Utusan Online - Johor |
Bersantai sambil belajar sejarah Posted: Bersantai sambil belajar sejarahOleh NURUL HUDA HASSAN Suasana tenang dengan pepohon hijau menjadikan Taman Merdeka Johor Bahru sebagai tarikan baru bagi rakyat tempatan dan pengunjung luar ke Johor. JOHOR BAHRU 9 Nov. - Bandar raya Johor Bahru kini mempunyai satu lagi taman rekreasi dikenali sebagai Taman Merdeka Johor Bahru untuk kemudahan orang ramai bersantai dan melakukan pelbagai aktiviti sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Uniknya taman rekreasi tersebut dibina bertemakan kepada revolusi sejarah negara yang memaparkan keperitan, kepahitan dan penderitaan di negara ini yang diterjemahkan melalui sembilan laman kecil di Taman Merdeka Johor Bahru. Ia terdiri daripada Laman Peringatan Kesultanan Melayu Johor, Laman Peringatan Sultan Abu Bakar, Laman Peringatan Penjajahan Jepun, Laman Peringatan Penentangan Komunis, Laman Peringatan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Laman Malaysia, Laman Peringatan Semarak Kemerdekaan, Padang Merdeka dan Persiaran Perarakan Kemerdekaan. Taman Merdeka Johor Bahru membabitkan dua fasa pembinaan dan mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM13 juta, mula dibuka kepada orang ramai baru-baru ini. Datuk Bandar, Mohd. Jaffar Awang berkata, taman rekreasi tersebut terletak di kawasan yang mudah dikunjungi orang ramai serta menjadi tempat yang strategik untuk melakukan aktiviti riadah. "Setiap laman yang ada di taman ini ada konsep dan cerita yang hendak disampaikan kepada para pengunjung, setiap rekaan bangunan, senibina arca yang dibangunkan di sini bersesuaian dengan zaman tersebut. "Konsep merdeka yang ditonjolkan di sini juga diolah melalui catatan sejarah, arca, gambar dan penerapan ciri-ciri reka bentuk yang memberi gambaran terperinci mengenai kisah kemerdekaan negara," katanya. Menurutnya, di tempat itu orang ramai dapat mengetahui keistimewaan taman tersebut bermula di Laman Peringatan Kesultanan Melayu yang menggambarkan mengenai kehidupan orang Melayu pada zaman sebelum ini. Salah satu tarikan pengunjung di Taman Merdeka Johor Bahru. Beliau berkata, Laman Sultan Abu Bakar pula menceritakan pembangunan di Johor yang turut dipengaruhi corak pemerintahan Inggeris dengan reka bentuk yang ada di situ bercirikan senibina Inggeris. "Laman Peringatan Penjajahan Jepun pula merujuk kepada zaman kemasukan Jepun ke Tanah Melayu secara mendadak yang digambarkan dengan binaan kubu bagi menggambarkan pertahanan negara. "Diikuti dengan era penentangan komunis yang memaparkan binaan dan persekitaran yang menyerupai pusat aktiviti dan persembunyian komunis yang berteraskan kepada serangan gerila," ujarnya. Keperitan dalam mempertahankan kedaulatan Tamah Melayu sebagai sebuah negara berdaulat diterjemahkan menerusi Laman Semarak Kemerdekaan bagi menggambarkan gabungan lapisan masyarakat yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Akhir sekali, pengunjung yang ke taman ini akan melalui Persiaran Perarakan Kemerdekaan yang merupakan laluan pejalan kaki, gambaran mengenai proses dilalui oleh Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan, katanya. "Pengisian taman ini lebih berbentuk simulasi kemerdekaan negara, sememangnya pendekatan terbaik untuk pengajaran bagi pelajar dalam menilai, memahami dan mengetahui sejarah negara. "Taman Merdeka Johor Bahru ini bukan sahaja dilihat sebagai kawasan rekreasi, tetapi pada masa sama turut memberi manfaat sebagai kawasan informasi pendidikan khususnya kepada golongan pelajar," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Redah Lumpur tanam bakauOleh Luqman Haziq Rajihan Rahim (tengah) bersama kakitangan Pelabuhan Tanjung Pelepas menanam bakau di Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai, Johor Bahru, baru-baru ini. JOHOR BAHRU 9 Nov. - Sebanyak 2,500 anak pokok bakau berjaya ditanam pada Program Redah Lumpur anjuran Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai, dekat sini baru- baru ini. Program tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan PTP menyemai bakti, tetapi turut menghimpunkan ratusan staf pelbagai agensi kerajaan dan pelajar sekolah menengah di sekitar Gelang Patah untuk menanam bakau. Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Hartanah dan Zon Bebas PTP, Md. Derick Basir berkata, penganjuran program tersebut mampu membuka mata generasi muda untuk lebih mengenali dan menghargai alam sekitar. "Dengan adanya program seperti ini, kami mengharapkan agar mereka akan lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam membantu mengekalkan kestabilan alam sekitar terutama di kawasan paya bakau," katanya. Beliau berkata, program pemuliharaan alam semula jadi itu merupakan antara acara tahunan yang dijalankan PTP untuk memastikan pembangunan yang giat dijalankan tidak menjejaskan kawasan persekitarannya. "Operasi pemuliharaan seperti ini amat penting untuk mengimbangi ekosistem alam serta mengekalkan biodiversiti sedia ada. PTP sebagai badan korporat yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan pembangunan masyarakat setempat tidak pernah memandang remeh hal ini. "Kami berjaya menanam 2,500 spesies bakau minyak (Rhizophora Apiculata) dan bakau kurap (Rhizophara Murconata) yang melibatkan keluasan kira-kira satu hektar di Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai," katanya. Sementara itu Pegawai Hutan Daerah Johor Selatan, Rajihan Rahim menyifatkan inisiatif yang dilakukan PTP itu harus dijadikan contoh oleh pihak lain kerana warisan negara seperti hutan paya bakau sememangnya memerlukan pemantauan berterusan bagi memastikan kawasan itu tidak terancam. "Sekiranya kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu pupus atau tercemar, keseluruhan populasi ikan dan industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar. ``Oleh itu, ekosistem tanah bencah yang sensitif ini perlu sentiasa dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi negara," katanya. Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Korporat dan Pembangunan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), Siti Noraishah Azizan pula berharap usaha seperti itu dilakukan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran awam dan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar. "Syabas kepada PTP atas usaha murni ini dan saya berharap lebih banyak program pemuliharaan alam sekitar akan menyusul pada masa akan datang," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan