Sabtu, 12 November 2011

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Perampas feri Turki ditembak mati

Posted:

Perampas feri Turki ditembak mati

Perampas feri Turki ditembak mati


PENUMPANG feri Kartepe dipindahkan ke bot pasukan penyelamat selepas feri itu ditawan seorang pemberontak di perairan Marmara, dekat Istanbul, semalam. - REUTERS


ISTANBUL 12 Nov. - Pasukan komando Turki menembak mati seorang pemberontak Kurdis yang merampas sebuah feri Turki yang membawa 24 penumpang termasuk krew kapal, awal pagi ini.

Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu berkata, ia sekali gus mengakhiri insiden penuh dramatik selama 12 jam sejurus selepas operasi menyelamat dilancarkan.

Menurut beliau, pemberontak berusia lingkungan 30 tahun itu dipercayai anggota kumpulan yang diharamkan, Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

''Ketika merampas feri berkenaan, pemberontak itu turut membawa bahan letupan," katanya.

Feri Kartepe itu ditawan petang semalam di laut Marmara, berdekatan dengan pulau di mana pemimpin PKK, Abdullah Ocalan dipenjarakan.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Binali Yildirim memberitahu terdapat empat atau lima penjenayah yang menawan feri tersebut.

Bagaimanapun, Mutlu menegaskan kejadian itu melibatkan hanya seorang penjenayah dan semua penumpang serta krew feri terbabit selamat.

Pasukan keselamatan di bawah arahan Menteri Dalam Negeri Idris Naim Sahin kemudiannya membawa feri itu ke pesisir pantai Silivri, selatan Istanbul.

Sementara itu, Yildrim berkata, ketika kejadian, 18 penumpang termasuk lima wanita, empat krew kapal dan dua pelatih berada di atas feri itu.

Media melaporkan, perjalanan bot dan feri antara Istanbul dan Yalova dihentikan sementara selepas insiden itu. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Raja Thai semakin pulih

Posted:

Raja Thai semakin pulih

Raja Thai semakin pulih

BANGKOK 12 Nov. - Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej, 83, dilaporkan semakin pulih selepas mengalami pendarahan dalaman yang kemungkinan didorong oleh tekanan akibat krisis banjir di negara itu.

Puteri bongsunya, Puteri Chulabhorn berkata, Raja Bhumibol baru-baru ini dikatakan terkejut dengan kejadian banjir di Thailand menyebabkannya tidak sedar diri.

''Keadaannya semakin pulih selepas menerima rawatan. Ini menunjukkan Raja Thai prihatin terhadap rakyatnya yang dianggap seperti anak-anaknya,'' katanya ketika melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di wilayah Nonthaburi, utara Bangkok. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved