Utusan Online - Timur |
- Tanaman Padi Maswangi diperluas
- Sultan Kelantan di Istiadat Meletak Kerja dan Perbarisan
- Kerajaan Pusat terus bantu rakyat
Tanaman Padi Maswangi diperluas Posted: Tanaman Padi Maswangi diperluasOleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR RANTAU PANJANG 11 Nov. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyasarkan kawasan seluas 10,000 hektar di seluruh negara bagi mengusahakan tanaman padi Maswangi (MRQ74) menjelang 2020. Timbalan Ketua Pengarah MARDI (Pemindahan dan Pengkomersialan Teknologi), Datuk Dr. Masri Muhamad berkata, melalui projek tersebut negara dapat mengurangkan hampir separuh kos pengimportan beras jenis Basmathi dan Maswangi untuk kegunaan tempatan setiap tahun. "Berdasarkan statistik, kita mengimport kira-kira 30,000 tan metrik setahun beras jenis Basmathi melibatkan nilai kira-kira AS$$1,000 (RM3,200) satu tan. Manakala beras wangi pula hampir 100,000 tan metrik setahun," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Ladang Penuaian Padi Maswangi (MRQ 74) di bendang Guchil dekat sini, semalam Seramai lapan peserta terlibat dengan penanaman padi Maswangi di Bendang Guchil membabitkan kawasan seluas 34 hektar akan menikmati hasil yang diusahakan sejak Julai lalu. Hadir sama, Pengarah MARDI negeri, Aminah Abdullah dan Pengarah Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, Dr. Sariam Othman. Masri berkata, MRQ 74 merupakan varieti Maswangi yang mempunyai kelebihan dengan kandungan gula di bawah 40 peratus berbanding varieti lain. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, di negeri Kelantan, MARDI menyasarkan kawasan seluas 800 hektar bagi melaksanakan projek tersebut menjelang 2020. Katanya, dalam masa terdekat ini, MARDI telah menyasarkan kawasan seluas 200 hektar melibatkan tiga jajahan iaitu Jeli, Machang dan Tanah Merah untuk memulakan projek tersebut yang dijangka bermula akhir bulan ini. Beliau berkata, MARDI mempunyai rangkaian agensi tertentu untuk menguruskan pemasaran pengeluaran padi dan beras tersebut. "Malah petani atau pengusaha akan diberi tawaran istimewa dari segi harga nya berbanding harga beras-beras biasa," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Sultan Kelantan di Istiadat Meletak Kerja dan Perbarisan Posted: Sultan Kelantan di Istiadat Meletak Kerja dan PerbarisanSULTAN Muhammad V memeriksa perbarisan 1 Rejimen Arteleri Diraja Para ATM pada Majlis Istiadat Letak Kerja dan Perbarisan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu, semalam. KOTA BHARU 11 Nov. - Rakyat Kelantan gembira meraikan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V dengan kira-kira 1,000 orang berkumpul di Padang Merdeka di sini hari ini, pada Majlis Istiadat Meletak Kerja dan Perbarisan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke-42. Kebanyakan yang hadir tiba seawal pukul 7 pagi dengan membawa bersama ahli keluarga masing-masing untuk melihat raja kesayangan mereka itu. Majlis perbarisan yang diketuai oleh 1 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pukul 8.40 pagi, sebaik sahaja ketibaan baginda bersama rombongan kerabat Istana Kelantan. Terdahulu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra turut berangkat ke majlis tersebut kira-kira 20 minit sebelum itu. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, barisan Exco kerajaan negeri, pemimpin-pemimpin agensi kerajaan serta beberapa kenamaan lain. Sultan Muhammad yang segak berbaju Melayu songket berwarna krim kemudiannya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memeriksa perbarisan. Sempena hari keputeraan baginda esok, Sultan Muhammad akan menyampaikan darjah kebesaran dan pingat kepada 213 daripada 613 penerima di Istana Balai Besar dekat sini. Sementara penganugerahan lain akan dilangsungkan dalam satu majlis yang akan diadakan pada suatu tarikh ditetapkan kemudian. |
Kerajaan Pusat terus bantu rakyat Posted: Kerajaan Pusat terus bantu rakyatKOTA BHARU 11 Nov. - Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan kebajikan pelajar miskin dengan menyediakan pelbagai bantuan kewangan bagi memastikan mereka dapat belajar dengan sempurna. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 (SKKK 1), Mohamed Che Noh berkata, bantuan kewangan untuk para pelajar miskin itu termasuk di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang. "Pelajar di semua negeri yang layak akan menerima bantuan ini. Di samping beberapa keistimewaan dan kemudahan lain, tiga bentuk bantuan kewangan yang utama disediakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), E-Kasih dan wang ihsan," katanya. Beliau berucap pada majlis penyampaian bantuan KWAPM kepada 340 murid miskin SKKK 1 di sini, semalam. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan