Utusan Online - Hiburan |
Posted: Artis janda penuh masalahJOYAH tabik satu kali kat pelakon wanita janda yang sentiasa berperangai pelik ni. Pandai sungguh dia bermuka, minta simpati dengan cerita dia kecewa cinta dengan seorang pelakon muda tu. Gaduh manja sikit dengan teman lelaki, mulalah nak 'membebel' kat peminat-peminat semua, suka sangat nak burukkan orang lain, kononnya dia sajalah yang betul. Nak jadi cerita, dah namanya kerja wartawan hiburan, teman Joyah ini pergilah dapatkan komen dia sebab nak tahu apa kes mereka putus. Bila teman Joyah yang seorang ni dapat komen dia, keluar di akhbar, lain pula yang jadi. Dia boleh buat penafian kat laman sosial peminat dia, cakap teman Joyah ni sengaja reka cerita. Kata artis tu, dia cakap lain, wartawan tulis lain. Nasib baik kawan Joyah tu ada buat rakaman masa temu bual, bila dengar balik, sah artis wanita ni cuba untuk menipu peminat dia sendiri. Amboi-amboi mulut dia, rasa macam hendak cili-cilikan saja. Dan cerita hangat lagi, rupa-rupanya teman Joyah ni sudah dipermain-mainkan oleh si artis. Ada beberapa wartawan di akhbar lain boleh cakap "La, kau tak tahu ke perangai pelakon janda terdesak tu macam tu? Memang setiap kali dia buat kenyataan, esoknya dia akan menafikan. "Dia akan minta wartawan tulis balik sebab kononnya wartawan telah tersalah fakta. Padahal sebenarnya itu memang taktik dia supaya setiap cerita dia akan ada susulan berhari-hari, berminggu-minggu. Itu memang semua wartawan senior sudah tahulah, sebab tu tak semua orang 'kuasa' nak temu bual dia ni," katanya. Kalau macam itu, Joyah bagi tepukan gemuruh sebab pelakon janda ni adalah pelakon terhebat wanita untuk "Anugerah Propa". Agaknya kerana sifat seperti itulah, dia semakin merudum popularitinya, tak banyak produksi bagi dia peluang berlakon lagi. Setakat suam-suam kuku je, setahun adalah sekali dua, tu pun lepas orang ambil dia berlakon mesti menyesal tak sudah sebab artis perempuan ni memang suka sangat menyalahkan orang dan kononnya diri dia sajalah yang baik. Itu pun nasib baik bercinta dengan 'anak ikan muda' adalah juga cerita orang hendak tulis. Kalau tak, memang macam biskut kena rendamlah gamaknya, lemau terus daripada sebarang publisiti. Joyah juga kasihan kepada peminat artis wanita ni yang begitu gigih melayan emosi celaru artis ni dalam ruang peminat dia. Hari-hari ada saja dia memburukkan orang termasuklah lelaki yang pernah menjadi orang penting dalam hidupnya. Hairannya, peminat dia pun bukan main lagi, sama naik mengutuk walaupun tak tahu apa-apa, hanya membaca tulisan 'propa' si artis ni. Eloklah tu, layanlah lagi. Esok, bila peminat yang sama kritik sikit, dengan peminat-peminat sekali kena sembur, ha masa tu baru padan dengan muka. Hello, kita orang setiap hari jumpa artis lah, kita orang tahu artis mana yang ok, artis mana yang ko, jadi janganlah percaya sangat kepada artis yang 'bertopeng' ni ya. Artis ni sebenarnya dari dulu lagi, memang suka sangat kena puji melambung, kalau kritik sikit memanglah dia akan melenting tak ingat dunia. Joyah tahu lepas artis yang 'celaru pemikiran' itu baca tulisan Joyah ni, mesti dia tulis kat laman sosial dia, memburuk-burukkan kerja wartawan. Tak apalah, Joyah alu-alukan sebab tak lama lagi Joyah pun ada fan page sendiri kat Facebook. Nak kongsi juga dengan pengikut Joyah tentang 'kehebatan' artis tanah air kita luar dan dalam mereka. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Kecewa dua lelakiARA-GARA kelakuan kurang matang si anak, imej dua bapa berfigura popular dalam dunia seni dilihat tersayat. Datuk Chef Wan kita, nampaknya sedang bermuram durja dek angkara yang dikelek anak lelakinya, Chef Riz. Pemuda 29 tahun itu 'kantoi' apabila bertindak memperbesar-besarkan status dirinya secara salah dengan pengakuan pernah menjadi orang penting di dua restoran popular di New York dalam profil kerjayanya. Hal ini menjadi hangat apabila restoran berkenaan menafikan Chef Riz pernah bertugas di situ dan ia didedahkan dengan meluas di media beberapa hari lepas. Amy Search pula dengan kes anak sulungnya, Nabila Huda yang belum berkesudahan. Baru beberapa bulan bercerai dengan suaminya, terbaru, gambar penuh sensasi Nabila tersebar ke segenap ceruk, berpeluk-pelukan dan berciuman mesra dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan. Aksi terlebih mesra itu dirakam ketika Nabila dan lelaki itu menyambut Halloween, satu perayaan yang langsung tidak ada kaitan dengan orang kita. Ketika dua lelaki ini menjadi model ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anak muda lain, darah daging mereka sendiri membuat onar dan tersasar daripada disiplin positif. Memang ia satu ujian yang bukan mudah untuk dilalui, meskipun bagi seorang lelaki yang sarat dengan pengalaman. Sementelah tugas lelaki yang bergelar bapa pula, bukan hanya wajib memberi nafkah malah menjaga, memimpin, mendidik, menasihat dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Balik-balik, orang akan kata bapa tak pandai menjaga anak, walaupun segala ilmu hidup telah dicurahkan dengan sempurna selama ini. Sesekali difikirkan, anak sudah besar panjang, kenapa perlu dikaitkan lagi dengan orang tua lagi? Tetapi ia adalah hakikat yang tidak mampu dipisahkan. Apa juga yang kita buat, apa juga yang kita lakukan, maruah dan nama baik keluarga akan turut sama terheret. Justeru, kalau sayangkan ibubapa, jagalah maruah dan peribadi diri sendiri, supaya kita tidak dianggap sebagai anak tidak mengenang budi. Dalam hidup ini, setiap manusia mempunyai tanggungjawab, bukan sahaja terhadap diri sendiri, tetapi juga orang-orang yang selama ini mengasihi dan menyayangi kita. Anak-anak pula adalah cerminan kepada orang tua dan rantaian-rantaian yang bertali- temali dengan keturunan sebelumnya. Moleknya dalam hal ini, saya melihat baik Chef Wan mahupun Amy akur dengan kesilapan yang telah dilakukan anak-anak mereka tanpa menyalahkan pihak lain, termasuk media yang membongkarkan cerita. Dengan cara terhormat, mereka berterus-terang turut kecewa dengan apa yang telah berlaku. Chef Wan misalnya, mendesak supaya anaknya meminta maaf kepada masyarakat yang telah 'tertipu' selama ini. Dibahasakan Chef Riz dengan ayat selamba, 'padan muka' apabila kes itu terbongkar, sebagai mewakili perasaan kecewa yang bersarang dalam hatinya. Banyak pengajaran yang kita peroleh daripada kisah mereka ini. Sebenarnya, bukan semua orang boleh mengakui kesilapan diri. Banyak orang cuba mengalih kesilapan diri ke bahu orang lain. Tetapi tidak dengan mereka berdua. Justeru kita tahu kenapa kedua-duanya boleh terbang tinggi dalam dunianya. Sesungguhnya ada tiga perkara utama untuk seseorang yang bijaksana itu dikenali. Pertama: Dia melihat kesalahannya sendiri dan menerima dengan apa adanya. Kedua : Selepas melihat kesalahan itu, ia akan berusaha untuk berubah.Sementara ketiga : Ketika ada orang lain mengakui kesalahan, dia dengan mudah memaafkan. Chef Wan dan Amy adalah di antara manusia yang bijaksana itu. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan