Sabtu, 12 November 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Harapan pesakit ritma jantung abnormal

Posted:

Harapan pesakit ritma jantung abnormal

Harapan pesakit ritma jantung abnormal

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto SHAHRIL AZMAN ZAIN


Hamidun bersama anaknya Hazlinda, 40 dan Muhammad Rizaldean, 36.


Pernah menghidap batuk kering ketika usia mudanya, Hamidun Abdul Hamid, 74 tidak pernah terfikir untuk berhenti merokok.

Sehinggalah beliau disahkan sakit jantung kira-kira 15 tahun dahulu, doktor menyarankan dia berhenti merokok.

"Dahulu saya boleh menghabiskan dua kotak rokok (50 batang) sehari. Saya juga tidak ada pantang dan makanan yang paling saya suka ialah sup ekor (bahagian lemak). Semuanya berubah apabila saya disahkan sakit jantung dan tiga tahun kemudian menghidap ritma jantung abnormal atau fabrilasi atrial.

''Saya segera berhenti merokok dan menjaga pemakanan," ujarnya di sidang media penyakit ritma jantung abnormal (AF) anjuran Bayer HealthCare Malaysia baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman sebagai penghidap AF, Hamidun terpaksa terpaksa bergantung kepada ubat, warfarin.

Sebelum disahkan menghidap AF pada 2003, Hamidun tidak mengalami apa-apa simptom.

"Saya kecewa apabila doktor memberitahu bahawa saya mempunyai risiko tinggi diserang strok disebabkan AF.

"Kemudian saya telah diberi warfarin. Namun saya perlu kerap menjalani ujian darah dan doktor perlu menyesuaikan ubat saya untuk mengelak darah menjadi terlalu cair serta risiko pendarahan.

"Saya juga perlu berhati-hati dengan pemakanan kerana warfarin bertindak balas dengan banyak jenis makanan dan ubat-ubatan yang saya ambil sekarang. Ini amat menyusahkan, terutamanya ketika Ramadan," ujarnya.

Keresahan tersebut menyebabkan Hamidun menanti hari dia boleh mendapat perlindungan daripada strok tetapi tidak perlu lagi ke hospital dengan kerap untuk memantau rawatannya.

Dia juga teringin untuk menikmati sup bayam kegemarannya serta sayuran hijau lain, yang tidak boleh dinikmati sejak menjalani rawatan dengan warfarin.

"Lama-kelamaan saya sudah biasa. Saya cuba berfikiran positif. Untuk menjadi sihat atau mengelak penyakit, ubat bukan penyelesaian segalanya. Prinsip yang saya amalkan, tidak perlu risau dan stres. Itulah penawar saya," ujarnya ketika ditanya petua dia kelihatan awet muda.

Berhati-hati

Pengalaman yang sama turut dirasai Patrick Tee, 79, yang bergantung kepada warfarin sejak 2006. Ketika pemeriksaan rutin pada jantungnya, Patrick memberitahu doktor bahawa dia merasakan denyutan jantungnya tidak tetap.

"Apabila doktor mengesahkan saya menghidap AF dan memberitahu saya harus mengambil warfarin disebabkan darah terlalu pekat, saya bertanya berapa lama saya perlu mengambil ubat ini.

''Saya terkejut apabila diberitahu ubat itu perlu diambil seumur hidup kerana saya juga memerlukannya untuk perlindungan terhadap risiko strok atau serangan jantung.

''Saya juga berhati-hati dengan pemakanan dan terutamanya mengelakkan kebanyakan sayuran hijau kerana ia menjejaskan keberkesanan warfarin," ujarnya.

Dalam pada itu, Patrick perlu mengambil ujian darah setiap tiga minggu. Demi mengelak jangka masa menunggu yang lama, Patrick berusaha menjadi antara pesakit yang pertama dalam barisan.

Ini bermakna dia akan bertolak ke hospital daripada rumahnya seawal 5.30 pagi dengan menaiki bas. Dia juga menantikan hari di mana dia tidak perlu pergi ke hospital dengan kerap dan masih mendapatkan perlindungan risiko strok.

Full content generated by Get Full RSS.

Giman si Terompah Mastur

Posted:

Giman si Terompah Mastur

Giman si Terompah Mastur

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto NASIRRUDDIN YAZID

SENI pertukangan tidak asing buat Giman Wakiran yang mempelajarinya sejak di bangku sekolah lagi. Kemahiran yang diperoleh itu tidak mudah umpama kata pepatah ` seperti belakang parang kalau diasah lagikan tajam'..

Tanya saja barangan kayu yang diingini, pasti dia tidak ada masalah untuk merealisasikan. Rak kasut, perabot dan apa sahaja barangan di luar rumah bukan satu masalah besar buat lelaki berusia 53 tahun ini.

Inginkan kelainan, dia mahu menumpukan kemahirannya itu untuk menghasilkan hanya satu produk berasaskan kayu lalu memilih terompah.

Giman memberi nafas baru kepada terompah yang selama ini hanya berwarna merah dan bertali hitam. Inovasi yang diperkenalkan itu adalah hasil pemerhatian dan imaginasinya supaya barangan itu diterima semua lapisan masyarakat.

"Saya bertukang dan reka sendiri terompah dari masa ke semasa sehingga benar-benar puas hati sejak tiga tahun lalu," katanya dalam perbualan Rabu lalu.

Jadi tidak hairanlah, bapa kepada 13 anak ini mempunyai koleksi hampir 4,000 pasang terompah pelbagai rupa.

Variasi

Kebanyakan terompah hasil tangannya dihias dengan corak menarik dan warna ceria menjadikan ramai yang tertarik dengan keunikan barangan tersebut.

Ketelitian yang ditampilkan pada setiap Terompah Mastur itu juga telah memikat hati banyak wanita yang mahu menggayakan kreativiti Giman itu.

Tambah lelaki ini lagi, fungsi terompah juga diperluaskan bukan sekadar alas kaki malah menjadi cenderahati.

Ditanya kenangan manis melibatkan terompah, lelaki ini memberitahu, dia tidak dapat melupakan pengalaman menyiapkan terompah buat seluruh ahli keluarganya untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Kesungguhan Giman ternyata tidak sia-sia apabila keluarganya menjadi tumpuan penduduk kampung apabila kerana setiap langkah yang diatur mengeluarkan bunyi kayu tersendiri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved