Khamis, 10 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pendidikan: Masih ada kekurangan modal insan

Posted:

Pendidikan: Masih ada kekurangan modal insan

Pendidikan: Masih ada kekurangan modal insan

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau hanya berpuas hati dengan sebahagian daripada pencapaian keseluruhan sistem pendidikan negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sistem pendidikan negara masih mempunyai kekurangan sehinggakan pencapaian modal insan dalam beberapa aspek agak ketinggalan berbanding negara jiran.

''Kesimpulan tersebut dibuat berdasarkan laporan awal jawatankuasa penilai yang dipertanggungjawabkan bagi mengkaji semula sistem pendidikan negara,'' katanya ketika ditemubual dalam program Soal Jawab di Sri Pentas di sini, hari ini.

Namun, tegas beliau, walaupun hanya berpuas hati dengan sebahagian daripada pencapaian tersebut, ia tidak bermakna sistem pendidikan negara tidak bagus kerana sistem yang sama sudah melahirkan jutaan pakar.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci kandungan laporan tersebut kerana katanya, ia masih di peringkat penilaian awal.

"Ada yang saya puas hati dan ada yang saya tidak berpuas hati. Maksud saya, kita sudah mencapai kejayaan dalam beberapa bidang, tetapi ada juga kelemahan dan kekurangan berbanding dengan negara jiran.

"Umpamanya, kita agak ke belakang berbanding Finland dan beberapa negara maju lain yang sudah ke depan. Kita masih di peringkat pertengahan dan sebab itu kita perlu angkat kedudukan kita agar sama dengan mereka.

"Ini tidak bermakna sistem kita tak baik. Sistem kita baik tetapi tidak cukup baik sebab itu saya mengarahkan sistem ini dikaji semula," katanya.

Tambah Muhyiddin, dalam usaha mengangkat kedudukan sistem pendidikan negara, kerajaan memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai langkah awal.

Jelasnya, selain bertujuan menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dasar baru tersebut diyakini mampu memperkasakan lagi modal insan negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu bapa diminta semak status sekolah anak Disember ini

Posted:

Ibu bapa diminta semak status sekolah anak Disember ini

Ibu bapa diminta semak status sekolah anak Disember ini

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Ibu bapa murid tahun enam yang mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun ini, diminta menyemak status sekolah menengah anak mereka lebih awal mulai bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan awal itu bertujuan untuk memastikan murid tahun enam program PPSMI tidak tersalah pilih sekolah menengah kerana tidak semua sekolah menengah mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Menurut beliau, semakan awal mampu memudahkan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mencari sekolah menengah di kawasan perumahan murid terbabit yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bagi memastikan pembelajaran tidak terganggu.

"Langkah ini bagi melicinkan sistem peralihan dan ia hanya membabitkan pelajar tahun enam bagi tahun ini. Sebab itu untuk menentukan proses peralihan ini berjalan lancar, saya sudah mengarahkan Kementerian Pelajaran mengambil langkah awal mulai bulan depan.

"Jadi kita minta ibu bapa semak sekolah anak mereka lebih awal. Pihak PPD akan memaklumkan sekolah menengah mana di sekitar kediaman mereka yang mempunyai sesi pengajaran yang sesuai dengan anak mereka," katanya semasa ditemubual pada program Soal Jawab di Sri Pentas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, bagi murid tahun dua dan pelajar tingkatan dua pada tahun ini, mereka tidak mempunyai masalah untuk memilih bahasa pengantar bagi pengajaran serta pembelajaran Sains dan Matematik kerana ia tidak melibatkan pertukaran sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin sekali lagi menafikan keputusan pemansuhan PPSMI adalah keputusan 'flip-flop' kerajaan kerana jelasnya, kajian terperinci sudah dilaksanakan sekian lama dengan mengambil kira semua pandangan sebelum keputusan dimuktamadkan.

Malah katanya, keputusan kepimpinan terdahulu melaksanakan PPSMI juga sebenarnya bertujuan murni iaitu bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah tetapi malangnya ia tidak memberi hasil sebagaimana diharapkan, menyebabkan ia terpaksa dihentikan.

Full content generated by Get Full RSS.

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas

Posted:

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas


MUHYIDDIN Yassin mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Mengenai Kos Sara Hidup di Parlimen, di Kuala Lumpur, semalam.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Mengenai Kos Sara Hidup di Parlimen, semalam.

Mesyuarat tersebut menandakan penetapan tujuh bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menunjukkan komitmen serius kerajaan dalam meringankan beban kos hidup rakyat, tatkala tekanan ekonomi dirasai semua negara di dunia ketika ini.

Beberapa menteri Kabinet hadir pada mesyuarat itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved