudahan kerusi, meja, kipas dan tandas. Isu yang saya kemukakan ini adalah kemudahan kerusi, meja dan kipas dinding tidak diselenggarakan dengan sempurna. Apabila salah seorang anak saya duduk kerusi di medan selera berkenaan didapati kaki kerusi sudah patah mungkin perbuatan vandalisme pihak tertentu. Begitu juga kelihatan kerusi meja di sudut lain juga nampak kian uzur dan comot. Ia ditambah rupa lantai kotor dan melekit dengan tumpahan makanan bergula atau barangkali sisa yang ditinggalkan oleh kucing di kawasan berkenaan. Saya juga terpandang beberapa kipas besar mengalami nasib yang sama, iaitu tidak diselenggara dengan baik. Keadaan bahagian dalam kipas dipenuhi sawang yang menyumbangkan kepada pencemaran terhadap makanan yang diletakkan di atas meja walaupun angin peralatan itu cukup memberi kesegaran. Pemandangan berkenaan memberi perspektif yang sama bagi saya mahupun kalangan pelawat lain iaitu wujud senario yang serupa di medan selera dan premis makanan di lokasi lain di bandar Kuala Lipis. Saya harapkan menerusi Rakan Pahang ini, pihak MDL meningkatkan usaha menjaga kemudahan di kawasan berkenaan kerana bandar ini antara destinasi kerap dikunjungi pelawat dan transit semua jenis kenderaan yang berulang alik antara Lembah Kelang dan Kelantan. Tujuan saya bukan untuk mencari kelemahan mana-mana pihak. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan