Sabtu, 12 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Keputusan dua bulan lagi

Posted:

Keputusan dua bulan lagi

Keputusan dua bulan lagi

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


ABDUL Ghani Othman (dua dari kiri) mendengar taklimat tentang Plaza Kotaraya menjadi Galleria@Kotaraya daripada Pengarah Urusan Damansara Assetsra, Abdul Malek Talib di Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM


JOHOR BAHRU 11 Nov. - Keputusan menentukan laluan Projek Tebatan Banjir di Segamat yang menelan kos kira-kira RM60 juta yang dibantah penduduk setempat akan diketahui dua bulan lagi.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, pihaknya sedang meneliti laluan yang dicadangkan dan akan mengambil kira semua faktor sebelum membuat sebarang keputusan.

"Sekarang ini (projek itu) masih lagi dalam peringkat reka bentuk yang belum muktamad. Kita perlu alihkan arus Sungai Segamat dengan membuat satu saliran atau jajaran yang baru.

"Cadangan (sebelum ini) ialah melalui beberapa kampung, walaupun begitu kita sedang melihat semula jajarannya sama ada boleh diterima tetapi yang penting kalau hujan lebat airnya dapat disalurkan ke satu saliran baru," katanya semasa ditemui selepas merasmikan Galleria@Kotaraya di sini, semalam.

Pada 17 Oktober lalu, lebih 500 penduduk Kampung Jawa di Segamat berpiket membantah cadangan laluan projek tersebut kerana perlu mengorbankan banyak perkara.

Sebelum ini, laluan yang dicadangkan bermula dari Sungai Segamat hingga ke Sungai Genuang sepanjang 1.3 kilometer dan perlu meroboh Sekolah Agama Kampung Jawa, lebih 10 rumah penduduk dan menjejaskan kawasan perkuburan.

Penduduk sebaliknya mencadangkan laluan itu dibuat dari Sungai Segamat melalui Kampung Logah dan ladang estet sebelum ke Sungai Genuang yang panjangnya 3.6 kilometer dengan kos kira-kira RM50 juta.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri sedia maklum dengan masalah itu kerana Segamat terutamanya di kawasan Bandar Baru Utama merupakan tempat yang paling teruk terjejas akibat banjir sebelum ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pusat yang memberi peruntukan bagi projek itu dalam usaha menyelesaikan masalah banjir di Johor khususnya Segamat.

Menurutnya, projek mengatasi masalah banjir bukan sahaja dilakukan di Segamat tetapi juga di Kota Tinggi.

"Kita sudah mengambil langkah membesar dan melebarkan Sungai Johor di Kota Tinggi supaya dapat menampung air hujan tetapi masih belum berkesan. Kita ada cadangan alihkan jajaran sungai yang membawa air dari sebelah barat Kota Tinggi ke Sungai Johor," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Awas kumpulan lelaki minta derma

Posted:

Awas kumpulan lelaki minta derma

Awas kumpulan lelaki minta derma

JOHOR BAHRU 11 Nov. - Seorang mekanik terkejut apabila didatangi tiga lelaki yang menyamar sebagai pegawai kerajaan dengan tujuan mengutip derma di bengkelnya di Taman Gembira di sini, kelmarin.

Mangsa, Micheal Tang, 42, mendakwa, ketiga-tiga lelaki yang berpakaian kemas itu pada mulanya datang untuk melakukan pemeriksaan lesen dan simpanan minyak enjin terpakai tanpa menunjukkan kad kuasa mereka.

"Mereka turut meminta lesen kebenaran daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membuktikan kami layak untuk menjalankan urusan melupuskan minyak enjin terpakai.

"Saya curiga kerana ketiga-tiganya tidak menunjukkan kad kuasa JAS kerana jika kakitangan agensi berkenaan akan menunjukkan kad kuasa terlebih dahulu sebelum membuat pemeriksaan," katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina Selatan di sini, hari ini.

Micheal berkata, tujuan pemeriksaan itu adalah sekadar sandiwara semata-mata apabila kemudian mereka meminta tajaan daripadanya, namun, tidak menyatakan tujuan sumbangan berkenaan.

Dia mendakwa jumlah yang diminta adalah RM2,000 atau pembelian hamper berharga RM450.

"Sebelum itu, mereka ada bagi surat-surat tetapi saya tidak faham isi kandungannya tetapi jika derma diberi, sijil akan diberikan," katanya.

Katanya, oleh kerana meragui kesahihan tujuan kutipan itu, Michael tidak memberikan sumbangan kepada mereka.

Dalam pada itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor, Kua Song Tuck mengingatkan orang ramai terutamanya peniaga supaya berhati-hati dengan kumpulan tertentu yang giat mengutip derma semata-mata untuk kepentingan peribadi.

"Jika pegawai kerajaan, mereka tidak boleh kutip sebarang tajaan dan saya nasihatkan orang ramai agar berhati-hati supaya tidak ditipu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved