Utusan Online - Timur |
Posted: Motivasi di Karnival RemajaOleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR SALAH satu adegan pentomen yang turut ditampilkan pada Karnival Remaja 2011 di Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, baru-baru ini. KOTA BHARU 9 Nov. - Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa generasi muda atau belia hari ini merupakan aset negara yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Namun, sekiranya golongan ini tidak dilentur dengan segala sifat mulia serta kesedaran dalam aspek kebertanggungjawaban sudah pasti aset itu tidak mampu dimanfaatkan dalam membentuk sebuah kepimpinan yang berdinamik dan inovatif. Justeru, pendidikan akhlak, moral, sahsiah termasuklah kesedaran sivik dalam kalangan remaja perlu mendapat perhatian sejak dari dari awal oleh semua pihak, bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Menyedari hakikat itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) telah mengambil inisiatif menganjurkan program Karnival Remaja 2011 pada Jumaat lalu, khusus buat golongan remaja negeri ini dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun, berilmu dan bermaklumat. Program yang lebih menjurus ke arah motivasi, dakwah dan hiburan itu ternyata berjaya menarik perhatian lebih daripada 1,000 remaja dari seluruh Kelantan dengan pelbagai latarbelakang termasuk pelajar-pelajar sekolah. Apatah lagi apabila ia diisi dengan pelbagai variasi hiburan menarik seperti pentomen dan nasyid yang menampilkan selebriti popular, Akil Hay Rawa. Ia selari dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Muhammad Mustapha ketika berucap pada program tersebut mengakui keperluan sesuatu hiburan dalam kehidupan seharian khususnya dalam kalangan remaja. "Tidak salah berhibur dalam Islam kerana berhibur itu adalah satu nikmat kurniaan Allah," kata Muhammad. Beliau menggariskan objektif utama program tersebut adalah untuk menyedarkan remaja bahawa mereka dihargai selain mendedahkan peri pentingnya golongan tersebut terhadap agama, bangsa dan negara. "Mudah-mudahan hiburan alternatif ini dapat mendidik remaja mendekatkan diri kepada Allah," katanya. Hadir sama, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, Pengarah JHEAIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Pengelola Istana Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood. PARA pelajar berikrar pada Karnival Remaja 2011 di Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, baru-baru ini. Sementara itu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga Yang Dipertua (YDP) JHEAIK bertitah, program seumpama itu mampu dijadikan platform kepada golongan remaja membentuk sahsiah diri bagi melahirkan generasi cemerlang. Titah baginda, generasi cemerlang, masyarakat bertamadun merupakan satu faktor berkesan menjadikan sesebuah negara sentiasa berkeadaan aman dan damai. Justeru, baginda menyeru kepada remaja terlibat supaya tidak melepaskan peluang untuk menjadi rakan dalam setiap program seumpama itu yang diperkenalkan oleh JHEAIK pada masa-masa akan datang. "Program seumpama ini bukan sahaja mampu memberi hiburan tidak melalaikan tetapi pendedahan ilmu yang berguna kepada golongan berkenaan (remaja)," titah baginda. Baginda turut menyarankan golongan tersebut supaya sentiasa memperkukuhkan jati diri dalam membentuk tahap disiplin tinggi di dalam semua aspek kehidupan. Ia penting dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu serta bermaklumat terutama ketika menghadapi arus globalisasi yang penuh dengan cabaran serta dugaan mutakhir ini. "Melalui maklumat dan ilmu, masyarakat mampu menghadapi segala bentuk cabaran. Bahkan, selain menjadi aset kepada negara peranan remaja itu sendiri amat penting dalam membentuk masyarakat yang lebih bertamadun," titahnya. Dalam memperkukuhkan lagi mentaliti remaja baginda turut mengajak mereka menjadikan para sahabat Rasulullah sebagai idola. Titah baginda, nama-nama seperti Saad bin Abi Waqas, Talhah bin Ubaidillah dan Zubair Al-Awam adalah antara nama-nama besar dalam sejarah Islam sebagai sahabat Nabi yang telah berjaya memanfaatkan usianya dengan melakukan kerja-kerja diredhai Allah sejak remaja. "Remaja Islam yang masyhur dalam sejarah Islam itu wajar dijadikan idola sekiranya ingin menjadi seorang remaja yang beriman, bertaqwa dan berakhlak," titah baginda. Sementara itu, seorang peserta, Marlia Syuhada Che Omar, 15, semasa ditemui memberitahu, program tersebut memberi banyak kesedaran buat dirinya untuk lebih memahami liku dan ranjau tatkala melewati usia remaja yang menuntut lebih kesabaran. Dia berkata, jika dihayati, program tersebut berupaya mendidik seseorang agar rajin bermuhasabah diri sebagai langkah awal mencegah seseorang daripada mudah terjerumus ke kancah gejala sosial melampau tanpa sedar. "Maklum saja, usia remaja merupakan zaman yang lebih dipengaruhi sentimen kebanyakannya tidak seimbang atau di luar kewarasan. Tapi jika rajin bermuhasabah mungkin sedikit sebanyak akan timbul rasa kesedaran," katanya. Manakala rakannya, Intan Zalikha Hanifah, 15, berkata, program seumpama itu wajar diadakan dari semasa ke semasa bagi menjana mentaliti remaja supaya lebih matang dan waras ketika berhadapan dengan perkembangan sosialisme yang kadangkala tidak terjangkau dengan akal remaja. Katanya, memandangkan terlalu banyak masalah remaja yang timbul sekarang, sewajarnya karnival seperti itu diberi perhatian dari sudut positif terutama di kalangan ibu bapa. "Kerana bagi saya pendedahan, motivasi berguna menerusi program ini memberi banyak ilmu berfaedah untuk diisi dalam jiwa remaja," jelasnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Penjara Pengkalan Chepa sesakOleh RAHANA MOHD.DAHARI HUSIN Johari (dua dari kanan) beramah-mesra dengan kakitangan Penjara Pengkalan Chepa pada Sambutan Hari Jabatan Penjara dan Paroi Peringkat Negeri di Kota Bharu, semalam. KOTA BHARU 9 Nov. - Peningkatan kadar jenayah menyebabkan berlaku kesesakan penghuni di Penjara Pengkalan Chepa di sini. Pengarah Penjara, Husin Johari berkata, ketika ini penjara tersebut menempatkan 1,800 banduan iaitu lebih 700 orang berbanding kapasiti sebenar dan diselia oleh 400 pegawai dan anggota. Beliau berkata, walaupun berlaku kepadatan, namun jumlah tersebut masih dalam kawalan dan tidak menjejaskan aktiviti dan rutin harian banduan. "Jika mengikut jumlah yang ada sekarang, keadaan agak sesak tetapi bilangan penghuni di sini tidak statik antara lain disebabkan berlaku pertambahan jumlah yang tidak dijangka. "Mungkin ada kaitan dengan peningkatan jumlah jenayah bermusim kerana bilangan sering berubah-ubah, tetapi akan susut pada waktu-waktu tertentu dan kembali kepada bilangan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara dan Parol Peringkat Negeri Ke-162 di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Pengarah Penjara, Raja Ahmad Amazon Raja Daud dan Pengarah Parol Kelantan, Mat Yaacob. Husin menambah, walaupun keadaan masih terkawal, namun beliau berharap usaha dapat dilakukan bagi mengurangkan kepadatan tersebut. Pada majlis tersebut, seramai 140 pegawai dan anggota menerima pelbagai pingat dan sijil penghargaan perkhidmatan cemerlang. Malah, buat kali pertama, Anugerah Kesihatan Unggul khusus untuk anggota penjara yang tidak mengambil cuti sakit lebih daripada 10 tahun bertugas turut diperkenalkan, dengan penerima sulung ialah Ketua Inspektor Penjara di sini, Che Mat Che Soh, 42. Sementara itu, Che Mat memberitahu, dia tidak pernah mengambil cuti sakit sejak mula berkhidmat sebagai pegawai penjara pada 1 Julai 1996. "Syukur, saya belum pernah lagi mengalami masalah kesihatan serius yang mendorong doktor memberikan sijil cuti sakit. Memang saya akui seorang yang kuat bekerja dan suka datang bekerja termasuk cuti am," katanya. Bapa kepada lima orang anak berusia empat hingga 19 tahun itu juga pernah tidak mengambil cuti tahun selama dua tahun dan sehingga kini mempunyai cuti kelepasan am sebanyak 147 hari. Full content generated by Get Full RSS. |
Tengku Mahkota bantu keluarga miskin Posted: Tengku Mahkota bantu keluarga miskinTENGKU Muhammad Fa-iz Petra Ibni Ismail Petra (kanan) berkenan mengurniakan cermin mata kepada pelajar miskin di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam. TUMPAT 9 Nov. - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Ismail Petra meneruskan keprihatinan kepada rakyat jelata apabila berkenan menyempurnakan majlis pengurniaan rumah sumbangan Yayasan Sultan Kelantan di sini, hari ini. Tengku Muhammad Fa-iz turut berkenan menyempurnakan majlis pengurniaan rumah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta mengurniakan cermin mata kepada 275 pelajar di daerah ini. Baginda yang berbaju batik tiba di majlis berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi dengan diiringan pasukan keselamatan. Majlis tersebut dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Shotul Raudah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat, ikuti ucapan aluan oleh Ketua Jajahan, Serpudin Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Muhammad Zaki Ibrahim. Pada majlis berkenaan, 275 pelajar sekolah menengah dan rendah di jajahan ini yang menghadapi masalah penglihatan menerima bantuan cermin mata, manakala dua keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan rumah. Serpudin dalam ucapannya berkata, Tumpat merupakan jajahan pertama yang menerima sumbangan rumah daripada Yayasan Sultan Kelantan. "Manakala untuk rumah agihan zakat Maik pula, 70 rumah telah dibina di jajahan ini melibatkan peruntukan RM2.1 juta. "Sumbangan ini untuk membantu golongan kurang bernasib baik menikmati kehidupan yang lebih selesa," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan